Thursday 9 May 2019

Ramadhan bulan pertolongan dan kemenangan


Puasa memiliki ikatan yang sangat kuat dengan jihad. Puasa memberikan persiapan yang mantap untuknya. 

Puasa senantiasa menemaninya dalam perjalanan kehidupan yang terus-menerus sampai Allah mewariskan bumi dan seisinya. 

Dengan demikian, puasa akan senantiasa tetap ada sampai hari Kiamat sebagai fase persiapan untuk jihad. Jihad itu sendiri akan senantiasa tetap ada sampai hari Kiamat sebagai fase amaliah bagi puasa. 

Dialek Patani (2)


Dialek/Logat Melayu Patani ada keunikan tersendiri, yang mirip dengan logat Kelantan dan sebahagian Terengganu, orang-orang Melayu luar dari kawasan ini amat sukar untuk memahami tutur kata orang Patani, lebih lagi dihari ini orang Patani sudah bertutur bercampur aduk dengan Bahasa Siam, contoh perbezaan Antara Melayu standard dan bahasa Melayu Patani : 

Perkataan “Saya” dalam bahasa standard bagi orang Patani menggunakan Sayo (untuk urusan rasmi), Ambo (menunjukan hormat), Kawe (untuk kenalan biasa), Kito (dengan orang yang lebih tua), Aku (dengan sahabat rapat), Oghe (di kalangan keluarga). 

SERUAN JIHAD (4) Tingkatkan Jihad di Bulan Ramdhan


(1) Ramdhan bulan ibadat dan bulan Jihad. 

Jihad fi sabililLah adalah suatu rukun yang agong dan kewajiban yang besar dalam Islam. 

Jihad fi sabililLah adalah puncak kemuliaan Islam, semulia-mulia amalan dalam Islam. 

Ibadat yang paling utama dan mati syahid dimedan Jihad lebih utama daripada mati syahid ditempat-tempat yang lain. 

BANGSA PATANI TERUS DIHINA DAN DIHIMPIT


Sedar atau tidak bahawa kehidupan Melayu Muslim di Selatan Thai (Patani), selalu dihina dan dipaksa secara berterusan. Kadang-kadang dipaksa untuk menjadi tersangka (penjenayah). 

Kerana Siam melihat orang-orang Melayu Muslim masih lagi kuat dan kukuh dalam beragama dan berbangsa. Terbaru para Ulama (Tok guru), iaitu pengasas pondok atau lembaga pendidikan agama Islam, untuk anak-anak Patani menerima bimbingan agama. 

WAWASAN STRATEGI DUA PULUH TAHUN THAI MENUTUP PINTU PERDAMAIAN

Sebuah iklan yang disebarkan
oleh kerajaan Siam mempromosi
wawasan strategi 20 tahun
(Wisaitat Prathet Thai 2037)

Mengingat konflik terbaru di Patani (Selatan Thai), melebihi dari 1 dekad. Menelan kurban lebih dari tujuh ribu nyawa, manakala yang cedera parah dua puluh satu ribu orang. 

Kerajaan menghabiskan biaya operasi, di empat wilayah, tiga ratus ribu juta bhat. Maka ia sangat memerlukan kepada kedamain dan keamanan. 

Namun kedamaian itu harus dapat diterima oleh kedua-dua belah pihak, iaitu Pemerintah Thai dengan Bangsa Patani. Bangsa Patani memperjuangkan untuk mendapatkan kebebasan, bukan suatu penindasan terhadap suku kaum dan bangsa lain yang berada di Patani. 

BERITA RINGKAS@PERISTIWA BULAN APRIL (4/2019 M.)

2/4/2019M. 
-Berlaku serangan dan pertemporan dalam pos pengawalan mukim (Cor.Kor. Tor.) mukim Don ketika 9 orang relawan tentera sedang menjalankan tugas. kejadian berlaku di kampung Pasak, mukim Don daerah Penarek, wilayah Pattani. Tidak ada laporan cedera parah. 

-Unit E.O.D. wilayah Menara mengesan dan memadam sebutir bom buatan sendiri mengisi bahan letupan bom dalam tong gas memasak dipasang berhampiran lalu lintas jalan raya kampung Parit ruboh, mukim Merbol naik, daerah Becah Airong, wilayah Menara.