Saturday 8 December 2018

Pentingnya Perundingan Dalam Sebuah Konflik


Perundingan menjadi jalan keluar dan proses penyelesaian dalam pertikaian konflik. Bahkan dapat menentukan suhu dalam pergolakan politik. 

Perundingan merupakan proses memadamkan kejolakan perselisihan atau sebaliknya. Iaitu konflik semakin menyebar atau meluas dan sulit dikendalikan. 

Apa bila proses perundingan menempuhi kegagalan dengan tidak di anggap adil dan merugikan satu pihak dan pihak lain diuntungkan. 

Dengan tidak tercapainya win-win solution. Kesemua ini tergantung kepada kepentingan implisit ataupun eksplisit pihak yang terlibat secara langsung. Dengan kata lain, jika proses perundingan damai terhenti dan gagal dalam mencapai kesepakatan dan tidak berjalan lurus sebagaimana susunan agenda dan rumusan. Tidak tutup kemungkinan pertikaian konflik akan semakin membara dan mengobarkan lagi api permusuhan. Proses perudingan dalam sebuah konflik sangatlah rumit, baik yang bersifat regional maupun antarabangsa. 

Pada dasarnya, sangat diperlukan mediator ataupun penengah yang mempunyai kredibiliti dan intergriti. Kemudian dalam proses memperkasai sebuah perundingan juga sangat diperlukan kepada tahapan-tahapan rasional sesuai komitmen. 

Demi tercapainya matlamat kedua belah pihak yang sedang bertikai. Proses perundingan boleh di implimentasikan dalam beberapa bentuk dan corak sesuai dengan kesepakatan pra-rundung. Dengan mediasi melalui :  Pertama, melalui individu atau perseorangan. 

Sebagai peribadi yang di kenal akal budinya dan mempunyai legitimasi dalam kedudukan ataupun mempunyai jabatan tertentu. Kedua, melalui Lembaga atau Pertubuhan yang berintergriti, di akui netral dan tidak berpihak. Ketiga, melalui sebuah negara atau mengatas namakan negaranya sebagai mediator. Jelas terhadap status dan berkedudukan di posisi netral (Not to intervension).

Setiap konflik mempunyai akar permasalahannya masing-masing. Mengetahui dan mempelajari punca sebenar pertikaian menjadi penting dan perlu difahami oleh pihak mediasi. Dengan melihat kepada sejarah budayanya, kultur, etnik, ras, suku dan bangsa. Di mana kesemua ini merupakan State Holder, yang akan menentu dan menerima hasil daripada proses perundingan, baik secara langsung ataupun tidak langsung. 

Demikianlah, konflik politik yang melibatkan kepentingan geografi, teritorial dan wilayah ialah konflik berdarah dan mengorbankan banyak nyawa, kesengsaraan rakyat yang berkepanjangan dan masalah kemanusiaan. Jika kesemua ini tidak ada kepedulian dan penglibatan pihak-pihak yang disebutkan tadi. Maka siapakah yang patut bertanggungjawap atas kesemua penderitaan kemanusiaan ini? Sampai di sini, komuniti antarabangsalah perlu memberikan perhatian serius dan memadai terhadap konflik seperti ini. 

Peranannya sangat di nanti-nantikan oleh rakyat yang sedang menjerit dalam penderitaan. Komuniti ini perlu membuat dan memberi desakan kepada pihak-pihak yang terlibat konflik. Supaya duduk bersama dalam sebuah meja perundingan damai secara saksama dan beradap. Berkedukan sama rata dan setara, bersama-sama mencari penyelesaian sesuai dengan syarat-syarat dan ketentuan-ketentuan yang disepakati sebelumnya. 

Kerana perlu diingatkan bahawa perundungan damai itu akan berlangsung atas dasar kesepakatan untuk meneruskan rundingan. Jika tidak, perundingan juga boleh saja bila-bila masa berhenti di jalan dan tidak dapat diteruskan lagi. Dengan kata lain, perundingan menempuhi kegagalan. Demikian proses perundingan yang telah berjaya meredam konflik berdarah. Sebagai contoh ialah konflik Aceh, di antara Gerakan Aceh Merdeka (GAM) dan pemerintah Indonesia. 

Gagasan Timbalan Preseden Yusuf Kala di kala itu, mengajukan perundingan damai dengan pihak GAM, dan diperkasai oleh Mediator antarabangsa Iaitu Bekas Presiden Finlandia Martti Ahtisaari. Dengan menghasilkan kesepakatan damai Memorandum of Understanding (MoU). Berlanjut dengan peletakan senjata di antara kedua belah pihak. Baik daripada pihak GAM dan Tenteta Nasional Indonesia (TNI). Semua ini berjalan pada 15 Ogos 2005, di bawah payung kesepakatan yang di kenal perjanjian MoU Helsinki. 

Sebuah cacatan penting di sini, mengingat bahawa Indonesia yang mayoriti rakyatnya beragama Islam. Kemudian Aceh pula, merupakan wilayah yang penHassan Tiro duduknya juga mayoriti beragama Islam. Konflik ini bersifat regional dengan di mediasi oleh pihak antarabangsa. Melalui Tim daripada Wakil Uni Eropa dan lima negara ASEAN. 

Namun lain pula dengan konflik Mindanao, yang merupakan konflik berkepanjangan dan menempuhi banyak proses perundingan damai. Di bawah kepemimpinan Preseden Rodrigo Duterte 2016, yang berjanji dan berkomited untuk menyelesaikan konflik berdarah tersebut. Malaysia yang aktif memainkan peranannya sejak tahun 2001. 

Di bawah Perdana Menteri Najib Tun Razak, memperkasai proses rundingan sebagai penengah ataupun mediator. Proses kelanjutan perundingan damai pada tahun 2016. Desakan ini telah menekan pihak Bangsamoro, iaitu Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) untuk sedia naik kemeja perundingan damai bersama pemerintah Filipina. Dengan menghasilkan sebuah kesepakatan dan di tanda tangan oleh kedua belah pihak yang bertikai. Kesepakatan ini menyepakati bahawa Bangsamoro merupakan wilayah otonomi bagi Filipina. 

Memang proses ini juga belum final dan masih berlanjut kedepan menuju matlamat akhir daripada proses perundingan damai tersebut. Secara komprehensif daripada proses-proses perundingan damai Aceh dan Bangsamoro. Menjadi sebuah gambaran jelas dan altenatif bagi mana-mana pihak yang terlibat. Bahawa konflik perlu di selesaikan melalui jalan perudingan damai satu-satunya. 

Dengan kesiapan daripada pihak mediator yang telus dan tidak memihak. Menjaga harkat dan martabat kemanusia secara normal, mengikut normatif syarat-syarat dan ketentuan-ketentuan perundingan damai antarabansa. Konflik bangsa Patani dan kerajaan Thailand yang sedang menjadi isu hangat pada November 2018. 

Semestinya, mendapat kritikan dan tambahan masukan daripada pihak memantau antarabangsa yang sedang mengikiti perkembangannya. Harkat dan martabat kemanusiaan juga kesaksamaan perlu di jaga untuk mencapai matlamat kedamaian yang kekal. Jika tidak, konflik bangsa Patani selatan Thailand ini akan semakin membara dan menyulut api kemarahan daripada pihak-pihak yang dirugikan.


No comments:

Post a Comment