Thursday 9 May 2019

BERITA RINGKAS@PERISTIWA BULAN APRIL (4/2019 M.)

2/4/2019M. 
-Berlaku serangan dan pertemporan dalam pos pengawalan mukim (Cor.Kor. Tor.) mukim Don ketika 9 orang relawan tentera sedang menjalankan tugas. kejadian berlaku di kampung Pasak, mukim Don daerah Penarek, wilayah Pattani. Tidak ada laporan cedera parah. 

-Unit E.O.D. wilayah Menara mengesan dan memadam sebutir bom buatan sendiri mengisi bahan letupan bom dalam tong gas memasak dipasang berhampiran lalu lintas jalan raya kampung Parit ruboh, mukim Merbol naik, daerah Becah Airong, wilayah Menara. 

3/4/2019M. 
-Berlaku kebakaran ke atas kabel elektrik, menyebabkan musnah terbakar, kejadian ini berlaku di kawasan lalu lintas jalan raya Daerah Nongcik Wilayah Patani. Menyebabakan gangguan elektrik secara meluas. 

-Berlaku tembakan ke atas kumpulan pemuda Melayu yang sedang menunggang motosikal menyebabkan seorang pemuda berusia 15 tahun cedera, kejadian berlaku di kampung Bendang keracek, mukim /daerah Tantor, wilayah Jala. 

4/4/2019M. 
-Berlaku penembakan ke atas 2 orang warga Siam dikampung Padang Ru, mukim Katong, daerah Jaha, wilayah Jala. menyebabkan seorang mati dan seorang yang lain cedera parah. 

5/4/2019M. 
-Berlaku tembakan ke atas 2 orang polis sempadan unit perinsikan (tor.cor.dor.) dikenali police lieutenant Adun rakprach, 57 tahun dan police lieutenant Wae Romli  Waehama, 57 tahun di Masjid kampung Mayor, mukim/daerah Tantor, wilayah Jala. Sebelum penembak melarikan diri mereka sempat berucap kepada Jemaah bahawa “kedua orang polis ini adalah penjahat dan menindas rakyat” 

-Berlaku tembakan ke atas seorang warga siam di kampung Tasu, mukim Nabo, daerah Penarek, wilayah Pattani. Mangsa cedera ringan. 

-Berlaku Pembunuhan ke atas seorang warga sipil dikenali Mayateng Hajikarim usia 64 tahun di kampung Air cucok, mukim /daerah Seri sakon, wilayah Menara. Kata polis mangsa dipukul dengan suatu objek hingga meninggal dunia. 

8/4/2019M. 
-Deklarasi Pemecatan Wakil Jendral Wilayah Empat; kerana Mengancam Pondak Pesantren di Patani, persatuan Lembaga Pendidikan Pondok Pesantren dan perwakilan pegarah/mudir sekolah sewasta Islam dari 50 buah dari 4 wilayah sempadan selatan Thailand. mendeklarasi pemecatan Mayor Jen. Jatuporn Kalampasut, wakil komandan jenderal region-4 atas tindakan yang menggunakan wewenang impunitas atas tuduhan penghasutan pondok pesantran di 4 wilayah. Selain itu, dalam koferensi pers yang diselenggara di Sekolah ‘Aliyah Busanudhdin, Daerah Cenak, wilayah Senggora. asosiasi tersebut menggugatkan terhadap Chanel 7 Thailand yang telah menerbitkan informasi berita yang palsu tentang tuduhan penghasutan dan kasus korupsi dana subsidi negara Pondok Pesantren di selatan Thailand. 

-Ranjer daerah Tantor, wilayah Jala menahan 3 orang pemuda Melayu dalam majlis kursus agama musim panas kanak-kanak tadika di kampung Buatong, daerah Tantor, wilayah Jala. Antara yang ditahan adalah: 
1) Saudara Kifli Sina 
2) Saudara Anan Salaeh bertugas sebagai guru sekolah kebangsaan kampung Rai dan 
3) saudara Matkoseng sameng pemuda dalam kampung . 

11/4/2019M. 
-Pihak tentera Siam menjalankan operasi ke atas sebuah rumah warga sipil dan berlaku berbalas tembakan di kampung Long khuan, mukim khuha, daerah Sebaya, wilayah Senggora. menyebabakan seorang tentera cedera parah dan seorang pejuang Patani gugur syahid. beliu dikenali Amran Mudo, usia 33 tahun.  

-Berlaku tembakan ke atas seorang relawan tentera warga Melayu dikenali Hamdee Madu, 24 tahun di kampung Carak kerian, mukim Tebing, daerah Teluban, wilayah Pattani. 

12/4/2019M. 
-Berlaku serang tembakan dengan menggunakan senjata api jenis M.79 ke atas balai polis mukim Napradu,daerah Kokpor, wilayah Pattani. Tidak ada kecederaan dan kehilangan nyawa dilaporkan. 

-Berlaku serangan bom motosikal ke atas sebuah kereta polis Thailand, menyebabkan mangsa 5 orang cedera, kejadian ini berlaku di kawasan lalu lintas jalan raya berdekatan balai polis Napradu kampung Kokta, Mukim Tungpla, Daerah Khokpor, Wilayah Patani.   Laporan dari masyarakat tempatan mengatakan, mangsa yang cedera dalam serangan letupan kali ini terdiri daripada 4 orang polis Thailand, dan 1 orang warga sipil Patani.   Ketika kereta polis sedang mengejar pesakit ke Hospital kokpor berlaku kemalangan pula bertembung dengan kereta ranjer didepan kilang getah pakli daerah Kokpor, wilayah Pattani. 

13/4/2019M. 
-Berlaku tembakan ke atas seorang pegawai polis berpangkat police sergeant Mohd Bukhori Nidin, menyebabkan mangsa cedera, kejadian ini berlaku di kawasan kampung Tapa, Muqim Teluban, Daerah Saiburi, Wilayah Patani. Mangsa cedera. 

-Berlaku tembakan ke atas seorang ranjer unit ranjer 4513 daerah Tanjung mas,menyebabkan mangsa maut ditempat, kejadian ini berlaku di kawasan kampung Lapae, mukim Bongor, daerah tanjung Mas, wilayah Menara. Ketika rombungan tanjer bantuan menyerbu ke tempat kejadian berlaku pula serangan bom dan tembakan hingga berlaku pertempuran antara kedua pihak yang menyebabkan 5 orang ranjer cedera parah kejadian ini berlaku di kawasan kampung Wangtong, mukim Bongor, Daerah Tanjung Mas, weilayah Menara. 

14/4/2019M. 
-Berlaku tembakan ke atas seorang laki-laki, menyebabkan mangsa maut ditempat, kejadian ini berlaku di kampung Kok, mukim Chuab, Daerah Becah Airong, wilayah Menara. 

16/4/2019M. 
-Berlaku tembakan ke atas seorang relawan tentera warga Melayu dikenali Abdul Rahman Kacil usia 59 tahun, menyebabkan mangsa maut ditempat, kejadian ini berlaku di kawasan lalu lintas jalan raya kampung Kokngor, mukim Plonghoi, daerah Kakpho, wilayah Pattani. 

-Berlaku tembakan ke atas penolong tok penghulu kampung dikenali Zakaria Pokcik, usia 53 tahun menyebabkan mangsa maut ditempat, kejadian ini berlaku di kawasan kampung Tasek, mukim Tasek, daerah Muang, Wilayah Yala. 

18/4/2019M. 
-Berlaku tembakan ke atas seorang laki-laki yang bernama Yahya Dotasing, menyebabkan mangsa maut ditempat, kejadian ini berlaku di kawasan kampung Serlah, mukim Riang, Daerah Resak, Wilayah Menara.

19/4/2019M. 
-Pihak tentara Thailand melakukan operasi dan menangkap seorang laki-laki yang bernama Matroning, dibawa siasat ke Kem Kandang Kerbau, Jala. operasi ini dilakukan di kampung Pohon Jamu, Daerah Bendang Setar, Wilayah Jala. 

20/4/2019M. 
-Berlaku tembakan ke atas dua orang pemuda warga Siam, menyebabkan mangsa cedera, kejadian ini berlaku di kawasan lalu lintas jalan raya kampung Saikao, daerah Kokpor, wilayah Pattani. 

21/4/2019M. 
-Berlaku tembakan bunuh diri ke atas seorang laki-laki yang bernama Ibroheng Kubu, menyebabkan mangsa maut ditempat, kejadian ini berlaku di kawasan Lorong 9 Jalan Pracawiwat, Daerah Sungaigolok, Wilayah Menara. 

-Pihak tentara Thailand menemukan sesuatu yang di syaki sebagai bahan letupan bom, kejadian ini berlaku di kampung Bannot, mukim Pial, daerah Sebaya, wilayah
Senggora. 

23/4/2019M. 
-Berlaku tembakan ke atas sebuah kedai makan milik warga Siam dikampung Telaga Bakong, mukim Botong, daerah Nongcik, wilayah Pattani. menyebabkan mangsa 1 orang cedera. 

25/4/2019M. 
-Berlaku tembakan ke atas seorang laki-laki dikenali Amri Kuteh usia 36 tahun, menyebabkan mangsa maut ditempat, kejadian ini berlaku di kawasan lalu lintas jalan raya kampung Padang Kapal, mukim Balang, daerah Bendang Setar, wilayah Jala. Kata polis mangsa adalah anak kepada Matyuding Kuteh, unit perinsikan polis bergabung menyerbu pejuang patani bersama Maj. Jen. Sompian Ensomya (Chapian) dan Tok penghulu Abdullah Sengmasu (niban Loh Telok Wel) ditembak mati dalam tahun 2016m 

-Berlaku tembakan ke atas ranjer dan isterinya ketika menunggang motosikal menuju kerumah, menyebabkan mangsa cedera, kejadian ini berlaku di kawasan lalu lintas jalan raya kampung Kedondong (kadunong), Mukim Kadunung, Daerah Saiburi, Wilayah Patani. 

-Berlaku tembakan ke atas seorang laki-laki yang bernama Rusydi Madae, menyebabkan mangsa maut ditempat, kejadian ini berlaku di kawasan pasar malam kampung Carak Bongor, Mukim Bukittong, Daerah Yarang, Wilayah Patani. Laporan dari masyarakat tempatan mengatakan, dalam penembakan ini menyebabkan seorang wanita cedera, akibat dari terkena peluru sesat. 

26/4/2019M. 
-Berlaku letupan bom di pinggir jalan raya kampung Lalor, mukim Lahar, daerah Teluban, wikayah Pattani. Menyebabkan sebuah kereta rakyat awam musnah, 

27/4/2019M. 
-Seorang rakyat awam ditembak di kampung Takun, mukim Telok kapur, daerah Yaring, wilayah Pattani. Mangsa cedera ringan. 

28/4/2019M. 
-Seorang wanita muslimah ditembak ketika memandu kereta di jalan depan Hospital pusat Pattani dikenali Nurida Calong, 30 tahun berasal kampung Nat kubur, mukim Khautum, daerah Yarang, wilayah Pattani. Masngsa cederac ringan. Motif penembakan sedang siasat polis. 

-Mahkamah wilayah Pattani menjatuhkan hukum penjara 38 tahun 8 bulan ke atas seorang warga sipil Patani. dikenali saudara Sidik Alee. Beliu disyakki sebagi pelaku penembakan ke atas pos keamanan tentera Siam mukim Kosit, daerah Takbai, wilayah Menara pada 

14/2/2017M. 
-Pihak tentara Thailand menemukan sesuatu yang di syaki sebagai bahan letupan bom, kejadian ini berlaku di kawasan Daerah Mayor, Wilayah Patani. 

29/4/2019M. 
-Berlaku tembakan ke dalam rumah warga Siam di kampung Namdam, mukim Buloh Bujor, daerah Nongcik, wilayah Pattani. Menyebabkan seorang warga Siam cedera parah. Setelah itu berlaku letupan bom ditiang elektrik yang menyebabkan sebatang tiang elektrik patah. Setelah pihak polis menjalankan siasatan terdapat sebutir lagi bom buatan sendiri sempat dipadamkan dipasang berhampiran tiang tersebut.



KESIMPULAN   Bulan April (4/2019 M.) 
Peristiwa pergolokan berlaku 32 kes. terbahagi kepada wilayah Pattani 17 kes, Jala 6  kes, Menara 7 kes, wilayah Senggora(termasuk Setul dan Patthalung) 2 kes.   

Berlaku serangan bom kesemua 8 butir  ( 4 butir daripadanya dikesan)yaitu 5 butir di Patani , 2 butir  di Menara dan sebutir di Senggora (tidak berlaku di Jala). 

Tembakan dan pertemporan berlaku 23 kes: Masing-masing di Pattani 11  kes, Jala 6 kes, Menara 5 kes. dan  Senggora 1 kes.    

Berlaku Sabotaj politik dan khianat dalam bulan ini 1 tempat di Patani.   

Angkatan bersenjata Siam mati 5 orang dan cedera parah 11 orang, Rakyat awam mati 7 orang (warga Melayu 6 orang dan warga Siam 1 orang) Rakyat awam cedera 11 orang (warga Melayu 6 orang warga Siam 6 orang).  

Pegawai kerajaan  mati 1 orang ( warga Melayu) tidak ada yang cedera parah.   

Pejuang gugur Syahid seorang lebih dari 10 orang rakyat awam Pattani di tangkap dan dijatuhkan hukuman penjara 1 orang.



No comments:

Post a Comment