Wednesday, 4 April 2018

TENTERA UPAHAN SIAM DIHANTUI

Renjer atau dikenali oleh masyarakat Patani dengan “Tentera Hitam” adalah angkatan tentera darat salah satu unit di bawah Angkatan tentera darat Thai.

Diasaskan pada 18/7/1981 M. atas hasil pemikiran Jen. Chawalit Yongchaiyut.

Pada asalnya renjer diambil dari banduan kes jinayah kemudian dibebaskan dalam tujuan membantras Parti komunis Thai (Por.Kor.Tor) dengan nama “Sua pran” (Tentera harimau hunter/pemburu).

Manakala di Patani sekarang didaftar dari warga tempatan Melayu dan Siam yang berpendidikan rendah dan rendah pahaman agama, juga dari warga Siam penganggur dari wilayah utara dan timur laut (Siam lao) bertugas mengawal keselamatan, rondaan dan hubungan masyarakat yang mana mereka ini akan diambil alih tukas tentera propesional pada masa mendatang.

Mereka tidak dilatih tentera secara professional dengan latihan sebulan sahaja berbanding tentera lain yang menerima latihan selama 2 bulan 10 hari, setalah itu menerima kursus pembinaan dengan diselewingkan pemikiran bahawa Muslim Patani adalah pengganas, berpandangan negative terhadap agama Islam, membangkit sentiment kebencian dan pandang rendah terhadap Islam dan Muslim, dilengkapi senjata dan langsung ditugaskan dilapangan dengan bertindak ganas.

Setelah mendaftar masuk mereka deberi upahan yang sangat tidak lumayan dengan permulaan pangkat pertama hanya 4,630 bath hingga pangkat ketiga belas 8,040 bath, diberi elaun harian 63 bath tetapi duit elaun ini digunakan untuk belanja makanan harian mereka.

Renjer terkenal dengan perangai dan tindakan jahat sebagai mana pernah berlaku memnembak terhadap rakyat awam, merogol dan menceroboh kaum wanita Muslimah, mencuri hasil pendapatan rakyat, mengedar dadah (narkoba) kepada pemuda-pemuda Melayu, mereka tidak memahami budaya orang Melayu yang indah dan syariat yang suci.

Sepanjang tahun 2017 dan menjelang tahun 2018 ini kerap berlaku kes bunuh diri, menembak sesama sendiri dan perselingkuhan dalam keluarga oleh renjer, pegawai polis dan relawan tentera, Statistik 3 bulan sahaja mencecah 9 orang maut dan seorang daripada mereka cedera parah.

Ketegangan konflik menyebabkan mereka bertindak sedemikian, kerana mereka berada dalam keadaan ketakutan dan dihantui dengan rasa bimbang, cemas, murung, mengganggu mintal dan fizik, emosi tak tenang.

Ketika beronda dihadam, berjalan-jalan ditempat awam ditembak dan kembali kekem juga kena serang oleh pejuang Patani, mereka tidak tahu bilakah ajal mereka menjelang tiba seperti rakannya, mereka sangat letih kerana tak cukup makan dan tak cukup rehat, lesu karana berjaga malam, tambah pula dengan duit upahan yang tak cukup sara hidup anak isteri dan keluarga merana, mintak izin menemui keluarga pun susah dibenarkan hanya 7 hari perenam bulan, tekanan dan dikutuk oleh atasan hingga menjadi stress dan sanggup bertindak sedemikian.

No comments:

Post a Comment