Tuesday, 17 April 2018

Analisis Statistik 13 tahun konflik Patani


Perjuangan revolusi bersenjata rakyat Patani terhadap penjajah Siam sejak mulai dicetusnya pada tanggal 4 january 2004 M.yang di tandai dengan peristiwa besar penyerangan markas tentera Siam divisi 4 di Becah airong, wilayah Narathiwat dengan membunuh 4 orang tentera Siam serta merampas 413 pucuk senjata otomatis dan ribuan amunisi sudahpun genap 13 tahun . 

Selama lebih dasawarsa ini ,angkatan bersenjata rakyat Patani telah melancarkan berbagai-bagai operasi dengan cara dan tektik gorela terhadap penjajah Siam melalui sabotaj politik, pemeras darah, pemeras jiwa, bom granat, Carbom, motor bom dan sebagainya dengan berbagai-bagai sasaran, baik saran politik, ekonomi dan militer. 


Dalam perang revolusi bersenjata rakyat untuk merebut kembali kemerdekaan bangsa dan negaranya Patani ini, tentu masing-masing pihak mengalami kerugian yang besar, baik kurban jiwa manusia, harta benda dan sebagainya seperti layaknya suatu perjuangan. 

Selama 13 tahun (January 2004-Desember 2016) sudah banyak peristiwa –peristiwa revolusiner yang bergelora dibumi Patani, maka kita simpulkan secara ringkas dalam analisis statistic sebagai berikut. 

Statistik dari tahun 2004-2016 M. 
Berlaku peristiwa sebanyak 18,531, angka kematian seramai 6,850 orang dan cedera parah seramai 15,547 orang. 
Tahun 2004 berlaku 1,832 peristiwa, 
Tahun 2005 berlaku 2,174 peristiwa, 
Tahun 2006 berlaku 1,847 peristiwa, 
Tahun 2007 berlaku 1,850 peristiwa, 
Tahun 2008 berlaku 821 peristiwa, 
Tahun 2009 berlaku 1,031 peristiwa, 
Tahun 2010 berlaku 952 peristiwa, 
Tahun 2011 berlaku 906 peristiwa, 
Tahun 2012 berlaku 1,184 peristiwa, 
Tahun 2013 berlaku 1,298 peristiwa, 
Tahun 2014 berlaku 806 peristiwa. 
Tahun 2015 berlaku 674 peristiwa. 
Tahun 2016 yang lalu berlaku 807 peristiwa. 

Statistik umum 13 tahun (2014-2016 M.) 
Statisk dari Pusat pemerhati konflik di selatan Thai university Songkhla cawangan Patani (Deep South Watch) melapurkan : berlaku peristiwa secara umum di 3 wilayah dan 5 daerah wilayah Senggora sebanyak 18,531 peristiwa. 
Dalam pergolakan ini statistik tembak menembak sebanyak 8,355 kali, sabotaj politik sebanyak 3,412 kali, serangan bom 3,353 butir, pertempuran antara pejuang kemerdekaan Patani dan angkatan bersenjata Siam lebih dari 280 kali, tunjuk perasaan/ demonstrasi secara aman lebih dari 70 kali. 
Angka kematian secara umum 6,850 orang, terbahagi kepada rakyat awam paling ramai berjumlah 2,810 orang, Angkatan bersenjata siam 972 orang, guru dan pegawai pelajaran lebih dari 140 orang, tok sami/piksu 19 orang dan pejuang kurban syahid dalam pertempuran 336 orang.(tidak termasuk mereka yang ditembak oleh penembak gelap Siam, mati ketika penganiayaan dalam tahanan, dicolek dan lain-lain) Adapun angka sakit/cedera jumlah umum memcecah lebih dari 15,547 orang, termasuk rakyat awam paling tinggi berjumlah 5,834 orang , Angkatan bersenjata siam 4,150 orang, guru /pegawai pelajaran lebih dari 160 orang , tok sami 24 orang dan pejuang dapat ditahan oleh pengawai keselamatan Siam lebih dari 1,800 orang. Sepanjang 13 tahun ini sudah menelan badjed secara umum 277,645 juta bath. Tahun 2016 menelan badjed jumlah tertinggi yaitu 30,886 juta bath dan tahun ini (2017 M) angka badjed paling rendah yaitu 12,692 bath sahaja.

No comments:

Post a Comment