Sunday 9 December 2018

Kandang Kambing Buat Orang Balik Kampung


Konflik di Patani sulit diselesaikan, karena di sebalik konflik ini, sangat banyak kepentingan bagi pembesar-pembesar Siam/Thailand membolot keuntungan, terutama pihak tentara, tidak sedikit projek-projek yang dibuat bernilai jutaan Bath, terutama badjet bahagian keamanan perdamaian.          

Di Patani merupakan telaga minyak bagi pembesar-pembesar Thailand, untuk meraih kekayaan. mengorbankan nyawa para tentara bawahan, dengan alasan membela negara. “Bawa orang balik kampung” (Pha Khon Klab Ban) adalah satu program yang dilancarkan oleh Gen. Odomchai Thammasaroraj sejak beliu menjadi Panglima Komando wilayah pertahanan kawasan 4/ selatan (1 Oktober 2010-31 Mas 2013M.). 

DAERAH SEBAYA (Sa’bayoi) WILAYAH SENGGORA


Sebaya dahulu 
Daerah Sebaya pada masa silam adalah jajahan Negara Patani Darussalam, terkenal dengan jajahanPatani Barat yang sekarang meliputi 5 daerah sebelah selatan wilayah Senggora (baca:Songkhla) sekarang, yang mencakupi daerah Cenak (S; Ca’na’), daerah Sebaya (S; Sabayoi), daerah Tiba (S;Thepha), daerah Nawi (S:Nathawi) dan daerah Sadao. 

Merupakan asal negeri Patani, yang sekarang dipecah oleh Siam dan dimasukan ke dalam wilayah Senggora. Masa silam daerah Sebaya adalah sebahagian dari daerahTiba, kemudian dalam tahun 1924 M. 

SIAPA ODOMCHAI ?


(1) Gen.Odomchai Thammasaroraj adalah mantan Panglima Komando wilayah pertahanan kawasan 4/selatan yang kini dilantik sebagai Ketua rundingan damai konflik Patani yang baru manggantikan Gen. Aksara Kedpul. Semasa menjadi penglima tersebut, ia telah melancarkan program-program jahat keatas orang Melayu Patani. 

Antara lain adalah program-program Bawa orang balik kampung, Program latihan kerja pemuda Melayu, Program kutip pemimpin Melayu/Penembak gelap dan Program-Program penyekatan gerakan-gerakan perjuangan orang Melayu Patani. 

Tangisan Sedih dan Sejarah Luka Rakyat Patani


Hikayat Patani merupakan satu-satu bukti sejarah yang masih tersisa dan menjadi cacatan penting dalam sejarah bangsa Patani. Relevansi atas bukti ini masih menjadi tanda tanya bagi para sarjana dan intelektual generasi baru. Kajian di atas keabsahan dokumen tua ini perlu menjadi perhatian ahli sejarah zaman sekarang. 

Apalagi intelektual melayu asal keturunan Patani dan melayu Patani sendiri. Suatu keabsahan sejarah, akan menjadi bukti dan dasar perjuangan bangsa dan rakyatnya. Mengenal pasti akar sejarah dan asal muasal keturunan, tradisi dan budaya. 

Saturday 8 December 2018

Pentingnya Perundingan Dalam Sebuah Konflik


Perundingan menjadi jalan keluar dan proses penyelesaian dalam pertikaian konflik. Bahkan dapat menentukan suhu dalam pergolakan politik. 

Perundingan merupakan proses memadamkan kejolakan perselisihan atau sebaliknya. Iaitu konflik semakin menyebar atau meluas dan sulit dikendalikan. 

Apa bila proses perundingan menempuhi kegagalan dengan tidak di anggap adil dan merugikan satu pihak dan pihak lain diuntungkan. 

BERITA RINGKAS@PERISTIWA BULAN NOVEMBER (11/2018 M.)

1/11/2018M.     
-Seorang rakyat awam warga Melayu berusia 36 tahun cedera parah  akibat ditembak di Kg. Lape, mukim Bongor, daerah Canek, wilayah Menara.     
-Berlaku sabotaj sembur spray perkataan “PATANI MERDEKA” di beberapa kawasan antaranya:   
1) Jambatan Kg. Nat tokmong, daerah Muang, Jala.   
2) Jambatan jalan raya Kg. Saga, daerah Muang, Jala.