Monday 9 July 2018

DAERAH WENG WILAYAH MENARA


Weng dahulu 

Daerah Weng diasaskan dalam tahun 1902M. Nama asalnya adalah Daerah “Tok Mok” satu kawasan ulu/ pedalaman jauh dari kemajuan, pengangkutan kesini pada masa silam dengan berjalan kaki dan menaiki gajah. 

warga tempatan (orang Melayu), orang Cina dan Siam memindah kesini bertujuan menggali/mendulang emas. 

Dalam tahun 1935M. dibahagikan daerah “Tok Mok” kepada “Cabang daerah Pacor” tujuan mengasaskan cabang daerah ini kerana rakyat jelata makin ramai setelah Perancis dan orang Cina diberi konsesi untuk projek perlombongan emas di “Bukit Lisa” yang terletak dalam mukim Tok Mok sekarang. 

Dalam tahun 1939 M. berlaku perang Indochina dirantau ini, maka Perancis terpaksa melarikan dari ancaman perang, maka dimansuhkan “Cabang daerah Pacor” diganti pula dengan “Cabang daerah Tok Mok” kemudian dinaik taraf lagi menjadi “Daerah Tok Mok” sepenuhnya. Hingga kini daerah Tok Mok diubah nama dengan “Daerah Weng” kerana pusat pentadbirannya terletak disini. Sesetengah orang tua mengatakan perkataan “Tok Mok” berasal dari nama seorang pengasas/pembuka kampung kawasan ini. Ada juga yang mengatakan Tokmok dari perkataan arab “Tamak” yaitu Loba kerana selalu ingin beroleh banyak untuk diri sendiri. 

Kerana rakyat jelata kawasan ini selalu haloba ingin mendulang emas yang banyak. Adapun perkattan “Weng” pula ada banyak riwayat setengahnya berasal dari nama pembuka tanah kawasan ini bernama “Tok wan raweng” yang berasal dari kg.Cabang empat raweng, daerah Yarang, wilayah Pattani. Ada yang mengatakan dari “Rawang” yang berarti hutan berpaya-paya, ada juga mengatakan dari sejenis Terong pipit yang mana orang Patani memanggilnya dengan Terong “Ceweng”. Weng sekarang: Adalah salah satu daerah dari 13 daerah /jajahan wilayah Menara (Narathiwat). 

Daerah ini terletak di sebelah selatan wilayah Menara, lokasinya kebayakan tanah tinggi, bukit bukau, gunung ganang dan tanah rata dicerong bukit. Sempadan Thai-Malaysia: Daerah ini terletaknya pintu sempadan Thai-Malaysia di kampung Bukit Tal, mukim Lokcud dengan kampung Bukit Bunga, jajahan Tanah Merah, Kelantan. Ia menjadi tumpuan para pelancong sama ada luar mahupun dalam negeri kerana disini banyak barangan niagaan sama seperti pekan Rantau Panjang. jambatan persahabatan menjadi sempadan antara dua negara, jambatan ini dibuka pada 21 Desember 2007, merupakan jambatan kedua selaian jambatan Sungai Golok. 

Sebelah utara bersempadan dengan daerah Sungai Padi dan daerah Sungai Golok, wilayah Menara, sebelah timur bersempadan dengan negeri Kelantan Malaysia, sebelah selatan bersempadan dengan negeri Kelantan dan daerah Sukirin. dan sebelah barat bersempadan dengan daerah Sukirin. Mempunyai keluasan seluas 347.3 Km2, Meliputi 6 mukim dan 46 kampung. Mentadbir dengan Majlis Pentadbiran Mukim (Or.Bor.Tor). Demografi: Jumlah penduduk daerah Weng statistik dari jabatan statistik Negara tahun 2017 M. lebih kurang 53,843 jiwa. Kebanyakannya keluarga pertanian.

Geografi: Lokasinya berbukit bukau dan gunung ganang hutan rimba, kawasan tanah yang sangat subur, mempunyai beberapa buah gunung di sempadan Thai-Malaysia. 

Ekonomi dan Kekayaan alam: Rakyat jelata kebanyakan bertani, berkebun dan berdusun, dan perusahaan getah, ada yang merentasi berniaga di Bukit Bunga.

Kawasan Pentadbiran: Daerah Weng mempunyai 6 Mukim dengan 46 buah kampung, antara nama kampung dalam daerah ini ialah 
1) Mukim Weng 7 buah kampung: 1.kg.Weng 2.kg.Lubok Dalam 3.kg.Cek Hem 4.kg.Kresa 5.kg.Kuwa 6.Kg.Belukar 7. Kg.Golok Tua. 
2) Mukim Kayu Kelat 9 buah kampung: 1.kg.To-Or 2.kg.Banggol Tebu 3.kg.Nam Khau 3 4.kg.Banggol 5.kg.Tahit Badak 6.Kg. Samyek 7.Kg.Hutan Macang 8.Kg.Mai Fat 9.kg.Patak (Sala Umar). 
3) Mukim Golok 7 buah kampung: 1.kg.Bang Khud 2.Kg.Kadunong (Kedondong) 3.kg.Camakek 4.kg.Kerian Mas 5.kg.Kuan kame 6.kg.Pan suk 7.kg.Tamsau. 
4) Mukim Lokcud 7 buah kampung: 1.kg.Nuroh 2.kg.Bukit Tal 3.kg.Suge 4.kg.Cekdeng 5.Kg.Bala 6.kg.Khao sam sib 7.kg. Wang Krabu. 
5) Mukim Maedong 6 buah kampung: 1.kg.Cerang 2.kg.Tolang 3.kg.Yaho 4.kg.Maedong 5.Kg.Malek 6.kg.Perak. 
6) Mukim Erawan 7 buah kampung: 1.kg.Temayu 2.Kg.Kuwa Keyeng 3.kg.Ewe 4.kg.Cabang Dua 5.kg.Hin Sung 6.kg.Tolang 7.kg.Lubok Sentol. 

Agama dan Kebudayaan: Rakyat jelata terdiri dari kaum Melayu Islam, mereka adalah warga asal yang bertapak disini, kaum Siam Budha dan sebahagian kecil dari orang Cina dan Orang Asli. Mempunyai Masjid yang berdaftar dengan Majlis Agama Islam wilayah Menara sebanyak 51 Buah (tidak termasuk Surau kecil, Balasah), Wad (Candi Budha) 3 buah. Dan sebuah Tokong Cina. Dari segi pendidikan pula mempunyai Sekolah dasar Kebangsaan 29 buah, Sekolah menengah kebangsaan 1 buah, Sekolah pondok 2 buah, sekolah Melayu (Tadika) 43 Buah.



No comments:

Post a Comment