Saturday 31 March 2018

SANDIWARA POLITIK MURAHAN Oleh Panglima Angkatan Tentera Bhg.4

Program “Bawa balik kampung” adalah salah satu program deradikalisasi kerajaan penjajah Siam dalam polisi mengatasi masalah konflik Patani tujuan untuk mengatasi orang-orang yang dituduh, disenarai hitam dan mempunyai kes keamanan dalam negeri yang melari menyelamatkan diri sepaya membantu, membela, melayankan hukum.

Mengatasi dengan memberi kursus kemahiran, membantu keselesaan dan kebebasan hidup,mengesahkan kewarganegaraan, bertujuan untuk mengisulasi terhadap pergolokan.

Baru-baru ini diperopagandakan oleh Panglima angkatan tentera bhg 4. Lt. Jen Piyawat Nakwanij bahawa dapat mengumpul kumpulan PULO sejumlah 103 orang terdiri dari lelaki 53 orang, perempuan 25 orang dan kanak-kanak 25 orang mereka terdiri dari bekas pejuang gerakan PULO yang tinggal di Malaysia dan akan menyusul lagi lebih dari 200 orang.

Sendiwara yang sama ini pernah berlaku dalam tahun 1985 M. dalam acara menyerah diri beratusan orang oleh gerakan PULO di Kem Sirinthorn, Jala semasa panglima Lt. Jen Han Lilanon dibawah polisi “Tai Rom Yen”. Sebelum ini juga pernah berlaku sendiwara penyerahan pada masa Panglima Lt. Jen Odomchai Thammasarorat pada 11/9/2012 M. berjumlah 93 orang.

 Statistik dari pihak keamanan Siam mengatakan semenjak 2012 M. selama 3 tahun dapat mengumpulkan orang menyerah diri kepada kerajaan sejumlah 1,996 orang, angka makin meningkat berbanding dengan 3 tahun kebalakangan dengan 2,407 orang, selama 7 tahun jumlah secara umum meningkat 4,432 orang.

Dalam hal ini pihak PULO telah mengadakan siasatan bahawa tiada anggota kumpulan atau pejuang samada dari PULO atau BRN terlibat dalam program ini.

Tegas Kasturi Mahkota dalam status facebooknya “2000 pejuag berpaling tadah kepada pihak musuh adalah satu pembohongan dan sandiwara politik murahan.”

Mereka ditipu dan tidak ditepati janji apa-apa, ada setengah mereka ditembak mati oleh penembak gelap ketika balik menetap di kampung, mereka sebenarnya adalah rakyat kampung biasa yang tidak tahu menahu, ada juga yang dipaksa untuk ikut program ini, dipanggil direkayasa sebagai sebuah sendiwara politik murahan, yang dilakukan oleh Panglima untuk menunjuk keberhasilan karia dan kepentingan kepangkatan Jenral bagi dirinya dan propaganda kepada dunia internasional khususnya kepada wakil OIC dan rombongannya yang datang memantau keadaan rakyat Patani baru-baru ini.

1 comment: