Sunday 7 October 2018

Rahsia Penembak Gelap Siam Sudah Terbongkar


Bulan September ini, sekali lagi rakyat Patani menyelubungi oleh keadaan cemas, derita, ketakutan dan kesedihan apabila berlaku seorang polis dari unit penembak gelap (Team pengutip) menembak 2 orang pemuda Melayu di Tokjong, Nongcik, Pattani. 

berapa hari kemudian berlaku kes yang sama dengan menembak mati seorang pemuda di pekan Jala. 

Pada pertengahan bulan pula ketua angkatan tentera Bhg.4 mengisytiharkan undang-undang keadaan darurat dalam beberapa kawasan daerah Nongcik, diikuti pula dengan gabungan penganut Budha memprotes kumpulan jaringan sivil rakyat untuk kedamaian dan aktivis Permas (Persekutuan Mahasiswa Anak muda dan Siswa Patani) yang mengguna kawasan universiti Songkhla kampus Pattani, 

DAERAH CENAK WILAYAH SENGGORA


Cenak dahulu 
Daerah Cenak masa silam adalah jajahan Negara Patani Darussalam, terkenal dengan jajahan Patani Barat yang sekarang meliputi 5 daerah sebelah selatan wilayah Senggora (baca:Songkhla) sekarang, yang mencakupi daerah Cenak (S;Ca’na’), daerah Sebaya (S;Sabayoi), daerah Tiba (S;Thepha), daerah Nawi (S:Nathawi) dan daerah Sadao. 

Merupakan asal negeri Patani, yang sekarang dipecah oleh Siam dan dimasukan kedalam wilayah Senggora. 

Penjajah Siam Penindas Rakyat Patani


(1) Kerajaan Siam /Thailand dewasa ini dikategorikan sebagai Negara yang “dipermalukan” dalam kes pelanggaran Hak asasi manusia. Lebih-lebih lagi pemerintahan dibawah kekuasaan junta militer Jeneral Prayud Chan-o-cha sejak 5 tahun kebelangan ini. Sehingga banyak aktivis politik, ahli politik, intelektual dan aktivis kampus, bahkan peribadi yang tak disenangi (Persona Non Grata) dipanggil ke kem tentera untuk diintrograsi dan diusul periksa mereka dengan kejam dan melanggar Hak asasi manusia yang beradab.

PATANI MENUNTUT KEMERDEKAAN


Dengan jelas pendirian Perjuangan Rakyat Bangsa Melayu Patani,”KAMI Rakyat Bangsa Melayu Patani yang terjajah menyatakan ingin kembali ke masa-masa PATANI yang Merdeka dan Berdaulat.’’

Semenjak jatuhnya Patani di bawah kolonialis Siam-Thailand, Hak Pertuanan dan Hak untuk mendapat Keadilan serta hak sebagai manusia tidak pernah dirasa oleh manusia yang menghuni dibumi sendiri, sebagai mana di sebut Hak Asasi Manusia memiliki kebebasan wajib di penuhi selagi hak kebebasan itu tidak melampaui hak orang lain 

BAHASA BUDAYA BANGSA


Budaya merupakan kebiasaan yang sering dilakukan baik perbuatan maupun tingkah laku manusia, budaya menujukan jati diri manusia dan menandai seseorang, sekelompok orang dan sagat berhubung erat dengan sebuah bangsa. 

Bahasa adalah salah satu bahgian dari budaya bangsa bagi setiap kelompok manusia sebagai sarana komunikasi atau percakapan dalam berinteraksi sosial.

AKU DAN PATANI


“Hujan emas di negeri orang, Hujan batu di negeri sendiri” 
Namaku Mohamad Suhaimi. Rasa dan perasaan akan ku tulis disini. 
Bangaikan hidup tak tertentu arah. Kemana kan ku tunjukkan ke anak cucuku nanti. 
Betapa pedihnya, diriku ini. di permainkan oleh tetamu yang tidak prikemanusiaan. 
Siang hari ku kerja sepenuh masa. Untuk mencari sesuap nasi. 

BERITA RINGKAS@PERISTIWA BULAN SEPTEMBER (9/2018 M.)


2/9/2018M.   
-Tembak mati warga Siam sekelamin pemilik kedai perabot di Kg,Nikom Thepa, mukim Thamuang, daerah Tiba, wilayah Senggora. Kata polis kedai perabot ini pernah dibakar dalam serangan pada 2/8/2013M.   

3/9/2018M.   
-Seorang pemuda warga Siam berusia 34 tahun ditembak di Kg. Bendang luar, mukim Natham, daerah Muang, wilayah Jala. Mangsa cedera parah.