Tuesday 17 April 2018

DAERAH TUNGYANGDENG, WILAYAH PATTANI


Daerah Tung yang Deng pada asalnya adalah sebagian dari daerah Mayor, dibahagi menjadi cabang daerah pada 26 may 1977 M. kemudia dinaik taraf menjadi daerah pada 3 jun 1994 M. 
Daerah Tungyangdeng dikenali oleh rakyat tempatan dengan “Kuwing merah” kerana terdapat pokok kuwing merah yang tumbuh di paya/baruh Natdam, ada juga panggilan orang kampung dengan “Nat khamis” kerana pusat pemerintahannya terletak di pekan Nat khamis dalam mukim Natdam. 

Tuan Guru Syafi’i Baso dalam kenangan

Al-marhum Tuan Guru Haji Syafi’i bin Abdur Rahman Baso Tarihk lahir/status keluarga: Dilahirkan pada 1 March 1936 M. di kampung Telaga Sembilan, mukim Makmawi, daerah Yarang, wilayah Pattani. Ayahnya Abdur Rahman bin Abdullah dan ibunya Zainab binti Sulong dari keluarga Melayu Patani yang sederhana. 

Pendidikan awal: 
-Sekolah rendah kebangsaan kampung Telaga Sembilan.Patani. (Siam:Ban Ton Ma’kham) 
-Sekolah/Pondok Haji Harun, Bandar Jala.( Ma’had Al-bi’that Ad-diniah) 
-Tahun 1955-1957 M. Pondok pesantren kampung Posan (menadah kitab Tutath bersama Al-marhum Tuan guru Haji Ahmad Al-Posani Al-Fathoni ....-1996 M.) 
-Tahun 1959-1964 M. Ma’had Muhammadi, Kota baru, Kelantan. 

Pendidikan tinggi: 

PROJEK EKSPLOITASI RAKYAT


I. Membangun Komuniti Siam. 
Projek Nikom/felda membangun Selatan (bahasa Siam :Nikom Sang Ton Eng Patna Paktai) dengan memindah warga Siam dari sebelah utara dan timur laut, membahagi tanah untuk bercucuk tanam semenjak dari tahun 1960 M. semasa PM Thai Gen. Saret Tanarat antaranya: 

1) Nikom wilayah Jala seluas 213,651 rai 
a) Nikom Tanah Putih sebanyak 9 nikom seluas 183,901 rai 
b) Nikom Betong terletak dalam mukin Air weng seluas 171,250 rai 
c) Nikom Tantor terletak dalam mukim Tantor.

Pemerintahan Thailand Dalam Kacamata Orang Patani


Hampir tiga abad orangorang Patani berada di bawah kolonia Thai/Siam, mereka cukup mengerti dan mengenali lebih jauh bagaimana sikap dan watak penjajah Siam, dari generasi ke generasi berikutnya selalu menganalisis tetang kejahatan bangsa Siam terhadap orang-orang Patani. 

Namun mereka lebih kuat dan lebih besar dari segi jumlahnya. Orang-rorng Patani hanya mampu mempertahan dengan sedaya-upaya yang ada selama ini demi mempertahankan jati diri, marwah Agama dan bangsa. 

Analisis Statistik 13 tahun konflik Patani


Perjuangan revolusi bersenjata rakyat Patani terhadap penjajah Siam sejak mulai dicetusnya pada tanggal 4 january 2004 M.yang di tandai dengan peristiwa besar penyerangan markas tentera Siam divisi 4 di Becah airong, wilayah Narathiwat dengan membunuh 4 orang tentera Siam serta merampas 413 pucuk senjata otomatis dan ribuan amunisi sudahpun genap 13 tahun . 

Selama lebih dasawarsa ini ,angkatan bersenjata rakyat Patani telah melancarkan berbagai-bagai operasi dengan cara dan tektik gorela terhadap penjajah Siam melalui sabotaj politik, pemeras darah, pemeras jiwa, bom granat, Carbom, motor bom dan sebagainya dengan berbagai-bagai sasaran, baik saran politik, ekonomi dan militer. 

Sunday 8 April 2018

DAERAH RESAK WILAYAH MENARA


PETA DAERAH RESAK
Resak dahulu 
Pada zaman Patani dibawah 7 negeri kecil Daerah Resak/Resok terkenal dengan mukim “Temangan” dibawah jajahan negeri Legih (Tanjung Mas), kemudian pada tahun 1917 m. dinaik taraf menjadi cabang daerah (King Ampoe) diberi nama dengan “Cabang daerah Temangan” dengan pusat pemerintahannya terletak di kampung “Telok bayor” (lebih kurang 5 Km. dari pekan Resak sekarang) dan ditadbir oleh pesuruhjaya Siam “Khun Upkan Prachakorn” (waraga Siam Budha) dan timbalannya “Khun Sarakit “ (warga Melayu) merekalah yang membina Wat(Candi) Ratsamoson dan Masjid Jumiah (Masjid jamek Resak). 

Saturday 7 April 2018

BERITA RINGKAS@PERISTIWA : BULAN MAC 3/2018 M.


1/3/2018 M 
-Tentera Siam menahan 14 orang mahasiswa Jamiah Syeik Daud Al-fatoni (jisda) yang sedang berkelah tempat peranginan Bukit Tok sahid, kampung Batan telok, mukim Lidon, daerah Muang, Jala. Kata polis Mereka disyakki berlatih atas bukit tersebut. 
-Tembak mati seorang pemuda Melayu berusia 26 tahun di kampung Sipor (cawangan Kg.Pedada) mukim Nanak, daerah Takbai, wilayah Menara. 

Friday 6 April 2018

BANGSA SIAM ADALAH BANGSA PENJAJAH


Dari sudut sejarah, Siam Thailand adalah suatu bangsa imperialisma dan kolonialisma, yang jiwa moralnya jahat. Dia adalah suatu masyarakat Siam pencerubuh negara-negara tetangga. Seperti Laos, Burma, Kamboja dan Malaya (lihat juga; Sutrisno Kutojo dkk: Sejarah Dunia Untuk SMA, 1971: 123-125).

Selain kempanye pencerubuhan dengan kekerasan, maka taktik tipu hilah dengan bahasa politik adalah cara yang menjadi daya pertahanan penjajahannya. Antara bahasa-bahasa penipuan politiknya. Harapan Baharu, Pesan Kembali Kekampung, Dailog Keamanan dan Serah Bicara 3 wilayah kepada Para Pedamai.

Thursday 5 April 2018

HAK MERDEKA DAN HAK PENENTUAN NASIB SENDIRI


(1) Perjuangan bangsa Melayu Patani untuk memerdekakan negeri Patani adalah sah
menurut hukum internasional yang dinyatakan dalam resolusi PBB No.1514 tanggal 14 Desember 1960 M dengan Nama “Pernyataan mengenai kewajipan pemberian kemerdekaan kepada negeri-negeri dan bangsa-bangsa terjajah”

 (2) Mahkamah internasional dalam keputusannya tanggal 24 Jun 1971 M yang menyatakan bahawa “Dasar hak penentuan nasib sendiri untuk segala bangsa yang terjajah dan cara-cara untuk mengakhiri dengan secepat-cepatnya segala macam bentuk penjajahan telah ditegaskan dalam Resolusi 1514 dari PBB”.

PATANI TIDAK ANTI HIDUP BERBILANG KAUM


Pada hakikat perjuangan Bangsa Patani adalah ingin membina masa depan sebuah masyarakat yang adil dan makmur, bebas dari penindasan dan penjajahan. Tak terkecuali bangsa, keturunan dan agama,mereka berhak menjadi Rakyat Patani setelah Patani merdeka. Perjuangan Patani tak pernah bermusuh dengan mana-mana negara dan bangsa di Dunia,kecuali Negara atau Bangsa yang mencabuli kehormatan hak Bangsa Patani.

Wednesday 4 April 2018

TENTERA UPAHAN SIAM DIHANTUI

Renjer atau dikenali oleh masyarakat Patani dengan “Tentera Hitam” adalah angkatan tentera darat salah satu unit di bawah Angkatan tentera darat Thai.

Diasaskan pada 18/7/1981 M. atas hasil pemikiran Jen. Chawalit Yongchaiyut.

Pada asalnya renjer diambil dari banduan kes jinayah kemudian dibebaskan dalam tujuan membantras Parti komunis Thai (Por.Kor.Tor) dengan nama “Sua pran” (Tentera harimau hunter/pemburu).