Saturday 7 March 2020

BERITA RINGKAS@PERISTIWA bulan february (2/2020 M)

2/2/2020M. 
-Timbalan Tok penghulu kampung Banggol Seraya dikenali Muhammad Abdul raso ditembak mati di kampung Banggol Seraya, mukim Peluru, daerah Sungai Padi, wilayah Menara.

-Kereta Ranjer unit 4702 merempuh 2 beranak yang sedang menunggang Motosikal dilalu lintas kampung Baroh, daerah Jaha, wilayah Jala.

3/2/2020M. 
-Seorang rakyat awam warga Melayu berusia 24 tahun ditembak mati di kampung Pauh, mukim Manang dalan, daerah Teluban, wilayah Pattani.

-Berlaku serangan bom keatas unit ranjer pengawal keselamatan guru sekolah kebangsaan dengan mengisi bahan letupan bom dalam tong ges seberat 25 Kg. di pusingan U, simpang tiga kampung Jangot, mukim Tempoyak, daerah Jeringa, wilayah Menara. Tidak ada kecederaan dilapor kan. setelah beberapa jam kemudian pihak ranjer mengepung 5 buah kampung Melayu untuk mengesan peledak bom antaranya kampung Tempoyak, kampung Bukit Bakong, kampung Belukar Delong, kampung Belukar Senor dan kampung Kunyit.

5/2/2020M. 
-Seorang rakyat awam warga Melayu berusia 31 tahun ditembak mati di kampung Lubok Bekae, daerah Weng, wilayah Menara.

6/2/2020M. 
-Seorang rakyat awam warga Melayu berusia 23 tahun ditembak di kampung Banggol Mulong, dalam pekan Teluban, daerah Saiburi, wilayah Pattani. Mangsa cedera ringan.

8/2/2020M. 
- Insiden tembakan rambang akibat amukan seorang anggota tentera yang mengorbankan 30 orang dan mencederakan 57 lagi di Nakhon Ratchasima (juga dikenali sebagai Korat) di timur laut Thailand. Dalam insiden ini 2 oprang tentera Siam yang bertugas di Patani turut terkurban, 1.Capt.Siriwat Sengprasit Company Commander ranjer 4914 daerah Canek, wilayah Menara dan
2.Pol.Capt.Trakun Ta-asa, Platoon Leader operasi ke 2 anti-terrorist bertugas di daerah Bendang Setar wilayah Jala.
Beliu berkait dengan insiden menembak kereta pondok Islam Bacok, Bendang Setar. Pada tahun 2010M, menyebabkan rakyat awam dan pelajar pondok meninggal 4 orang dan cedera parah 5 orang, serta menculik 2 orang rakyat awam yaitu Ibrohim Kahong dan Abdul Hamid Marae dalam tahun 2014M.

- Tentera Siam seramai 2 buah pikap, mengepung dan mengeledah kediaman seorang aktivis Patani dikenali encik Mahmud Besar timbalan ketua Pusat pengembangan kebudayaan Islam (PUKIS) di kampung Mangoh, mukim Pedul, daerah Mayor, wilayah Pattani.

-Seorang relawan tenterta warga Siam dikenali Somchai Bunsuwan, berusia 49 tahun membunuh diri dengan menembak dengan pistol peribadi dalam kediamannya di kampung Pulau rotan (Kok wai), mukim Wad, daerah Yarang, wilayah Pattani. Motif pembunuhan akibat ketengan dan kemurungan.

-Seorang rakyat awam Melayu ditembak mati di kampung Batu 38, mukim Air Weng, daerah Betong, wilayah Jala.

9/2/2020M.
-Unit ranjer ke 46 daerah Resok menjalankan operasi mengepong kampung Melayu serta menahan Abdul Toleb Cekmud, seorang Bilal Masjid kampung Pondok (cawangan Kg.Tajar) mukim Suari, daerah Resok, wilayah Menara. Serta dibawa siasat kekem ranjer dalam Wat Suantham, mukim Resok-ok, Menara.

- Pihak polis Malaysia dan tentera Thailand melakukan operasi dan menangkap 11 warga sipil, operasi ini dilakukan di kawasan Rantau Panjang, Kelantan, Malaysia. Laporan dari masyarakat tempatan mengatakan, operasi ini dilakukan atas kerjasama oleh pihak polis Malaysia dengan tentera Thailand. Pihak tentera Thailand menduga mereka yang ditangkap adalah bahagian dari gerakan pejuang Patani. Mereka yang ditangkap adalah warga sipil Patani, setelah ditangkap mereka di seksa dan diperlakukan diskriminasi. Manakala, 10 orang warga sipil Patani yang ditangkap telah dibebaskan, pada 10/02/2020. Seorang lagi warga sipil Patani masih ditahan oleh tentera Thailand, dan dipindahkan dari penjara Malaysia ke penjara Thailand. Beliu dikenali Thomim berasal kampung Pohon Kepas, daerah Sungai Padi, wilayah Menara.

10/2/2020M. 
-Seorang rakyat awam warga Melayu berumur 32 tahun ditembak mati di kampung Poseng, mukim Poseng, daerah Muang, wilayah Jala.

11/2/2020M. 
-Sabotaj khianat membakar camera litar CCTV kuasa solar sell sebanyak 6 unit dalam daerah Tungyangdeng, wilayah Pattani antaranya :
1.Kawasan simpang empat kampung Paku, mukim Paku musnah 2 unit.
2.Kawasan simpang tiga kampung Cemerai, mukim Paku. Musnah 1 unit
3.Kawasan simpang tiga Telok tokno, mukim Paku, musnah 2 unit.
4.Depan sekolah kebangsaan kampung Bukit Tanah, mukim Paku, musnah 1 unit.

13/2/2020M.
-Seorag pemuda warga Melayu ditembak mati di kampung Puyok, mukim/daerah Sungai golok, wilayah Menara.

14/2/2020M.
-Timbalan ketua wilayah (Rong Phuwa) wilayah Jala menahan beberapa orang antaranya Tok penghulu kampung, timbalam penghulu dan cor. ror.bor. kerana menghisap dadah jenis ubat gila dalam pos kawalan cor.ror.bor. kampung Telok kerian mukim kalo, daerah Raman, wilayah Jala.

16/2/2020M. 
-Rakyat awam jumpa mayat seorang warga Melayu di kampung Banggol, mukim Kelisa, daerah Tanjung Mas, wilayah Menara.

17/2/2020M.
- Majlis Keselamatan Negara Thai mengisytiharkan diperpanjangkan Undang-Undang Dharurat dan Kecemasan di Patani. Iaitu bermula pada tarikh 20 Mac 2020 sampai 19 Jun 2020. Undang-Undang Dharurat dan Kecemasan dikuatkuasakan pada tahun 2005, di zaman kepemimpinan Perdana Menteri Taksin Chinawatra dan terus diperpanjangkan sehingga tahun 2020, dengan berlangsung selama 15 tahun bersama Undang-Undang Perintah Berkurung. Proses diperpanjangkan dalam tempoh setiap 3 bulan sekali.

-Letupan bom menyasarkan tentera Siam didepan sekolah kebangsaan kampung Buloh Minyak (Paiman), Mukim Telaga Bakong (Botong), daerah Nongcik, wilayah Pattani. Tidak ada laporan kecederaan.

-2 orang pemuda menaikki motosikal menembak mati unit perinsikan polis gajian 4,500 bath dikenali Ahamad Doloh depan Pondok Mat dagang (Ma’had Muhammadiah) kampung Nat baru, mukim Napradu, daerah Kokpor, wilayah Pattani. Kata polis mangsa Pernah ditembak dalam tahun 2007 dan pernah bertempur dengan pihak pejuang dalam tahun 2008.

20/2/2020M. 
- Masyarakat tempatan menemukan mayat seorang laki-laki warga Melayu usia 28 tahun, kejadian ini berlaku di kawasan rumah No.52/1 Jalan Ronkanun, mukim Budi, Daerah Muang Wilayah Yala.

21/2/2020M.
- Pihak polis daerah Betong, wilayah Jala melakukan operasi dan menemukan sebutir bom, operasi ini dilakukan di kampung Piyamit, mukim Air weng, daerah Betung, Wilayah Jala, Laporan dari pihak polis mengatakan, bom yang ditemukan ini adalah jenis MK.82 se berat 500 kg, bom ini merupakan sejenis bom dari pesawat terbang zaman perang dunia ke 2.

22/2/2020M.
-Seorang warga Siam berasal daerah Rataphum, wilayah Senggora ditembak ketika perjalanan di depan pejabat elektrik daerah Bendang Setar, wilayah Jala. Mangsa cedera ringan.

23/2/2020M.
-Berlaku pertemporan antara ranjer Siam dengan pejuang Patani dikem penginapan sementara pihak pejuang atas bukit Tok wey, kawasan kampung Air Setiar, mukim Bukit, daereah Becah Airong, wilayah Menara. Menyebabkan 5 orang Pejuang Patani kurban Syahid antaranya :
1.As-Syahid Muhammad Zulkifli Seme, berasal kampung Bukit, mukim Bukit, Menara. Dengan 3 rekod kes keamanan.
2.As-Syahid Yaki Wokngoi, berasal kampung Air tempayan, mukim Chuab, Menara bersama 2 rekod kes keamanan.
3.As-Syahid Adhar Said, berasal kampung Kubang Puyu, mukim Merbol ook, Menara bersama 1 rekod kes keamanan.
4.As-Syahid Qomaruddin Kasim, berasal kampung Banggol Petai, mukikm Chuab. Menara.
5.As-Syahid Cik Lima Latih Bering, berasal kampung Cuwok, mukim Merbol ook. Menara.
Bersama ini pihak tentera Siam merampas dan mengesan 10 laras senjata api antaranya: 5 laras Senapang jenis M.16, selaras senapang jenis HK 33, selaras senapang jenis Ak47, selaras senapang patah, 2 pucuk pistol jenis CZ .9mm dan .38mm, selain senjata api mengesan bom buatan sendiri mengisi bahan letupan bom dalam paip besi sebanyak 8 butir, 2 unit walkie talkie (radio komunikasi) dan 15 butir bagpack militer. manakala kecederaan dan kematian pihak ranjer Siam disahsiakan jumlahnya.

24/2/2020M. 
-Serangan motorsikal bom keatas rombongan timbalan ketua daerah Sebaya (Plad Ampoe) wilayah Senggora menaiki sebuah pikap dijalan kampung Tenot –Sebaya berhampiran taman rekreasi bandaran Sebaya, wilayah Senggora. menyebabakan 10 orang cedera antaranya Nai Cesadakorn Srichan timbalan ketua daerah Sebaya, 3 orang unit relawan tentera dan selebihnya rakyat awam didapati cedera ringan.

25/2/2020M. 
-Berlaku pertemporan kali kedua kawasan operasi atas bukit Tokwey, kampung Air Setiar, daereah Becah Airong, wilayah Menara. Menyebabakan seorang lagi pejuang Patani kurban Syahid ialah As-Syahid Awae Sama, berasal kampung Parit ruboh, Tanjung Mas, Menara bersamanya 3 rekod jinayah kes keamanan. Manakala 2 orang lagi ditangkap.

- Pihak tentera Thailand melakukan operasi dan menangkap seorang laki-laki yang bernama Ismael Kadung, operasi ini dilakukan di kampung Air kedae, mukim Seri Panput, daerah Seri sakon, wilayah Menara.

-Eod. mengesan dan memadam sebuah motorsikal yang siap mengisi bahan letupan bom dan siap beroperasi di kampung Klong loi, mukim Salamai, daerah Takbai, wilayah Menara. Kata polis motorsikal tersebut dirampas dari warga Siam beberapa bulan lalu.

27/2/2020M.
- Pihak tentera Thailand melakukan operasi dan menemukan lubang yang di syakki sebagai sasaran letupan bom, operasi ini dilakukan di kawasan lalu lintas jalan raya kampung Telaga 7, mukim Yupor, daerah Muang, wilayah Jala.

28/2/2020M. 
-Berlaku serangan bom keatas ranjer bantuan tentera laut dikampung Sopo, mukim Gajah mati, daerah Bacok, wilayah Menara. menyebabkan ranjer mati 1 orang dan cedera parah 5 orang.







KESIMPULAN Bulan FEBRUARY (2/2020 M.) 

Peristiwa pergolokan berlaku 20 kes.terbahagi kepada wilayah Pattani 6 kes, Jala 4 kes, Menara 9 kes, dan wilayah Senggora 1 kes.

Berlaku serangan bom 5 butir (sebutir motorsikal bom sempat dikesan dan dipadamkan) yaitu 3 butir di Menara dan sebutir masing-masing di Pattani dan Senggora.

Tembakan dan pertemporan berlaku 14 kes: Masing-masing di Pattani 4 kes, Jala 4 kes, Menara 6 kes. berlaku sabotaj 1 tempat di Pattani.

Angkatan bersenjata kerajaan Siam mati 4 orang (2 orang dalam insiden di Korat dan seorang memebunuh diri) cedera parah 5 orang, Rakyat awam mati 8 orang (kesemua warga Melayu) cedera parah 8 orang. (kesemua warga Siam) pegawai kerajaan mati 2 orang dan cedera parah 4 orang.

Pejuang gurgur Syahid 6 orang dalam kawasan Menara. lebih dari 10 tempat/kampung dikepung dan mengeledah pihak keamanan Siam. lebih dari 10 orang ditangkap. pihak penguasa Siam merampas senjata lebih dari 10 laras dan 8 butir bom buatan sendiri serta sebuah bom motorsikal.



No comments:

Post a Comment