Sunday, 8 September 2019

BERITA RINGKAS@PERISTIWA BULAN OGOS (8/2019 M.)

1/8/2019M. 
-Berlaku serangan bom sebanyak 18 butir menggegarkan kota Bangkok. Kebanyakan Bom diledakan di pejabat pemerintahan kerajaan Thai dan pasaraya tersohor Kenyataan sebagai berikuit :   

(A) Bom buatan sendiri, kesemua 9 butir meletup 6 butir dan dikesan serta dipadamkan 3 butir   
1) Jam 3.40 petang tanggal 1/8/2019, 2 butirn bom dikesan dan dipadamkan di depan Ibu pejabat agensi polis negara, jalan Praram 1.  
2) Jam 7.00 pagi tanggal 2/8/2019 sebutir bom meletup di depan Ibu pejabat pusat kerajaan B (sebutir bom meletup)   
3) Jam 8.30 pagi tanggal 2/8/2019 sebutirn bom meletup di parkir kereta bagunan King power, jalan Naratiwat. seorang rakyat awam cedera.
4) Jam 8.36 pagi tanggal 2/8/2019 sebutir bom meletup di Stesyen keretapi Chong nontri, seorang rakyat awam cedera.    
5) Jam 8.40 pagi tanggal 2/8/2019 sebutir bom meletup di pintu keluar Ibu pejabat pusat kerajaan B.    
6) Jam 9.00 pagi tanggal 2/8/2019 sebutir bom meletup di depan Ibu pejabat angkatan tentera Diraja Thai, jalan Cengwatana.    
7) Jam 11.00 pagi tanggal 2/8/2019 sebutir bom ditelupkan berhampiran Ibu pejabat angkatan tentera Diraja Thai, jalan Cengwatana.   
8) Jam 11.20 pagi tanggal 2/8/2019 sebutir bom diletupkan di depan Pejabat setiausaha kementerian pertahanan Thailand, jalan Sri seman, daerah Pakret, wilayah Nontaburi. 

(B) Bom api buatan sendiri sebanyak 8 butir, 6 butir diledakan dan 2 butir yang lain
dikesan.     
1) Jam 4.45 pagi tanggal 2/8/2019 sebutir bom diledakan di kedai miniso, pasaraya Siam squar.   
2) Jam 4.30 pagi tanggal 2/8/2019 sebutir bom diledakan di kedai BE MIND dalam pasaraya Siam Parakon.    
3) jam 4.40 pagi tanggal 2/8/2019 sebutir bom diledakan di bagunan DD house, belakang Hotel Baiyok.    
4) jam 5.00 pagi tanggal 2/8/2019 sebutir bom diledakan di kedai HOP V line, Pratunam.    
5) jam 5.30 pagi tanggal 2/8/2019 sebutir bom diledakan di kedai Pui fasion, Pratuman.    
6) jam 5.40 pagi tanggal 2/8/23019 sebutir bom diledakan di pasar pagi Calemlap, pratunam.    
7) Jam 8.10 malam tanggal 7/8/2019, 2 butir bom diledakan di Pairot bakery, Pratunam. Sebutir diledakan dan sebutir sempat dipadamkan.    
8) Tanggal 9/8/2019 sebutir bom api dikesan dan dipadamkan dalam kedai butik, pasaraya Pratunam.  
-Serangan bom keatas rondaan ranjer depan sekolah kebangsaan kampung Padang Palas, mukim Paku, daerah Tung yang Deng, wilayahPattani. 2 orang ranjer cedera parah.    

4/8/2019M. 
-Berlaku tembakan keatas sebuah syarikat pelancungan dalam pekan Jeringa, daerah jeringa, wilayah Menara. 
-Berlaku letupan bom mesin ATM Bank Islam depan sekolah agama Aziztan, mukim Bendang pedul (Napradu) daerah Kokpor, wilayah Pattani. Bersama ini juga berlaku bakar tayar kereta dan lepasan tembakan atas jalan raya di kampung Cemau, mukim Anak bukit dan simpang 4 kampung Pot, mukim Anak bukit, daerah Kokpor, wilayah Pattani. 
-Berlaku letupan bom mesin ATM bank Islam depan sekolah agama sasana suksa (pondok Sayap), mukim Tebing, daerah Teluban, wilayah Pattani. 
-Sekumpulan berseragam hitam dan lengkap dengan senjata api menahan pegawal pintu University Fathoni serta meledakan bom di mesin ATM Bank Islam di pintu utama University Fathoni, kampung Serong, daerah Yarang, wilayah Pattani.    

6/8/2019M. 
-Pihak polis Thai menahan 7 orang pemuda berkait insident serangan bom di Kota Bangkok antara mereka : 
1) Lu-ai   Senge, 22 tahun ber asal Resok, Menara. 
2) Wildan Maha, 29 tahun berasal Sawo, Resok, Menara. 
3) Ismail Maha, berasal Kg. Sawo, Menara. 
4) Muhammad Ilham Sa-i, 28  tahun berasal Bacok, Menara. 
5) Muhammad Hasan Ma, 22 tagun berasal Sungai padi, Menara. 
6) Zulkifli Masameng, 28 tahun berasal Suwari, Resok, Menara. 
7) Hilmi Cek, berasal Menara.             

7/8/2019M. 
-Sabotaj memasang bom palsu di simpang kampung Saga, mukim Beserat, daerah Muang, wilayah Jala. pada hari  lawatan kerja oleh perdana menteri Thai Prayud Canocha di wilayah Jala. 
-Tembak mati seorang bekas tentera berusia 57 tahun digerai durian di kampung Bendang bujur, mukim bendang sareng, daerah Muang, wilayah Jala.     

8/8/2019M.   
-Tembak mati seorang rakyat awam bekas banduan kes keamanan dikenali saudara Harun Kaso berusia 45 tahun  bersasal kampung Pial, daerah Sebaya, di kampung Nacuak(Carak bisu), mukim Wangyai, daerah Tiba, wilayah Senggora.   
-Sabotaj memasang bom palsu di kampung Telok suma, mukim/daerah Krong pinang, wilayah Jala.    

13/8/2019M. 
-Seorang pemuda warga Siam berusia 22 tahun ditembak di kampung Bukit tanjung, mukim Kalua nua, daerah Muang, wilayah Menara. Mangsa cedera parah.    

14/8/2019M. 
-Polis mengesan sebutir bom di jalan raya kampung Bendang jambu, mukim Yupur, daerah Muang, wilayah Jala. 
-Polis wilayah Pattani mengeluarkan waran tangkap terhadap 14 orang yang disyaki pejuang kemerdekaan Patani dalam kes menyerang pos kawalan Kg, Kolae bilik pada tanggal 23/7/2019 menyebabkan 4 orang pegawai keamanan mati dan 2 orang lagi cedera.    

19/8/2019M. 
-Seorang pemuda warga Melayu berusia 25 tahun ditembak di Kg. Saeb dalam, mukim Saeb, daerah Krong Pinang, wilayah Jala. Mangsa cedera.    

20/8/2019M. 
-Berlaku serang bom dan sabotaj khianat di 3 daerah wilayah Jala. Antaranya:    
1) Letupan bom di umbi tiang elektrik kampung Becah Punai, mukim Banggol kesinai, daerah Jaha. Menyebabkan tiang tumbang dan berlaku gangguan elektrik secara meluas. rakyat awam cedera ringan 2 orang.    
2) Letupan bom di umbi tiang elektrik kampung Budi, daerah Muang jala. Menyebabkan tiang tumbang dan berlaku gangguan elektrik secara meluas.    
3) Membakar tiang siaran telepon AIS di Kg.Kuala balang, mukim/daerah Bendangsetar, wilayah Jala.    
4) Membakar tayar atas jalan raya di kampung Bendang mengkuwang, daerah Bendang Setar.    
5) Letupan bom di Pejabat getah,  cawangan Bendang Setar, daerah Bendang Setar.   
6) Membakar tayar depan pejabat daerah Krong pinang.    
7) Letupan bom mesim ATM di pekan Kokchang, daerah Bendang Setar, rakyat awan cedera 5 orang.   
8) Letupan bom depan kediaman rakyat warga Siam di Kg. Kokchang, daerah Bendang Setar.    

21/8/2019M. 
-Mahkamah wilayah Pattani menjatuhkan hukuman penjara 34 tahun keatas saudara Lukman Karem-el, 34 tahun. dalam kes merampas bahan letupan bom 30 butir di Kg.Tanjung pauh, daerah Nongcik, wilayah Pattani. pada 10/2/2016M.    

22/8/2019M. 
-Tembak mati bekas relawan tentera warga Melayu di kampung Bukit gelap, mukim Budi, daerah Muang, wilayah Jala. 
-2 buah kereta milik ketua dewan pentadbiran mukim (Nayok obt.) mukim Gurah dibakar hangus dalam kediamannya di kampung Gurah, mukim Muangtia, daerah Maelan, wilayah Pattani.     

23/8/2019M. 
-Tembak mati rakyat awam berusia 35 tahun depan Masjid Nurul huda, Kg.Paku, mukim Paku, daerah Tungyangdeng. Wilayah Pattani.    

24/8/2019M.
-Polis daerah Sri sakon bersama pegawai DSI mengesan dan merampas 6 laras senjata api dalam hutan belukar kampung kok-ko, mukim Temeyung, daerah Sri Sakon, wilayah Menara. Antaranya :     
1) Senapang jenis M 4 A 1 serta kerongsong.   
2) Senapang jenis AK 47 serta kerongsong.    
3) Senapang jenis M 16 A 1 serta kerongsong.    
4) Senapang jenis M 16 A 1 serta peluru 20 das.   
5) Senapang jenis Uzi serta peluru .45 sebanyak 20 das.    
6) Senapang jenis M 16 A 1 pendek serta kerongsong. 
-Sekumpulan lengkap dengan senjata api meyamung sebuah van milik Rosali Yoksen berasal Kg.kuala Tanjung, daerah Nongcik, wilayah Pattani. kemudian bawa menyamung kedai emas Sutada dalam pekan Nathawi, wilayah Senggora. Mendapat emas seberat 3,300 kup emas, angka kerugian sebanyak 85 juta bath, dan van tersebut dijumpai dalam kebun getah berhampiran.  
-Seorang pegawai perhutanan ditembak mati dikampung Moklate, mukim Hutan kelpa(Tung pho), daerah Sebaya, wilayah Senggora.   
-Tentera daerah Bacok, wilayah Menara merampas 3 butir tong gas diproses untuk mengisi bahan letupan bom di kampung Belukar samak, daerah Bacok, wilayah Menara.    

25/8/2019M. 
-Tembak mati seorang rakyat awam warga Melayu berusia 41 tahun di kampung Nako, mukim Air weng, daerah Betong, wilayah Jala. 
-Saudara Abdullah Isamusa meninggal dunia diHospital Songkhla nakarin, daerah hadyai, wilayah Senggora. setelah dirawat selama 35 hari kerana tidak sedarkan diri akibat dari penderaan pihak tentera Siam di kem Telaga bakong, Pattani.    

26/8/2019M. 
-Sekumpulan pemuda mamakai topeng menyamung gerai peraih durian milik warga Siam di kampung Melayu
bakok, mukim Bendang Sarteng, daerah Muang, wilayah Jala. Angka kerugian meningkat  200 ribu kup.    

27/8/2019M. 
-Seorang rakyat awam warga Melayu berusia 30 tahun ditembak mati di kampung Kok not, mukim Kuala tanjung, daerah Nongcik, wilayah Pattani.    

29/8/2019M. 
-Seorang warga Melayu berusia 56 tahun ditembak mati dikampung Bendang Raja, mukim Resok, daerah Resok, wilayah Menara.    

30/9/2019M. 
-Tembak mati seorang unit perisikan tentera upahan 4,500 kup dikampung Dusun panjang, mukim Makmawi, daerah Yarang, wilayah Pattani.


KESIMPULAN   Bulan OGOS (8/2019 M.) 

Peristiwa pergolokan berlaku 46 kes.(termasuk serangan bom di kota bangkok 17 butir) terbahagi kepada wilayah Pattani 9 kes, Jala 15  kes, Menara 3 kes, dan wilayah Senggora serta kota Bangkok 19 kes.   

Berlaku serangan bom 26 butir (6 butir di sempat dipadamkan) yaitu 4 butir di Pattani,  5 butir di Jala, dan 17 butir di Bangkok.  Tembakan dan pertemporan berlaku 12 kes: Masing-masing di Pattani 3  kes, Jala 4 kes, Menara 3 kes. dan  Senggora 2 kes.  berlaku sabotaj khianat sebanyak 8 tempat.      

Angkatan bersenjata kerajaan Siam mati 3 orang dan cedera parah 2 orang, Rakyat awam mati 5 orang (kesemua warga Melayu) Rakyat awam cedera  9 orang (3 oarang warga Melayu dan 6 orang warga Siam).  pegawai kerajaan mati 1 orang.   tidak ada Pejuang yang gugur Syahid dalam bulan ini. 1 orang dihukum penjara dan lebih dari 30 orang dikeluarkan waran tangkap. pihak keamanan Siam merampas senjata 6 laras.   
   
Dalam bulan ini pihak tentersa Siam masih menjalankan operasi mengepung kampung-kampung Melayu secara besar-besaran.


No comments:

Post a Comment