Sunday, 9 December 2018

SIAPA ODOMCHAI ?


(1) Gen.Odomchai Thammasaroraj adalah mantan Panglima Komando wilayah pertahanan kawasan 4/selatan yang kini dilantik sebagai Ketua rundingan damai konflik Patani yang baru manggantikan Gen. Aksara Kedpul. Semasa menjadi penglima tersebut, ia telah melancarkan program-program jahat keatas orang Melayu Patani. 

Antara lain adalah program-program Bawa orang balik kampung, Program latihan kerja pemuda Melayu, Program kutip pemimpin Melayu/Penembak gelap dan Program-Program penyekatan gerakan-gerakan perjuangan orang Melayu Patani. 


(2) Gen.Odomchai telah melancarkan suatu operasi gelap terhadap 400 orang pemuda Melayu Patani secara terpaksa keKem yang dikatakan sebagai kem latihan kerja pemuda Patani, yang pada hakikatnya adalah merupakan program basuh otak para pemuda Melayu pada Oktober 2007M. yang diselenggarakan oleh pihak tentera Siam di Patani. 

(3) Pada masa itu juga tenterra Odomchai telah melanggar dan menceroboh hak asasi manusia rakyat Patani dengan menahan seorang pemuda dikenali saudara Sulaiman Nesa dan menyeksanya sampai mati pada 30 may 2010M.dalam tahananya di Kem tenterra terbesar di Telaga Bakong, wilayah Pattani. 

(4) Satu lagi kes terjadi pada Januari 2012 M., tentera Siam menembak mati 4 orang Melayu, termasuk seorang Lelaki tua dan seorang remaja serta mencederakan 4 orang lainnya yang menaikki sebuah kereta pickup semasa menuju kemajlis pengebumian saudara mereka di daerah Nongcik, wilayah Pattani. 

(5) Odomchai juga melancarkan program “Bawa orang balik kampung” dengan berbagai tawaran palsu, bahkan program ini dilanjutkan oleh penggantinya kemudian. Kini ia dilantik sebagai ketua rundingan damai di pihak Siam yang akan membawa strategi dan isu Bawa orang balik kampung kemeja rundingan damai dengan pejuang-pejuang Patani kelak. Inilah Odomchai !!

No comments:

Post a Comment