Sunday 8 December 2019

MEMPERSENJATAI ORANG AWAM ADALAH PELANGGARAN IHL

Mengikutsertakan orang awam dalam kancah permusuhan dengan mempersenjatai mereka di kawasan konflik, pihak Siam/Thailand harus berhenti dan membatalkan  mempersenjatai orang awam. 

Undang-undang kemanusiaan antara bangsa atau undang-undang perang  (International humanitarian law (IHL)) , bahwa orang awam bukan lagi orang awam apabila dipersenjatai, bahkan ia sudah bersedia untuk bertarung dan merupakan peserta langsung dalam kancah permusuhan. 

Siam Thai, matalamatnya ialah untuk “Mengekalkan penjajahannya ke atas wilaya Patani” Oleh kerana itu, ia menubuhkan separa tentera (semi awam) yang tidak hanya sepadan dengan keperluan mempertahankan diri orang awam.

Dialek Tempatan Patani (2)


Loghat ulu mempunyai sebutan bunyi huruf vokal yang berada di hujung perkataan yang berlainan dengan bahasa Melayu Patani begitu juga istilah-istilah dan perkataan yang tertentu seperti contoh dibawah:

Akek (Angkat) Babey (Degil) Beramat (Halau) Cemuh (Bosan) Cokeh (Cungkil) Dak deh (Bukan lah) Demo (Kamu) Gena (Macam mana?) Ghoyat (Beri tahu) Gomo (Bertumbuk/bergaduh) Hamat (Kejar) Haring (Hacing) Huwing (Pusing) Ja-ong (Mendong) Jeghang (Rebus) Jemorang (Pelantar) Jokay (Bahagian Tepi Jemorang) Juweh (Mulut bawah terkeluar) Kahek (Luah) Kebudak ning (Budak-budak ini) Kelolo (Buat lawak/bergurau) Kesik (Sunyi) Kesot (Alih) Ketit (kena gigitc serangga) Khelik (Pulang) Kheng (Tahan) Kho dulu (Nanti dulu) Kothok (Pendek) Kumo (Kami) Kutey (Cubit) Loghat (Kalut)

Cor.Ror.Bor. : Alat Penjajah Siam

(1). Cor.Ror.Bor. adalah Unit Penjagaan Keamanan Kampung. Selain Cor.Ror.Bor. masih ada lagi unit-unit lain yaitu Cor.Kor.Tor (Unit Pertahanan Mukim) dan Or.Ror.Bor. (Unit Rela Kampung) yang dibentuk untuk mempertahankan kampung di mukim seluruh wilayah di Patani.

(2). Unit milisi lokal bersenjata tersebut adalah merupakan unit rakyat bersenjata, unit rakyat pertahanan dari unit rakyat pertahanan kampung, unit rakyat pertahanan mukim dan unit rakyat sebagai pembantu kepada dinas tentera dan polis.

RUNDINGAN DALAM PENYELESAIAN KONFLIK

Konflik bangsa Patani dan Bangkok perlu di angkat naik ke meja perundingan damai secara komprehensif, bermartabat dan saksama. Proses mediasi antarabangsa dan persaksian oleh Badanbadan Pertubuhan Dunia.

Jika ini dapat berlaku dan berjalan dalam prosesnya dengan baik. Dapatlah diyakinkan bahawa proses perundingan damai akan berlangsung secara normatif. 

Kesefahaman dan kesepakatan terhadap nota-nota pra-rundingan (framework) perlu direalisasikan. Untuk menciptakan suasana yang lebih kondusif dan rekonstruktif. Antara pihak-pihak yang bertelingkah dalam konflik berdarah.

KEADILAN YANG TAK ADIL BAGI BANGSA PATANI

Patani merupakan kerajaan Melayu telah dianeksiasi oleh Thailand semenjak 1909 melalui tipu daya politik siam tanpa ada persetujuan masyarakat pribumi yaitu bangsa Melayu Patani, transformasi yang dilakukan oleh kerajaan Thailand melalui berbagai cara policy tipu daya serta memaksa masyarakat Patani agar tunduk dan patuh kepada negara Thailand, diwajibkan berbahasa Thai beragama Budha dan Berbudaya Siam namun tidak pernah mencapai tujuannya bahkan tambah lahirnya bagi perasaan penolakan atau pertentanggan, anti, pemberontakan terhadap kebijakan kerajaan sehingga tidak juga merasa bahwa dirinya bangsa Melayu bukan sebahagian dari Siam Thailand.

BERITA RINGKAS@PERISTIWA BULAN NONEMBER (11/2019M)


2/11/2019M. 
-Pihak tentera Siam menjalankan operasi mengepung kampung serta menahan 2 orang pemuda Melayu serta memetik DNA di kampung Tok Ku cair/ Gonjang, mukim kampung Rai, daerah Tantor, wilayah Jala. 

5/11/2019M. 
- 15 terbunuh dan 5 yang lain cedera parah dalam insiden berbalas tembakan di Pos kawalan keselamatan mukim Lamphaya di kampung Sedar, dan kampung Tawan-ook, mukim Lamphaya, daerah Muang, wilaytah Jala.

Thursday 7 November 2019

KEBURUKAN SIAM TERBONGKAR


Peristiwa penembakan bunuh diri oleh hakim Kanakorn  Pianchana, ketua Hakim Mahkamah majistret wilayah Jala telah membongkar sebuah kebenaran terhadap proses pengadilan di Patani, khususnya terhadap umat Islam Melayu Patani. 

Beliu menembak diri setelah menjatuhkan hukum tidak bersalah keatas 5 pemuda Patani disebabkan rasa ketidakadilan demi menjaga perinsip kehakiman  dan hati noraninya  dan yang dirinya diperhambakan oleh atasan yang mengarah menjatuhkan hukuman mati kepada yang tak bersalah. 

Dialek Tempatan Patani (1)

Di Patani boleh dikatakan rakyat Patani secara umum bertutur dengan bahasa Melayu Patani (loghat/dialek Patani)  yang sama dipertuturkan di negeri Kelantan, Malaysia, sebahagian Terengganu (di Pulau Perhentian dan Besut) serta sebahagian Kedah seperti di Baling, Sik serta Padang Terap.

Pada dasarnya, Bahasa Melayu dialek Patani ini mirip dengan Bahasa Melayu Kelantan tetapi telah dipisahkan dengan keadaan sosial serta politik ke 2 negara tersebut. (baca artikal dialek Patani siri 2 dalam Majalah SURAT edisi: 50), Walau bagaimanapun sebahagian dari mereka ada yang bertutur dengan dialek/loghat tempatan tetapi pelet berlainan seperti pelet darat/ pelet ulu, pelet Tiba dan Cenak, pelet Bidil, pelet Cekhe, pelet Sebaya dan sebagainya.  

SERUAN JIHAD (10) Operasi Siam Dalam Membasmi Perjuangan Rakyat Patani


(1).Siam berusaha keras untuk membasmi pemimpin-pemimpin pergerakan dan pejuang-pejuang rakyat Patani, menjaga ketat gerakan kekerasan bersenjata dan menyekat kegiatan pengembangan kader-kader pemuda pejuang Patani. 

(2).Dalam operasi membasmi gerakan perjuangan tersebut, Siam menetapkan 3 strategi utama yaitu pembasmian pemimpin-pemimpin gerakan, penangulangan kekerasan bersenjata dan penyekatan pengembangan kader-kader pejuang dan menjalankan 12 strategi pendokong melalui operasi dibidang pertahanan dan keamanan oleh Kor. Or. Ror. Mor. Nor. dan operasi dibidang pembangunan oleh Sor. Or. Bor. Tor. dengan melancarkan berbagai-bagai program yang telah menelan biaya bajed lebih dari 3000,000 juta bath.  

TIRAI KEADILAN SIAM DI PATANI TERKOYAK


Peristiwa penembakan bunuh diri oleh seorang Hakim Mahkamah Majisterit di wilayah Jala, iaitu Kanakotn Pianchana telah menyikap sebuah kebenaran terhadap proses keadilan Thailand di Patani, khasnya terhadap penduduk melayu bangsa Patani. 

Bangkok mendapat cabaran dan tentangan hebat terhadap peristiwa ini. Kerana selama Perintah Berkurung, di bawah Undang-Undang Keselamatan Negara, dan Undang-Undang di bawah Syeksen Hasutan dan Jenayah. 

TAHUN KEBANGKITAN PERJUANGAN- PATANI MENUJU KEJAYAAN


Perjuangan bangsa Patani menempuh banyak rintangan dan halangan, selama lebih 15 tahun lamanya. Gerakan perjuangan umat lslam ini, telah menyahut pelbagai cabaran dalam setiap bidang dan aspek yang mereka perjuangkan. Perjuangan kebangsaan melayu Patani, sebagai identiti sebenar berdasarkan sejarah, sosial budaya, dan agama kepercayaan. 

Sebuah keniscayaan yang mempunyai fakta dan kebenaran. Politik perjuangan bangsa Patani, merupakan akibat daripada ketidakadilan dalam peristiwa sejarah di masa lalu. Sebuah catatan dunia yang dapat di telusuri dan selalu menjadi wacana di berbagai bidang kajian dan Akedemik. 

BERITA RINGKAS@PERISTIWA BULAN OKTOBER (10/2019M.)


3/10/2019M. 
-Seorang wanita bertugas sebagai timbalan tok Penghulu Bhg. Keamanan (Por.Ror.Sor) kampung Kuyae, mukim Saeb, daerah Krung Pinang, wilayah Jala. dikenali cik Melah Ceksoh ditembak mati ketika menaikki sebuah motosikal di kampung tersebut. manakala adik perempuannya cedera parah. 

4/10/2019M. 
-Encik Kanakhorn Pianchana Hakim di Mahkamah Majestrit wilayah Jala menembak diri dengan pistol peribadi dalam bilik Mahkamah majestrit wilayah Jala. setelah menjatuhkan hukum tidak bersalah keatas 5 orang pemuda dari mukim Tanah putih, wilayan Jala. dalam kes penembakan 5 orang rakyat awam pada 11/6/2018M. 5 tertuduh dikenali 

Tuesday 8 October 2019


Pemerintahan Siam/Thai tidak habis-habis curiga dan bahkan mendiskriminasi terhadap warga Melayu Patani. 

Baru-baru ini, Pemerintah Siam/Thai khususnya untuk merekod bio data dan memantau kegiatan mahasiswa Muslim Patani. Hal ini sangat tidak berasaskan kemanusiaan dan boleh mewujudkan jurang antara mahasiswa  Muslim dengan yang lainnya. 

Terdapat banyak ahli organisasi hak asasi manusia antarabangsa menganggap tindakan demikian adalah sangat tidak adil dan diskriminasi, kerana perkara itu adalah maklumat pribadi seseorang. Hal tersebut percobaan memaksa universiti-universiti untuk  menekan mahasiswa-mahasiswa Muslim dari Patani. 

Dialek Patani (Ep.7)


Pada siri ini pula kami contohkan beberapa perkataan bahasa Siam yang berpengaruh menyerap masuk kebahasa Melayu Patani dalam kategori makanan/masakan,sukan, dan perbualan harian seperti contoh dibawah :

(7) Katigori makanan/masakan : Ahan (makanan) Bai kapao (daun selasih) Buah lamyai (buah mata kucing) Cha keaw (teh hijau) Cha yen (teh ais) Keng kiau wan (sayur hijau) Kengsom (masam pedas) Khai ceaw (telur dada) Khai dao (telur mata) Khao mok (nasi minyak) Lukching (bebola) Nok katha (burung puyuh) Nom sot (susu segar) Nom yen (susu sejuk/susu ais)

O-liang (kopi sejuk/ais) Pad khana (kailan) Pad thai (mee goring siam) Padpet (goring pedas) Pakchi (daun ketumbar) Phak (sayur-sayuran) Prik thai (lada hitam) Saikrok (sosej) Sang (pesanan makanan/order) Somtam (kerabu betik) Yam kha kai (kerabu kaki ayam) Yam mamuang (kerabu buang manga) dan banyak lagi

SERUAN JIHAD (9) Menyemai Semangat Kemerdekaan


1. Kemerdekaan adalah hak segala bangsa dan hak semua orang * Tuhan tidak merubah nasib suatu bangsa sebelum bangsa itu mengubah nasibnya sendiri * Nasib bangsa kita Patani takkan berubah, jika kita tak mahu mengubahnya * Kemerdekaan itu bukan sekadar menunggu hadiah dari penjajah Siam. kemerdekaan itu bukanlah didapatkan dengan Cuma-Cuma. Kemerdekaan itu adalah titisan darah para pejuang kemerdekaan * Jangan pernah mimpi untuk merdeka. Ketika kita sendiri malas mengerjanya * Kemerdekaan hanya dapat dimiliki oleh bangsa yang jiwanya berkubar-kubar dengan tekad “MERDEKA ATAU MATI”

Dampak Kejahatan Thailand Sebagai Penjajah di ASEAN


 Penjajah Thailand di Asia Tenggara adalah merupakan imperialisme dan kolonialisme terlama, dibanding penjajah-penjajah barat dan Eropah lainnya.

Imperialis dan kolonialis America di Plipina, Belanda dan Jepun di Indonesia, juga British di Malaysia serta di tanah-tanah melayu lainnya, tindakan dasar milik jajahan telah berakhir dengan memberi autonomi dan pemerintahan sendiri.

UPAYA MENDAULATKAN BANGSA MELALUI PERJUANGAN


Kehidupan dan kedudukan geografi di Patani sungguh memberi erti bagi anak bangsanya dan kepada masyarakat dunia. Ini memudahkan kita untuk memafahami dan dipelajari. 

Tentang apa faktor sebenarnya pergolakan dan konflik di Patani? Dengan tidak perlu banyak menyiasat ataupun mengkaji lebih rumit. Oleh kerana geogerafi dan watak kehidupan bangsa Patani sendiri, yang telah banyak membantu untuk menyatakan. 

BERITA RINGKAS@PERISTIWA BULAN SEPTEMBER (9/2019 M.)


1/9/2019M.
-Pihak tentera Siam menahan seorang ustaz tenaga pengajar di sebuah sekolah agama dalam wilayah Pattani beliu dikenali ustaz Muhammad zaki Kalupae di kampung Klong kuan, daerah Nongcik, wilayah Pattani. satu kes yang sama menahan seorang rakyat awam dikenali Manawi Cekhama di kampung Lipat Sanggol, daerah Nongcik, wilayah Pattani.

-Seorang Pemuda Melayu berusia 22 tahun ditembak mati di Kampung Cemau tiga pohon, mukim Trokbon, daerah Teluban, wilayah Pattani.    

Sunday 8 September 2019

INGKHAYUT : LIANG KUBUR ORANG MELAYU PATANI


Kem-kem tentera Siam di Patani khususnya kem tentera Telaga Bakong, (Ingkhayuttha Borihan Fort) wilayah Pattani dijadikan tempat interogasi, investigasi, tempat penahanan, penyiasatan, penderaan dan penganianyaan dan tempat pembunuhan orang Melayu sejak zaman berzaman lagi. 

Tanggal 25 Ogos 2019 kesedihan menyelubungi para waris dan umat Islam Patani atas pemergian Abdullah Isamusa, selama 35 hari dirawat diHospital Songkhla Nakarin Hadyai kerana tidak menyedar diri akibat dari penderaan kejam oleh tangan penjajah tentera Siam dalam kem ini. 

Dialek Patani (6)


Pada siri ini kami contohkan beberapa perkataan bahasa Siam yang berpengaruh menyerap masuk kebahasa Melayu Patani dalam beberapa kategori seperti dalam kesihatan, pejabat-pejabat, pengangkutan dan peralatan.

(3) Katigori kesihatan : Chukcern (kecemasan) Hong Chukchern (bilik kecemasan) Hong patad (bilik pembedahan) Kereta payaban (ambulan) Khai lead ook (demam denggi) Khai wad (selsema) Klong culatat (mikrokop) Kwamdan (tekanan darah/darah tinggi) Lot kwang uan (menurunkan berat badan/diet) Mareng (ganser) Ook kamlangkai (senaman). Payaban (jururawat) Rok Huacai (penyakit jantung) Rok Krapok (gastrik) Rok tai (penyakit buah pinggang) Samunprai (akar kayu/herba) Sukhapap (kesihatan) Ubatihet (kemalangan/eksiden) Ya mong (balm) Yiam (ziarah pesakit)

SERUAN JIHAD (8) Bentuk dan Strategi Perjuangan


(1) Makna perjuangan: berperang/perlawanan/pembunuhan, konflik/pertemporan/ pergomolan dan bertarung/perkelahian/persaingan. 

• Perjuangan berarti segala sesuatu yang dilakukan untuk mencapai suatu tujuan.  
• Perjuangan merupakan suatu usaha untuk meraih suatu yang diharapkan demi kemuliaan dan kebajikan. 
• Perjuangan adalah segala suatu yang dilakukan dengan pengorbanan, peperangan dan diplomasi untuk memperoleh kemerdekaan. 

PERJUANGAN MENUJU RAHMAT ILAHI


Konflik sudah meletus, merupakan akibat dari tekanan pihak berkuasa terlalu zolim, berutal dan tidak menghormati hak kemanusiaan.  

Kebangkitan rakyat sudah tidah dapat dibendungkan lagi. Api kemarahan bertambah merungcingkan, akibat perlakuan yang tidak setimpal terhadap rakyat. 

Penjajah Siam, masih menutupi kehendak dan keinginan orang Patani. 

Masih menganggap konflik di Patani, suatu penjinayahan dan terror. Sedangkan konflik di Patani lebih merupakan pergerakan rakyat untuk pembebasan bangsanya dari belenggu penjajahan Siam. 

THAILAND PELANGGAR HAM BERAT DAN HILANGNYA RASA PRIKEMANUSIAAN


Aksi kejam kerajaan Siam terus mediskriminasi rakyat bangsa Patani. Peristiwa berulang kali, dan kali ini tragedi pilu menimpa Abdullah Isa Musa. 

Akibat daripada penyiksaan, di anyanyai dan di seksa oleh pegawai penyiasat kerajaan Siam. Sehingga mengakibatkan Abdullah Isa M., tidak sadarkan diri dan mengalami koma. Ini berlaku setelah satu kali 24 jam beliau di tahan reman oleh pihak kerajaan Siam. 

BERITA RINGKAS@PERISTIWA BULAN OGOS (8/2019 M.)

1/8/2019M. 
-Berlaku serangan bom sebanyak 18 butir menggegarkan kota Bangkok. Kebanyakan Bom diledakan di pejabat pemerintahan kerajaan Thai dan pasaraya tersohor Kenyataan sebagai berikuit :   

(A) Bom buatan sendiri, kesemua 9 butir meletup 6 butir dan dikesan serta dipadamkan 3 butir   
1) Jam 3.40 petang tanggal 1/8/2019, 2 butirn bom dikesan dan dipadamkan di depan Ibu pejabat agensi polis negara, jalan Praram 1.  

Wednesday 7 August 2019

PATANI MERDEKA BUKAN FANTASTIS


Para pejuang yang berjuang dengan gigih, demi menyelamatkan bangsa dan membebaskan diri dari belenggu penjajah. 

Berkorban apa saja, bukanlah perkara sia-sia. Sejarah telah membuktikan, kebangkitan ummah untuk menuntut hak kebebasan, adalah nyata. 

Kemenangan di tangan kita sekiranya sungguh-sungguh berusaha. Kemerdekan yang menjadi cita-cita bukan khayalan belaka.  Patani merdeka pilihan kita. 

Dialek Patani (5)


Pada siri yang lepas kami telah buat contoh perkataan bahasa Siam yang berpengaruh menyerap masuk kebahasa Melayu Patani, dibawah ini adalah contoh perkataan yang diguna pakai seharian oleh orang Melayu Patani dalam kategori pendidikan :

(2) Katigori Pendidikan dan Pelajaran : 
Achan (guru) Andap (nombor urutan) Buak (campur(dalam ilmu metametik)) Chud nakrian (pakaian pelajar) Chud woom (pakaian sukan) Cob (lulus) Fai kan ngen (bhg. Keawangan) Fai pokkrong (bhg. Pengawal) Fai turakarn (bhg.perkhidmatan) Fai wichakarn (bhg.pelajaran) Fuk ngan (berlatih) Han (bahagi (dalam ilmu metametik)) Hong payabal (bilik kesihatan) Hong prachum (bilik musyawarat) Kao-khai (berkemah) Kasian (pencen) Kha therm (yuran pelajaran) Khao teaw (berbaris) Khun (darab/kali(dalam ilmu matemetik)) Kicakam (kegiatan)

SERUAN JIHAD (7) Makna Kemerdekaan bagi Bangsa Patani


(1) Perjuangan rakyat Patani adalah perjuangan jihad dan revolusi untuk membebaskan bangsa Melayu Patani dan memerdekakan tanah air negeri Patani dari cengkraman penjajah Siam kafir harbi yang telah menjajah dan merampas negeri Patani lebih dari 2 abad yang lalu sejak tahun 1785M. bangsa Melayu Patani berada dalam keadaan hina dina, papa miskin dan keselamatan jiwa raga terancam.


(2) Kemerdekaan Patani mempunyai makna yang sangat penting bagi hidup dan kehidupan bangsa Patani yaitu :  

BANGSA NEGARA DAN KEDAULATAN (Sekali Merdeka Patani Tetap Merdeka)


Pengertian bangsa adalah kumpulan komuniti dan kelompok masyarakat yang hidup berdampingan secara tradisi dan kebudayaan dalam suatu ideologi yang di sepakati dan mempunyai pengalaman sejarah bersama. 

Proses kebangsaan berdasarkan latar belakang sejarah suku, etnik dan kesatuan dalam pilar kehidupan bermasyarakat yang adil, aman dan damai.  Dengan terbentuknya sejarah kelompok dalam menghadapi rintangam dan tantangan zaman secara bersama. 

Di bawah sejarah pemerintahan baik berupa kerajaan mahupun republik. Kebangsaan merupakan proses alami semula jadi dan menjadi jati diri bagi setiap bangsa manusia. Nilai kebangsaan itu akan selalu melekat kepada setiap peribadi manusia, yang menjadi identiti kebangsaan bagi sebuah pemerintahan. 

TUNTUTAN HAJI SULONG SESUI DENGAN PIAGAM PBB TENTANG HAK PENENTUAN NASIB SENDIRI


Haji Sulong Bin Abdul Kodir Alfathoni, tokoh dan ulama Agung pujangga Bangsa Patani, yang mencetus idea dalam mengemukakan tuntutan 7 fasal, untuk membebaskan bumi Patani dari penjajahan Thai. 

Tuntutan tersebut didukung oleh setiap lapisan masyarakat Patani pada ketika itu. Sehinga jasa dan karisma beliau masih subur dan segar dalam ingatan Bangsa Patani. Walaupun terpaksa melalui detik-detik sejarah duka. 

Tuntutan 7 fasal yang beliau bersama rakan-rakannya, yang mempersiapkan demi membebaskan bangsa dari penjajahan Siam. Kerana sudah sekian lama Bangsa Patani diperbudakkan dan ditindas oleh Siam. 

BERITA RINGKAS@PERISTIWA BULAN JULAI (7/2019 M.)


2/7/2019M. 
-Pegawai tentera dari Kem Telaga Bakong, Pattani, menjalankan operasi mengepung pondok dan  menahan ustaz Muktar Abdullah dalam kawasan pondok Pombing bersama ustaz fauzi Umar (adik ipar ustaz Soleh yang ditembak pada 30/6/2019) mereka ditahan dan dibawa siasat ke kem Telaga Bakong, Pattani. 

-Seorang rakyat awam berusia 47 tahun berasal kampung Krong Pinang, Jala ditembak di kampung Air Wo, mukim Kalong, daerah Sri Sakon, wilayah Menara. Mangsa cedera ringan.   

Sunday 14 July 2019

ANJING KURAP DAH HABIS BISA


Anjing adalah binatang yang sangat setia, sanggub berqorban untuk tuannya, rela bersusah payah demi tuannya. 

Namun dalam pribahasa Melayu anjing adalah sebagai simbul kejahatan dan kehinaan, anjing biasa makan tahi, jika tidak makan, mencuim ada juga. 

Anjing kurap adalah suatu kehinaan yang dibandingkan kepada seseorang, karena dengan upahan yang murah dia sanggup menggadaikan maruah dirinya, seolah-olah menghina diri sendiri, agama dan bangsa sendiri. 

Dalam kontek di Patani anJing kurap adalah mereka yang bekerja untuk kepentingan penjajah Siam, yang menjajah bangsanya sendiri. 

Dialek Patani (4)


Sejak kejatuhan Patani ketangan siam pada tahun 1785M. pengaruh Bahasa Siam (Bahasa penjajah) telah menyerap masuk kebahasa Melayu Patani. dengan ini orang Melayu Patani pada hari ini bertutur dalam perbualan harian mereka bercampur aduk Antara Bahasa Melayu dengan Bahasa Siam Thai. berbualan mereka seharian hanya dapat dipahami oleh orang-orang Melayu Patani sahaja .walaupun orang Melayu dari Kelantan dan Terengganu yang bertutur hampir sama dalam longat harian sangat sukar untuk memahaminya, dibawah ini adalah sebahagian contoh istilah-istilah Siam yang diguna oleh orang-orang Patani :

SERUAN JIHAD (6) Akibat Penjajahan Siam di Patani


(1) Orang-orang Melayu yang menetap di bumi Patani (300-500 SM.) mendirikan negara Langkasuka (abad 1-15M.) dibawah kerajaan Langkasuka (abad 1), kerajaan Seri Wijaya (abad 7M.), kerajaan Melayu ٍSeri Wangsa (abad 13M.) dan meneruskan kehidupan berbangsa dan bernegara dengan melanjutkan pembentukan Negara Patani Darussalam (abad 15-18M.) dibawah dinasti Patani (15M.), dinasti Kelantan I (abad 17M.) dan dinasti Kelantan II (abad 18M.) 

HAKIKAT PERJUANGAN BANGSA MELAYU PATANI

Umat Islam Melayu Patani bukan sejenis manusia yang selalu ingin bergaduh, bukan juga suka menindas dan menjajah suku bangsa yang lain, mereka cukup peramah selalu menjunjung tinggi dan menghormati hak-hak kedudukan bangsa lain, hak kemanusiaan.

Patutlah Ulama silam menggelarkan dengan gelaran bangsa Melayu ini (al-mala-u) artinnya bangsa yang tertinggi. bangsa yang lemah lembut. Semenjak kejatuhan 1785 M. 

Patani berkali-kali berusaha secara diplomatik dengan pihak penjajah Thai. untuk mencari penyelesaian secara damai di meja rundingan, namun selalu menemui kegagalan. 

PATANI SELAYAKNYA MERDEKA


Patani adalah sebuah negara yang pernah berdaulat sebagai negeri serambi Mekah, masa jayanya terkenal dengan pusat ilmu pengetahuan dan pusat perdagangan di Asia Tenggara, namun pada tahun 1785m, di bawah pemerintahan Raja Rama I, Siam menyerang dan Berjaya menakluki Patani, Kelantan, Kedah dan Terengganu menjadi wilayah yang tunduk kepada Siam (tributary states) dan menghantarkan bunga emas ke Siam. 

Pada tahun 1789-1791m, terjadi pemberontakan berkali-kali di Patani. Dan Patani dipecahkan kepada tujuh wilayah: Pattani, Saiburi (Teluban), Nongchik, Yaring, Yala, Reman dan Rangea untuk melemahkan orang-orang Melayu, dengan menggunakan policy devide and ruled. 

BERITA RINGKAS@PERISTIWA BULAN JUN (6/2019 M.)


1/6/2019M. 
-Sebutir bom meletup menyasarkan pos kawalan polis berhampiran Bank Krungtai cawangan Bendang Setar, daerah Bendang Setar, wilayah Jala. Menyebabkan seorang pemuda Melayu berusia 17 tahun cedera ringan akibat terkena serpihan bom. Adapun pihak polis dilaporkan terselamat. 

- Berlaku tembakan keatas seorang laki-laki yang bernama Yusuf Saktae usia 60 tahun, menyebabkan mangsa maut ditempat, kejadian ini berlaku di kawasan kampung Toktitir, mukim Baloi, Daerah Yaring, Wilayah Pattani. Laporan dari masyarakat tempatan mengatakan, Yusuf Saktae salah seorang yang bekerja sebagai prinsikan sukarelawan keamanan upahan 4,500 kup. 

Wednesday 12 June 2019

RUMAH PENDUDUK MENJADI ABU


Tempat kediaman merupakan suatu kebutuhan primer yang diimpi-impikan bagi setiap penduduk masyarakat, untuk mendapatkan sebuah tempat kediaman, bagi orang seseorang bukan suatu perkara yang mudah, kadang-kadang ada mereka sampai seumur hidup tidak dapat walaupun sebuah gubuk. 

Bahkan di Bangkok sendiripun masih ada banyak warganya yang berteduh di bawah jembatan. 

Dialek Patani (3)

Bersambung dari edisi yang lepas terdapat istilah/Perkataan subdialek Patani dan Kelantan yang tidak dapat dalam Bahasa Melayu standart, sukar dipahami oleh mereka yang menetap diluar kawasan ini, antara lain contohnya:   

(H) ho (ya lah), hunga (berlari), hinyak (tendang),  

(I) iga’ (tangkap), ingat (rindu) 

(J) jamah (pengang), jebat (bau badan), jebeng (berjambang), jebol (botol kaca), jelak (tamak), jerus (siram), jo-ong (mendung), jjabe (beg plastic), jemore (lantai basah), jenera (lena), jerkoh (sergah), jughuh (baik/sopan). 

SERUAN JIHAD (5) Teruskan Jihad di Bulan Syawal


1) Sempena Bulan Ramadhan Karim dan Aidil Fitri 1440H seluruh staf pengurus dan petugas risalah SUARA RAKYAT PATANI  (SURAT) “Aspirasi rakyat tertindas” mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil fitri, mohon maaf lahir batin. 

minal aaidin wal faaizin, wakul aam wa antum bikhair. melalui Aidil fitri tahun ini, marilah kita rakyat Patani dan pejuang-pejuang Patani, kita tingkatkan segala daya upaya dalam memperkukuhkan persatuan dan kesatuan dengan melaksanakan tugas kewajiban dan tanggungjawab kita meneruskan perjuangan kita menuju cita-cita kemerdekaan bangsa dan Negara kita Patani Darussalam yang tercinta.

HARUSKAH RAKYAT PATANI DISIKSA


Sudah menjadi lumrah  bagi umat manusia, sering mencari dan mengejar kekuasaan, tak pernah mencukupi, di darat, laut dan ruang udara sekalipun, menjadi medan pertarungan demi merebut kekuasaan, disitulah    berlakunya  penindasan demi penindasan, bangsa yang kuat menindas  terhadap bangsa yang lemah sampai  tak mengenal batas-batas kemanusiaan, 

walaupun telah wujud pertubuhan demi pertubuhan berapa banyak lahir NGO-NGO, baik diperingkat daerah, wilayah, Nasioanal dan Internasional, dalam rangka mengawasi dan  mengamankan alam jagak ini, dan ia sebagai garis pandu dan sebagai wasit untuk melerai keadaan satu-satu konflik,  supaya  dapat mengawal  sifat dan perilaku manusia, bangsa seandainya terjadi hal-hal yang boleh merugikan harta benda dan nyawa manusia, dari kedua-dua belah pihak. 

SIFAT PERJUANGAN DAN PERGERAKAN KEMERDEKAAN PATANI

Sebuah ilustrasi menunjukan peperangan zaman silam
antara Tentera penjajah Siam dan umat Melayu Patani.
Matalamat Kebangkitan Rayat Patani 

Perjuangan dan kebangkitan rakyat Patani dari masa ke semasa. Semenjak kejatuahan 1785, sehingga kepada sesi penjajahan secara rasmi pada 1909. Sampai ke saat ini. 

Rakyat Patani berusaha bangkit melawan penjajahan Siam, melalui berbagai cara, dan bentuk. Mereka terdiri dari para ulama (kiyai), cendikiawan, pemimpin kampung dan desa, terusnya kepada rakyat biasa lelaki dan perempuan. 

BERITA RINGKAS@PERISTIWA BULAN MEI (5/2019 M.)


1/5/2019M 
-Mahkamah wiklayah Pattani menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun keatas seorang pejuang kemerdekaan Patani dikenali saudara Mahamad Cekleh dan dibebaskan saudara KuHamadkoyi Samael kerana tidak ada bukti kesalahan dalam kes serangan bom pada 10/1/2018M. 

- Serangan bom seberat 10 kg. keatas rondaan ranjer unit 4207 daerah Penarek, menyebabkan seorang ranjer maut ditempat kejadian berlaku di kampung Rawa, mukim Don, daerah Penarek, wilayah Pattani. 

Thursday 9 May 2019

Ramadhan bulan pertolongan dan kemenangan


Puasa memiliki ikatan yang sangat kuat dengan jihad. Puasa memberikan persiapan yang mantap untuknya. 

Puasa senantiasa menemaninya dalam perjalanan kehidupan yang terus-menerus sampai Allah mewariskan bumi dan seisinya. 

Dengan demikian, puasa akan senantiasa tetap ada sampai hari Kiamat sebagai fase persiapan untuk jihad. Jihad itu sendiri akan senantiasa tetap ada sampai hari Kiamat sebagai fase amaliah bagi puasa. 

Dialek Patani (2)


Dialek/Logat Melayu Patani ada keunikan tersendiri, yang mirip dengan logat Kelantan dan sebahagian Terengganu, orang-orang Melayu luar dari kawasan ini amat sukar untuk memahami tutur kata orang Patani, lebih lagi dihari ini orang Patani sudah bertutur bercampur aduk dengan Bahasa Siam, contoh perbezaan Antara Melayu standard dan bahasa Melayu Patani : 

Perkataan “Saya” dalam bahasa standard bagi orang Patani menggunakan Sayo (untuk urusan rasmi), Ambo (menunjukan hormat), Kawe (untuk kenalan biasa), Kito (dengan orang yang lebih tua), Aku (dengan sahabat rapat), Oghe (di kalangan keluarga). 

SERUAN JIHAD (4) Tingkatkan Jihad di Bulan Ramdhan


(1) Ramdhan bulan ibadat dan bulan Jihad. 

Jihad fi sabililLah adalah suatu rukun yang agong dan kewajiban yang besar dalam Islam. 

Jihad fi sabililLah adalah puncak kemuliaan Islam, semulia-mulia amalan dalam Islam. 

Ibadat yang paling utama dan mati syahid dimedan Jihad lebih utama daripada mati syahid ditempat-tempat yang lain. 

BANGSA PATANI TERUS DIHINA DAN DIHIMPIT


Sedar atau tidak bahawa kehidupan Melayu Muslim di Selatan Thai (Patani), selalu dihina dan dipaksa secara berterusan. Kadang-kadang dipaksa untuk menjadi tersangka (penjenayah). 

Kerana Siam melihat orang-orang Melayu Muslim masih lagi kuat dan kukuh dalam beragama dan berbangsa. Terbaru para Ulama (Tok guru), iaitu pengasas pondok atau lembaga pendidikan agama Islam, untuk anak-anak Patani menerima bimbingan agama. 

WAWASAN STRATEGI DUA PULUH TAHUN THAI MENUTUP PINTU PERDAMAIAN

Sebuah iklan yang disebarkan
oleh kerajaan Siam mempromosi
wawasan strategi 20 tahun
(Wisaitat Prathet Thai 2037)

Mengingat konflik terbaru di Patani (Selatan Thai), melebihi dari 1 dekad. Menelan kurban lebih dari tujuh ribu nyawa, manakala yang cedera parah dua puluh satu ribu orang. 

Kerajaan menghabiskan biaya operasi, di empat wilayah, tiga ratus ribu juta bhat. Maka ia sangat memerlukan kepada kedamain dan keamanan. 

Namun kedamaian itu harus dapat diterima oleh kedua-dua belah pihak, iaitu Pemerintah Thai dengan Bangsa Patani. Bangsa Patani memperjuangkan untuk mendapatkan kebebasan, bukan suatu penindasan terhadap suku kaum dan bangsa lain yang berada di Patani. 

BERITA RINGKAS@PERISTIWA BULAN APRIL (4/2019 M.)

2/4/2019M. 
-Berlaku serangan dan pertemporan dalam pos pengawalan mukim (Cor.Kor. Tor.) mukim Don ketika 9 orang relawan tentera sedang menjalankan tugas. kejadian berlaku di kampung Pasak, mukim Don daerah Penarek, wilayah Pattani. Tidak ada laporan cedera parah. 

-Unit E.O.D. wilayah Menara mengesan dan memadam sebutir bom buatan sendiri mengisi bahan letupan bom dalam tong gas memasak dipasang berhampiran lalu lintas jalan raya kampung Parit ruboh, mukim Merbol naik, daerah Becah Airong, wilayah Menara. 

Monday 8 April 2019

MISTERIUS PENEMBAKAN DI MASJID


Baru-baru ini (15/3/2019) Suara tembakan terdengar dekat dua buah di Masjid Al Noor dan Linwood Islamic Center, Selandia Baru, dalam kejadian yang disebut kepolisian sebagai “insiden kritis”. 

Puluhan orang dikabarkan meninggal dalam kejadian itu. Walau bagaimanapun, Sebanyak 4 orang pelaku penembakan dapat dikangkap, 3 laki-laki dan 1 perempuan. 

Hal yang sama pernah berlaku di Masjid Kerisek, sebagai sebuah masjid yang menjadi tumpuan masyarakat untuk beribadah, pada tanggal 28 April 2004, pristiwa berdarah terjadi sewaktu masyarakat baru selesai shalat fardhu dan dengan tiba-tiba dikepung oleh tentera Siam, jamaah masjid tidak diizinkan keluar, dalam waktu yang cukup lama kemudian tembakan dimulai yang bukan hanya dari tentara yang mengepungnya, bahkan bom dari helicopter Apacher yang dijatuhkan ke atas kubah masjid. 

Dialek Patani (1)

Bahasa Melayu Bahasa Melau ialah sejenis bahasa Melayu-Polinesia di bawah keluarga bahasa Austronesia yang telah digunakan di wilayah Malaysia, Indonesia, dan persekitarannya sejak melebihi 1,000 tahun lalu. 

Walaupun asal usul bangsa Melayu (dalam pengertian yang khusus) yang paling asal belum diketahui secara pasti tetapi pertumbuhan bahasa Melayu dapatlah dikatakan berasal dari Sumatera Selatan di sekitar Jambi dan Palembang.