Thursday, 20 August 2020

PEMUDA HARAPAN BANGSA, PEMUDI TIANG NEGARA

 “JIKA KAMU MAHU KELIHAT MASA DEPAN SESEBUAH NEGARA, MAKA LIHATLAH PEMUDA-PEMUDINYA PADA HARI INI”. 

Saidina Ali R.A. Jatuh bangunnya sesebuah Bangsa sangat erat hubungannya dengan kepedulian anak-anak muda, karena mereka merupakan waris kepimpinan masa depan. 

Pemuda pemudi harus mempunyai jati diri yang teguh, mapan berpaksikan aqidah yang mantap, merupakan asas dan kekuatan utama ke arah tertegaknya masyarakat yang bermaruah dan seterusnya Negara yang berdaulat. 

Andai pemuda pemudi tiada pertahanan yang kuat, mereka akan tersungkur dan rebah dalam semua serangan musuh durjana, gagasan hidup akan hancur, malah hanyut dibawa arus deras globalisasi yang menyesatkan. 

PENGARUH BAHASA MELAYU DAN DIALEK PATANI KEDALAM BAHASA THAI

Sekitar abad ke-7 hingga abad ke-9, kerajaan Srivijaya menguasai sebahagian besar kepulauan Melayu menerusi perdagangan dan penaklukan. Pada masa yang sama kerajaan Srivijaya membantu menyebarkan kebudayaan dan bahasa Melayu ke seluruh kepulauan Melayu. 

Kerajaan Srivijaya berpusat di daerah yang sekarang dikenali sebagai Palembang di Sumatra. Pengaruhnya amat besar di atas Indonesia, semenanjung Malaysia, Filipina hingga ke segenting kera di selatan Thailand. 

Sehingga kini penraruh perkembangan Bahasa Melayu dapat dilihat pada nama-nama wilayah (changwad) di selatan Thailand berasal Dari Bahasa Melayu sebagai contoh: 

1.wilayah Kra’bi berasal dari perkataan “Krabie” (Kra berarti kuala atau muara, manakala bie pula berarti kutipan cukai), ada juga mengatakan berasal dari gerbi, kelubi, dan kuala bie. 

Monday, 17 August 2020

BULAN KEMERDEKAAN

 

(1) Hari kemerdekaan nasional merupakan sebuah peristiwa tahunan yang dirayakan guna memperingati kemerdekaan suatu bangsa menjadi sebuah negara yang berdaulat. Negara dan Bangsa -bangsa yang memperoleh kemerdekaan pada bulan Ogos ini antara lain : 

Hangaria (1000M), Swiss (1291M), Ekuador (1809M), Kolombia (1819M), Bolivia (1825M), Uruguay (1825M), Jamaika (1902M), Afganistan (1919M), Korea (1945M), Indonesia (1945M), India /Pakistan(1945M), Malaysia (1957M), Benin (1960M), Niger (1960M), Burkina Faso (1960M), Pantai Sading (1960M), Chad (1960M), Afrika tengah (1960M), Kongko (1960M), Gabon (1960M), Trinidad&Tobago (1962M), Singapura (1965M), Estinia (1991M), Ukrain (1991M), Moldova (1991M), Kirgistan (1991M). dan bagaimana dengan nasib negara dan bangsa Melayu Patani! 

CENAK DALAM DILEMA PENGHAPUSAN JATI DIRI DAN PENGUSIRAN ETNIK MELAYU PATANI DI BUMI SENDIRI

Sebuah polisi kerajaan Thailand yang dicadangkan oleh Kabinet Junta, untuk mengeksploitasi kekayaan alam, transmigrasi penduduk, dan asimilasi kependudukan orang-orang di wilayah Patani terus berlangsung. 

Ini sesuai dengan kehendak dan polisi Bangkok, yang selalu mencari celah dan peluang untuk memecahbelahkan orangorang Melayu. Khususnya di wilayah Patani, iaitu Daerah Chenak dan Tiba. 

Sebuah operasi yang sangat zalim dan tidak berperikemanusiaan. Bahkan tidak dapat diterima oleh setiap manusia yang berakal. Kerana masyarakat Melayu akan kehilangan kampung halaman dan tempat tinggal mereka untuk selamanya. 

Saturday, 15 August 2020

KEPEMERINTAHAN SENDIRI SUATU ALTERNATIF PENYELESAIAN KONFLIK DI PATANI

Patani atau Selatan Thailand terdiri dari 4 wilayah, Jala, Pattani, Narathiwat, Setol dan 5 daerah dari wilayah Sanggora, Cana, Tiba, Nathawi, sebaya dan Sadau. 4 wilayah 5 daerah mejority penghuni adalah Muslim Melayu. Di sini terkenal sebagai kawasan yang dilanda konflik, antara Thailand dengan penduduk tempatan (Patani). 

Konflik sudah ratusan tahun. Namun konflik terbaru tercetus semenjak 2004, telah menelan kurban 7,000 orang lebih, yang tercedera hampir 20 ribu orang. Konflik tak dapat diselesaikan, kalau tidak diketengahkan atas isu pembentuk kepemerintahan sendiri oleh rakyat tempatan. 

Tuesday, 11 August 2020

BERITA RINGKAS@PERISTIWA bulan julai (7/2020 M)

 

2/7/2020M. 

-Pihak relawan keamanan Thailand melakukan operasi dan menemukan sebuah motorsikal, kejadian ini berlaku di kawasan setesen minyak PTT, Daerah Raman, Wilayah Jala. Laporan dari masyarakat tempatan mengatakan, motorsikal ini semenjak siang hari hingga malam hari, dan tidak diketahui milik siapa. 

- Berlaku tembakan keatas seorang ranger warga Melayu dikenali Salaeh Kareng, menyebabkan mangsa cedera, kejadian ini berlaku di kawasan lalu lintas jalan raya kampung Sawo hilir, Mukim Sawo, Daerah Resak, Wilayah Menara. 

3/7/2020M. 

-Berlaku berbalas tembakan Antara Tentera Siam dengan Pejuang Patani ketika operasi pengepungan kampung Melayu di kampung Rawa, mukim Don, Daerah Penarek, wilayah Pattani. menyebabkan 1 orang pejuang Patani terkurban Syahid di tempat. Syahid dikenali Anwar Duramae berasal Kg. Lalang, mukim Bidil, daerah Tung yang deng, wilayah Pattani. Manakala, pihak tentera Thailand juga mengalami nasib yang sama, menyebabkan 3 orang cedera, dan 1 orang maut ditempat. Pihak tentera Thailand menyakini, bahwa Anwar Duramae merupakan salah seorang dari anggota gerakan bersenjata di bawah naungan Barisan Revolusi Nasional (BRN). 

Wednesday, 8 July 2020

RUNDINGAN SUATU TEKA TEKI BAGI RAKYAT PATANI

Setelah Malaysia membuka negara. Ini dianggap hal yang baik yang harus dilakukan untuk menciptakan negosiasi. Adapun masalah negosiasi atau rundingan untuk menciptakan suasana yang aman dan demokratis adalah penting.

Lebih penting lagi, itu harus dibuat untuk melihat lebih konkret. Tidak mungkin hanya berbicara dan berbicara, dan kemudian datang untuk berbicara, tidak ada perubahan. “seharusnya tidak terjadi demikian”. Bagi rakyat Patani masih tetap memberi kepercayaan dan harapan kepada BRN, untuk bernegosiasi dengan panel lagi.

Dialek Tempatan Patani (10)

PENGARUH BAHASA CINA, PARSI DAN PORTUGIS KEDALAM BAHASA MELAYU DAN LOGHAT PATANI

Bahasa Cina Migrasi besar besaran masyarakat Cina ke tanah Melayu berlaku sekitar abad ke 19 walau bagaimanapun, ada direkodkan

Antara kedatangan orang Cina terawal ke tanah Melayu sudah pun berlaku lebih awal pada abd ke 15 dengan kedatangan laksamana Cheng Ho yang cukup terkenal namanya Patani pula mencatatkan sejarah bahawa Pada tahun 515 M.

Langkasuka sudahpun ada hubungan diplomasi dengan Cina, mengikut arkib dinasti Liang (502-557 M.) seorang duta/utusan dari Lang-Ya-Shiu (Langkasuka) datang diplomasi ke Cina bersama duta-duta dari 12 negera yang lain.

HAK PENENTUAN NASIB SENDIRI

(1) Hak Penentuan Nasib Sendiri (right to self-determination) Merupakan suatu perinsip hukum internasional yang dapat ditemukan sebagai Norma dalam berbagai perjanjian internasional tentang hak asasi manusia tertentu dan hak ini menyatakan bahawa semua Negara (all States) atau bangsa (peoples) mempunyai hak untuk membentuk sistem politiknya sendiri dan mempunyai aturan internal sendiri.

Hak untk menentukan nasib sendiri ini adalah hak dari suatu masyarakat kolektif tertentu seperti untuk menentukan masa depan politik dan ekonominya sendiri dari suatu bangsa.

TUNTUTAN ADALAH HAK BAGI BANGSA TERTINDAS

Bangsa Melayu Patani bangkit melawan Kerajaan Siam yang otoriter. Siam mencerobuhi Negara Patani Darussalam pada 1785.

Hingga sekarang, Patani masih dalam penguasaan kerajaan Siam. Siam mendominasi segala-gala. Akibat dari tindakan diskriminasi dan pelanggaran Hak Asasi Manusia, membuat terancam segala kehidupan rakyat tempatan.

Baik budaya bahasa, ekonomi, pendidikan sosial dan lain-lain. Bangsa Melayu Patani terpaksa menggunakan cara kekerasan, apabila cara diplomatik politik tidak berkesan, dan tidak menepati setatus politik bagi Bangsa Melayu Patani.

JIHAD MEMBANGUN KESATUAN BANGSA DAN MEMERDEKAKAN RAKYAT PATANI

Tragedi merebaknya wabak Covid-19, telah merubah semua sistem yang ada di dunia ini. Pertama sekali ialah sistem kesihatan dan Lembaga Kesihatan Dunia, iaitu World Healthy Organisation (WHO).

Lembaga Kesihatan Negara di seluruh dunia menghadapi peristiwa pahit dan bersedih. Kerana tidak ada kemampuan mendapatkan atau menghasilkan ubat dan vaksin, untuk mengubati virus yang merebak keseluruh penjuru bumi. Kepemimpinan dan Pentadbiran Negara Dunia pasti berubah dan mengalami perubahan daripada satu sistem kepada sistem baharu.

BERITA RINGKAS@PERISTIWA bulan jun (6/2020 M)

2/6/2020M. 
- Majlis Keselamatan Negara Thailand (NSC) mempertimbangkan peluasan Keputusan Undang-undang Darurat (Por.Ror. Kor) di Wilayah Patani, selatan Thailand selama 3 bulan lagi. Kabinet bersedia untuk mempertimbangkan cadangan-cadangan dari NSC untuk memanjangkan masa penguatkuasaan Keputusan darurat di 3 wilayah perbatasan selatan selama 3 bulan dari 20 Jun - 19 September 2020.

3/6/2020M.
-Pasukan tentara hitam mencurigai kampung muslim di Patani, dimana pemuda dan masyarakat menghiasi kampung mereka dengan membuat tanda untuk memuji Allah seperti kalimat takbir, tasbih, tahmid, tahlil. Fenomena ini menimbulkan kecurigaan dimata penjajah Thailand.

Friday, 5 June 2020

BENGIS TERHADAP RAKYAT

Pandemi Covid-19 menjadi ancaman kemanusiaan global dan mewabak keseluruh negara. Tanpa membezakan kepercayaan dan keyakinan dalam komuniti masyarakat antarabangsa.

Walaupun kebelangan ini kes positif terus menunjukkan penurunan Kerajaan Thailand dengan sengaja, telah memperdayakan kesempatan Perintah Berkurung di seluruh negara, meningkatkan kezaliman terhadap masyarakat Melayu dan bangsa Patani.

Namun secara khusus, diperketat dan dipertajam didalam kawasan masyarakat Melayu Islam Patani. Dengan memberi fokus kepada bangsa Patani, untuk merealisasikan operasi mengintai, mengepung, membunuh dan menangkap.

Dialek Tempatan Patani (9)

PENGARUH BAHASA INGGERIS KEDALAM LOGHAT PATANI

Bahasa Melayu banyak meminjam perkataan daripada bahasa-bahasa lain antaranya bahasa Sanskrit, bahasa Inggeris dan bahasa Arab. Peminjaman perkataan daripada bahasa lain turut berlaku dalam dialek-dialek Melayu termasuklah dialek Melayu Patani.

Proses meminjam perkataan daripada satu bahasa kepada satu bahasa yang lain bukanlah suatu proses yang luar biasa kerana setiap bahasa di dunia ada meminjam kata-kata daripada satu bahasa yang lain. Contohnya, bahasa Inggeris (BI) telah banyak menambah perkataan-perkataan baru melalui proses peminjaman sehingga berkembang maju di seluruh dunia.

MENDAMBA KEMERDEKAAN

(1) Perjuangan berarti berusaha untuk menggapai sesuatu, sesuatu itu berarti apa yang kita dambakan, sesuatu yang kita dambakan itu merupakan hal-hal yang positif. Hal yang positifberarti hal yang baik.

Hal yang baik tentu bernilai pahala disisi Allah subhanahu wataala. Dunia ini tidak munkin orang yang mengalami sukses tanpa diawali dengan yang namanya “PERJUANGAN”.

Perjuangan pada hakikatnya merupakan suatu usaha untuk meraih suatu yang diharapkan demi kemuliaan dan kebaikan. dalam masa penjajahan di tanahair kita perjuangan adalah segala usaha yang di lakukan dengan pengorbanan, peperangan dan deplomasi untuk memperoleh dan mencapai kemerdekaan.

THAILAND BELUM MENUNJUKAN MESEJ UNTUK MEMBANGUN PROSES PERDAMAIAN YANG HAKIKI

Rundingan damai yang telah disepakati bersama oleh kedua-dua belah pihak, antara NSC (National Security Conuncil), dan BRN (Barisan Revolosi Nasinal Melayu Patani).

Telah ada pencapaian bersama, dikenal sebagai inisiatif Berlin. Antara yang dipersetujui adalah Framework dan TOR, serta mempersetujui Malaysia sebagai fasilitator, diikuti para expert. Insiatif Berlin merupakan landasan utama dan sebagai kunci untuk mencari sebuah solusi politik, terhadap konflik di Patani (Selatan Thai).

PERINTAH BERKURUNG ALAT GANDA KERAJAAN THAILAND MENZALIMI BANGSA MELAYU PATANI

Pandemi Covid-19 menjadi ancaman kemanusiaan global dan mewabak keseluruh negara.

Tanpa membezakan kepercayaan dan keyakinan dalam komuniti masyarakat antarabangsa. Namun semua pemimpin negara menyedari bahaya ini, yang menyebabkan kematian warga negaranya.

Dengan demikian, partisipasi aktif di setiap negara di tingkatkan kepada tahap tertinggi keselamatannya. Perpanduan Asas Perundangan Negara dan Akta-Akta Penyakit Tersebar (berjangkit) atau Epandemi.

Thursday, 4 June 2020

BERITA RINGKAS@PERISTIWA bulan MEI (5/2020 M)

1/5/2020M.
- Pihak tentera Siam melakukan operasi pengepongan di perkampungan warga sipil Melayu Pattani di kampung Ternang dan kampung Elek, daerah Kabang, wilayah Jala. Disamping itu, tentera Thailand menutup beberapa lalu lintas jalan raya untuk melakukan operasi bagi setiap pengguna lalu lintas jalan raya tersebut.

- Aparat keamanan Thailand tangkap seorang warga lokal di Patani bernama Hama Mama (atau lebih dikenal Poksu Mad), usia 81 tahun, setelah terjadi blokade dan pembunuhan luar biasa atas tiga anggota Barisan Revolusi Nasional Melayu Patani (BRN) di Nongcik, Paksu Mad adalah seorang pemilik rumah yang menjadi tempat para tersangka keamanan bersembunyi di Kampung Atas Jerang, Pakacina, mukim Dokrok, daerah Nongcik, wilyaha Pattani.

Wednesday, 6 May 2020

RAMADHAN BERDARAH DI PATANI

Angkatan bersenjata di dunia telah menyatakan untuk berhenti di masa penigkatan penularan wabah COVID-19.

Selaras dengan pernyataan PBB yang meminta agar seluruh gerakan militan yang ada di dunia tidak melakukan keganasan selama status Pandemik ini.

Pernyataan gencatan senjata tidak hanya BRN dengan kerajaan Thai sahaja bahkan termasuk gerakan-gerakan di seluruh dunia termasuk gerakan di Nigeria, Cameroon, Darfur (Sudan), dalam benua Afrika.

Dialek Tempatan Patani (8)

Pengaruh bahasa Sanskrit dalam bahasa Melayu

Pengaruh bahasa Sanskrit berlaku ketika zaman bahasa Melayu kuno iaitu abad ke 7 hingga ke 13.

Bahasa Sanskrit dibawa oleh pedagang India dan sami serta pendeta agama Hindu dan Buddha.

Contoh Pengaruh bahasa Sanskrit ke dalam kosa kata bahasa Melayu: Bahasa, bicara, guru,cinta duka, merdu, setia, bahu, kepala, lidah, senja, permata, emas, keranda,ayah,isteri ,janda, suami, menteri, dosa pahala,asmara, bahaya, rahsia, bumi, cahaya, suria, tanah, melor, seroja, hari, masa.

REVOLUSI MENTAL

(1) Revolusi Mental dapat diartikan sebagai perubahan yang relative cepat dalam cara berpikir kita dalam merespon, bertindak dan bekerja. Revolusi mental adalah suatu gerakan untuk mengembling manusia Patani agar mereka berhati putih, berkemahuan baja, bersemangat elang raja wali dan berjiwa berapi-api yang menyala-nyala.

Dalam kehidupan sehari-hari, praktik revolusi mental adalah menjadi manusia yang berjiwa integrasi (kesatuan), mahu bekerja keras (kebebasan) dan punya semangat gotong royong (kebebasan) dalam berjihad dan revolusi Patani. Revolusi mental dalam arti membangun jiwa merdeka dan mengubah cara pandang untuk memper kuat revolusi fisik yang sedang bergelora perang melawan penjajah Siam untuk membela agama dan umat dan untuk membela bangsa dan tanahair Patani yang tercinta.

HALA TUJU SEBUAH RUNDINGAN DAMAI DI PATANI 2020

Rundingan damai dalam satu-satu konflik merupakan peranan bagi bidang politik. BRN dalam rundingan berusaha merealisasikan cita-cita dan inspirasi Rakyat (Bangsa Patani).

Untuk dituangkan dalam sebuah proses rundingan. Rakyat Patani mengharapkan adanya perubahan, dari suasana kegelapan kepada cahaya terang. Kalau tidak terdapat perubahan apa-apa, berarti proses tidak bermakna bagi Bangsa Patani.

Rakyat Patani juga memerlukan untuk mengembalikan identitinya. Identiti adalah sebuah harga diri bagi suatu bangsa. Patani memiliki identiti bangsa yang tersendiri, iaitu Bangsa Melayu Patani. Tiba-tiba identiti dihilangkan begitu saja, entah kenapa, kemudian dilengkapi dengan identiti Siam.

KERAJAAN THAILAND TIDAK MAMPU MENERJEMAH APALAGI MEMAHAMI DEKLARASI BRN

Sikap diam dan tidak bergeming pusat kerajaan Thailand di Bankok, menunjukkan kelemahan pusat pentadbiran kerajaan Thailand sendiri terhadap Deklarasi Barisan Revolusi Nasional Melayu Patani (BRN).

Jika di amati secara keseluruhannya bahawa pusat pentadbiran Bangkok tidak mempunyai sensitiviti dan keselarasan dalam Urusan Tadbir, khususnya Perdana Menteri Prayut Can O Cha dan keseluruhan Kabinet Pemerintahan, yang terdiri daripada Eksekutif, Legislatif, Yudikatif, dan Yuridis.

Kesemua perlembagaan negara tidak mampu bekerja secara aktif dan sinergi, bebas, dan bertanggungjawab. Kerana tersekat kepada Protokol Rasmi dan hilangnya independen dalam tugasan.

BERITA RINGKAS@PERISTIWA bulan april (4/2020 M)

1/4/2020M.
-Tentera Siam menjalankan operasi mengepung kampung Melayu serta menangkap 2 orang rakyat awam di kampung Pruching, mukim Thamuang, daerah Tiba, wilayah Senggora. Antara yang ditahan
1) Sukri Deraman bersama waran tangkapan kes serangan bom kota Bangkok pada 2/8/2019 dan
2) Rusman Salaeh.
- Tentera Siam menjalankan operasi mengepung kampung Melayu di kampung Lalok, daerah Resak, wilayah Menara.

Tuesday, 7 April 2020

TENTERA SIAM PERUT HIJAU

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyifatkan wabak COVID-19 sebagai pandemik dan berkala, Itali dan Iran berada di barisan hadapan penyakit itu dan negara-negara lain tidak lama lagi akan turut sama mengikuti.

Kami mengharapkan menggantung operasi ketenteraan pejuang dari segi pengeboman, pembakaran, serangan hendap, dan serangan ke atas pasukan tentara Thailand dan kakitangan agensi keselamatan.

Kami ingin Thailand juga melakukan pengurangan operasi militer secara proporsional untuk mewujudkan suasana yang selamat dan terjamin bagi semua usaha awam dan swasta untuk menampung dan mencegah penyebaran COVID-19.

Dialek Tempatan Patani (7)


Senarai perkataan Arab dalam bahasa Melayu mengikut abjad

D
Dajal, Daerah, Daei ( Pendakwah), dakwah, dalfin (ikan lumba-lumba), din (agama), dubur (anus), dunia.

E
eja (pasang aksara), ente (engkau).

F
faham, Fakir - fakir (orang fakir dan miskin), Faraj / Fraj (alat kelamin wanita), faidah, Fardhu, Fitnah – fitnah, Fikr (Fikir), Furuk - furuk (pecahan, cabang)

BERKIPRAH


1) Kemerdekaan berasal dari kata “Merdeka”yang artinya bebas yaitu bebas dari segala bentuk penjajahan. dengan kemerdekaan, suatu bangsa mengatur dirinya tanpa campur tangan dari Negara lain. kemerdekaan adalah hak setiap bangsa. Kemerdekaan menjadi salah satu hak asasi manusia, kerana merupakan anugerah tuhan, sehingga tidak dibenarkan adanya penindasan dan penjajahan bangsa atas bangsa lain. kemerdekaan adalah salah satu hak asasi manusia, oleh kerana itu segala bentuk penjajahan intimidasi, teror, pemerkosaan, penganianyaan dan pembunuhan yang terjadi dibelahan negeri Patani atau di tempat-tempat lain harus ditiadakan.

CITA-CITA PERJUANGAN BANGSA MELAYU PATANI

Rakyat atau masyarakat yang berbangsa Melayu di Patani hidup dalam keadaan yang sangat memperihatikan.

Konflik dan perang yang bergolak di Patani sudah memakan waktu yang cukup panjang, sejak dari zaman pencerobohan penjajah Siam ke atas Kesultanan Melayu Patani pada tahun 1785m,

lebih-lebih lagi setelah serangan perompakan gudang senjata tentera di Kem Pileng, wilayah Narathiwas (Menara) pada tahun 2004, sampai ke hari ini, rakyat selalu difitnah, dianiyaya dan dizalim tak habis-habis.

PATRIOT, PAHLAWAN, JIHAD DAN SYUHADA

Peperangan melawan penjajah Thailand dan tentera Siam semakin memanaskan.

Oleh kerana, keengganan bangsa Siam keluar daripada bumi bangsa Patani, mereka masih pertahankan wilayah jajahannya. Begitu juga pihak tentera Siam, masih mahu bertapak di atas bumi pusaka Ibu Pertiwi bangsa melayu Patani.

Oleh kerana demikian, perang melawan kerajaan Thailand, sangat perlu kepada jiwa-jiwa patriotik dan mempunyai kesabaran yang tinggi.

PERISYTIHARAN SIKAP BRN MENGENAI COVID-19

3 April 2020/9 Sya’ban 1441 Assalamualaikum wtb.

Barisan Revolusi Nasional Melayu Patani (BRN) menyedari bahawa COVID-19 atau Coronavirus adalah ancaman yang sangat serius kepada seluruh umat manusia di dunia ini termasuk di Patani.

Kini angka jangkitan dan kematian semakin meningkat dan ianya dijangka akan meningkat lagi sekiranya langkah-langkah kesihatan tidak diambil berat khususnya oleh warga Patani.

Selaras dengan pengumuman Jabatan Penerangan BRN melalui saluran Youtube pada tanggal 26 Mac 2020 bersamaan 6 Sya’ban 1441, kami sekali lagi ingin menegaskan bahawa menjadi kewajiban bagi kita semua untuk menjaga bangsa dan keturunan daripada terjejas akibat wabak ini.

BERITA RINGKAS@PERISTIWA bulan MAC (3/2020 M)

1/3/2020M.
- Berlaku tembakan keatas seorang lelaki yang bernama Mohamad Doha menyebabkan mangsa cedera, kejadian ini berlaku di kampung Banprio, mukim Cerang Tadong, Daerah Raman, Wilayah Yala.
- Pihak tentera Thailand melakukan operasi keamanan, di kampung Kaotum, daereah Yarang, wilayah Pattani, serta menahan Abdul Karim Yidam bersama sepucuk pistol.
- Seorang warga Siam berusia 44 tahun ditembak mati dikampung Cekil, mukim Pen, daerah Saiburi .wilayah Pattani.

Saturday, 7 March 2020

dirgahayu BRN 60 TAHUN

Assalamu Alaikum Warahmatullah Wabarakatuh.

Salam Sejahtera !... Salam Revolusi !... Salam Damai !..... Jatuhnya pada tanggal 13 Mac, merupakan hari tertubuhnya BRN (Barisan Revolusi Nasional Melayu Patani), dan ianya merupakan hari bersejarah dalam “kebangkitan” dan “perjuangan rakyat” Bangsa Melayu Patani.

Selamat berjuang kepada BRN, dalam usahanya untuk merialisasikan cita-cita perjuangan, yakni; “Kebebasan, Kesatuan dan Keadilan”, dengan memikul “Amanat Penderitaan Rakyat” Patani (AMPERA) dan menjunjung tinggi “Amanah Pimpinan Ilahi” (AMPILA).

Dialek Tempatan Patani (6)

Pengaruh bahasa Arab terhadap bunyi bahasa Melayu

Bahasa Arab turut mempengaruhi bunyi dalam bahasa Melayu dan dialek Patani:

-Bunyi (makraj) Dhaf (dh)/(ض :(dhaif, dharab, hadhirat, haidh
-Bunyi (makraj) Dza (dz)/(ظ :(dzahir, dzuhur, dzalim, adzab
-Bunyi (makraj) Fa (f)/(ف :(fajar, fakir, daftar, kafir, arif
-Bunyi (makraj) Ghain (gh)/(غ :(ghaib, ghairah, loghat, maghrib
-Bunyi (makraj) Kha’ (kh)/(خ :(khasiat, khidmat, akhbar, tarikh -Bunyi (makraj) Qaf (q)/(ق :(qadak, qadar, qunut, baqa, wuquf -Bunyi (makraj) Syein (sy)/(ش :(syarat, syiar, asyik, masyarakat, nusyuz
-Bunyi (makraj) Tha’ (th)/(ث : (thabit, thalatha, ithnin, bahath, hadath
-Bunyi (makraj) Zal (z)/(ذ :(zikir, zuriat, bazir, khazanahز

60 Tahun BRN

(1). Genap 60 tahun tertegaknya BRN dalam menunaikan tugas dan tanggungjawabnya sebagai sebuah pergerakan kemerdekaan rakyat Patani, tentu banyak sudah suka dan dukanya dalam perjuangannya menghadapi penjajah Siam kafir harbi. Sudah banyak kiprahnya dalam memperjuangkan nasib bangsanya menjadi bangsa yang merdeka. Berapa banyak orang-orang BRN kena tangkap dan dipenjarakan, kena bunuh dan disiksa dan berapa banyak pula kena halau dan diusir oleh penjajah Siam kafir harbi.

MENGUJI KESUNGGUHAN THAILAND DALAM PROSES RUNDINGAN

Proses rundingan damai di Patani (S. Thailand). Merupakan alternatif baru untuk menguji kesunguhan Thai menuju perdamaian. Rundingan kali ini tidak banyak perbezaan dari proses yang sebelumnya iaitu 2013, proses 2013 berakhir secara insiden atau sengaja? .

Namun sempat menanda tangani antara kedua-dua pihak antara BRN dan Kerajaan Thai. Sebagai petanda permulaan untuk membina sebuah proses seterusnya. Antara penyebab kegagalan proses 2013, perlu dikaji semula oleh semua pihak, terutama mereka yang akan terlibat langsung dengan proses rundingan.

60 Tahun BRN Dalam Arus Gelombang Revolusi

I.Pengantar 
1.Dalam kontek sejarah wilayah selatan Thailand yang terdiri dari wilayah Patani, Yala, Narathiwat,setul dan Sanggora (Patani Barat). Itu adalah warisan dunia Melayu Islam yang terkenal Patani Darussalam.Penduduk bangsa Melayu sebagai olongan majority, mereka mempunyai dan latar belakang sejarah bangsa, keturunan, agama, bangsa dan budaya tersendiri yang berbeza dengan wilayah-wilayah lain di Thailand.

2. Bangsa Melayu Patani mempunyai kerajaan melayu Langkasuka(abad 1) ,kerajaan melayu sriwijaya(abad 2m.)dan kerajaan melayu islam yang dikenal dengan Patani Darussalam(abad 15.) sampai negeri Patani ditakluk dan dijajah oleh siam pada tahun 1785 m.dan dirampas oleh kolonialis Siam dalam perjanjian Ingeris-Siam tahun 1909 m. dan dan menjalankan berbagai polisi pecah pemerintah,polisi asimilasi dan penetrasi kebudayaan dan polisi atas masyarakat Bangsa Melayu Patani.

BERITA RINGKAS@PERISTIWA bulan february (2/2020 M)

2/2/2020M. 
-Timbalan Tok penghulu kampung Banggol Seraya dikenali Muhammad Abdul raso ditembak mati di kampung Banggol Seraya, mukim Peluru, daerah Sungai Padi, wilayah Menara.

-Kereta Ranjer unit 4702 merempuh 2 beranak yang sedang menunggang Motosikal dilalu lintas kampung Baroh, daerah Jaha, wilayah Jala.

3/2/2020M. 
-Seorang rakyat awam warga Melayu berusia 24 tahun ditembak mati di kampung Pauh, mukim Manang dalan, daerah Teluban, wilayah Pattani.

Sunday, 9 February 2020

ANGIN SEGAR ATAU TIPU MUSLIHAT?

Dengan tiba-tiba, pada tanggal 20 Januari 2020, tiupan angin baru, boleh dikatakan harapan baru bagi bangsa Melayu Patani, untuk dapat mengakhiri konflik bersenjata yang berpanjangan ini dan dapat diselesaikan secara politik, melalui proses rundingan.

Atau ia hanya tipu muslihat kerajaan Thailand untuk meredakan keadaan atau tekanan dari berbagai pihak.

Tentu sekali warga masyarakat Patani mengharapkan Konflik bersenjata ini dapat diselesaikan, melalui tindakan politik, iaitu jalan rundingan.

Dialek Tempatan Patani (5)

Pengaruh Bahasa asing kedalam dialek Patani Peminjaman kata merupakan satu gejala biasa yang berlaku dalam mana-mana bahasa pun di dunia ini. Peminjaman kata adalah kata-kata yang dipinjam dari bahasa asing yang terserap ke dalam bahasa sasaran.

Proses peminjaman kata ini berlaku apabila perkembangan sesuatu bahasa yang bergantung kepada penggunaan dan usaha memperkayakannya dan menambahkan atau mengambil kosa kata yang baru dari bahasa lain. Kemasukan unsur-unsur asing dari bahasa lain ke dalam bahasa sasaran tidak dapat dihindari.

10 HADIAH PENJAJAH SIAM UNTUK RAKYAT PATANI

(1). Rakyat Patani boleh bekerja sebagai penjaga keamanan (Cor.Ror.Bor, Cor.Por.Tor, Or.Sor dan sebagainya

(2). Rakyat Patrani boleh bekerja sebagai mata gelap Siam dan risikan dengan upahan murah.

(3). Rakyat Patani boleh bekerja sebagai sukarelawan upahan 4,500 Kup.

DINAMIKA NEGOSIASI PENYELESAIAN KONFLIK DI PATANI

Konflik berdarah di Patani babak ini bermula sejak tahun 2004, dengan operasi perompakan gudang senjata militer Thailand di provinsi Narathiwat, pada tanggal 4 januari 2004, merupakan titik tolak konflik bermula, sampai sekarang belum lagi usai.

16 tahun sudah konflik berdarah ini terjadi, telah menelan korban 7,000 nyawa lebih dan belasan ribu orang luka parah.

P e m e r i n t a h T h a i l a n d , mengambil pendekatan militer serta menerapkan undang-undang darurat militer untuk mengatasi konflik di Patani, malah keadaan menjadi semakin parah. Rakyat civil menjadi mangsa. Pelanggaran Hak Asasi Manusia (HAM) tidak diindahkan.

PERJUANGAN MEREALISASIKAN CITA-CITA BANGSA PATANI

Konflik yang berpanjangan di Patani adalah merupakan retetan sejarah yang cukup panjang, usaha dalam penyelesainya tak mudah seperti apa yang sebahagian orang pikirkan, kerana akar sejarahnya; berkaitan dengan hak pertuanan bangsa, harga diri suatu bangsa yang ingin hidup layak sesuai dengan harkat dan martabat bangsanya, dan dapat hidup sejajar dengan bangsa-bangsa lain di dunia, dapat mengatur hidupnya sesuai dengan budaya, adat istiadat dan kepercayaannya, selaras dengan piagam PBB, antara lain : “Setiap bangsa berhak untuk menentukan nasib bangsanya sendiri”.

BERITA RINGKAS@PERISTIWA bulAN JANUARY (1/2020 M)

1/1/2020M.
-Seorang pemuda Melayu ditembak mati dikampung Terap, mukim/daerah Bendang Setar, wilayah Jala. kata polis tembakan atas kes peribadi.

-Seorang ranjer bertugas di kem ranjer 4606 dalam Wat Chanaram, mukim Lalok, daerah Resok, wilayah Menara membunuh diri dengan senjata jenis 5.56 mm. akibat ketegangan.

2/1/2020M.
-Unit ranjer ke 4709 daerah Kabang, wilyah Jala mengesan beberapa bekalan makanan dan alat memproses bom sebanyak 36 jenis diatas bukit kampung Klong put, mukim Balak, daerah Kabang, wilayah Jala.

Wednesday, 15 January 2020

APA BENTUK PENDERITAAN BANGSA MELAYU PATANI TAHUN 2020

Bangsa Melayu Patani bermula dari kesengsaraan, penindasan dan kekejaman yang menjurus kepada pembersihan etnik, dilakukan tanpa rasa perikemanusiaan oleh tentera Siam/Thai.

Bermula dari menyempitkan urusan agama, pendidikan, budaya, bahasa dan cara hidup; bahkan bangsa Melayu dihina dengan berbagai tuduhan, sama ada pengganas, militant dan lebih-lebih lagi penumpang (i-khek).

Sepanjang tahun 2019, berbagai kekejaman dilakukan oleh tentera Siam/Thai, baik penyiksaan dan penderaan bagaikan binatang terhadap rakyat awam Melayu seperti kes Abdullah Isamusa,

Dialek Tempatan Patani (4)

Loghat Bidil 

Bidil (Siam : Phi’then) adalah sebuah mukim dalam jajahan Tung Yang Deng (daerah Kuwing Merah) wilayah Pattani, mempunyai kampung dibawah pentadbirannya sebanyak 8 buah kampung yaitu 1) Kg.Khaling 2) Kg.Belukar luas 3) Kg.Bidil (termasuk Kg. Kuwong) 4) Kg.Padang Nyior (S.Pa maprao) 5) Kg,Becah 6) Kg.Bageh 7) Kg.Tokcud (Termasuk Kg,Bukit mas dan Kg,Nakbai) 8) Kg.Tembak.

Cara Siam Memadamkan Konflik Patani

(1). DALAM BIDANG POLITIK: PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN.

Membentuk organisasi oprasional ditingkat pusat, tingkat kawasan dan di tingkat daerah di seluruh negeri Patani yaitu kabinet pelaksanaan selatan, Sor.Or.Bor.Tor (SBPAC) operasional, komando pertahanan selatan operasional, Pejabat polis selatan operasional, Pejabat kementerian kehakiman dan pejabat pengadilan operasional, Komando Chor.Kor. operasional, Cor.Por.Tor, Cor.Ror.Bor dan Or.Sor. sebagai alat kekuasaan atas rakyat Melayu Patani.

KEBIADABAN TENTERA THAILAND TERHADAP BANGSA MELAYU PATANI

Terjadi peristiwa pembunuhan keatas rakyat bangsa Patani. Pada 16 Disember 2019, tentera Thai membantai penduduk kampung, yang sedang berjalan turun daripada tempat bekerja pembalakan kayu.

Peristiwa tersebut telah menewaskan 3 orang penduduk tempatan, yang tidak bersalah dan tidak ada kaitan dengan kelompok Gerakan Pembebasan Patani. Pihak tentera Thai memberi kenyataan bahawa mereka bertempur dengan pihak Pejuang Pembebasan Patani.

Kejadian di Kampung Ane Bungo, Daerah Rangek, Wilayah Narathiwat. Sebuah pernyataan yang tidak berasas dan menyalahi fakta sebenarnya, juga terkesan menghindari pertanggungjawaban atas insiden yang memilukan rakyat tempatan. Suatu sikap biadap dan tidak ada rasa malu atas tindakan ganas tentera Thai tersebut.

RUNDINGAN DAMAI PATANI TAHAP MEMBINA KEYAKINAN

Dalam berbagai konflik di belahan dunia, pada suatu saat harus mencari jalan penyelesaian. Rundingan bukan suatu jaminan bahawa dapat menamatkan konflik secara tuntas.

Tapi rundingan tetap hadapan dengan halangan selama mana ia tidak jujur dan ada berkepentingan di sebaliknya. Rundingan merupakan sutu tindakan untuk mencari solusi bersama antara yang bertelikah.

Sangat bergantung kepada para pihak, sejauh mana dapat membina keyakinan dan saling mempercayai antara satu sama lain. Jarang ditemui dalam satu-satu konflik dapat di selesai dengan secara cepat dan mudah.

BERITA RINGKAS@PERISTIWA bulan desember (12/2019M)

1/12/2019M.
-Pihak tentera Siam melakukan operasi secara besar-besaran di perkampungan Melayu memeriksa serta memetrik DNA rakyat awam antaranya: Kampung Pujud, Kampung Mayor, kampung Carok siput, kampung Carok Nirai, kampung Batu putih, kampung Rai dan kampung Buloh seniang, daerah Tantor, wilayah Jala.

-Berlaku tembakan keatas seorang laki-laki warga Melayu yang bernama Matroin Sek (Islam), menyebabkan mangsa cedera, kejadian ini berlaku di kampung Yabok, mukim Samakki, daerah Resok, wilayah Menara.