Sunday 17 June 2018

BERITA RINGKAS@PERISTIWA BULAN MEI 5/2018 M.


1/5/2018 m.  
-Tembak mati pemuda Melayu berunur 21 tahun  di Kg.Bukit tong, mukim Khautum, daerah Yarang, wilayah Pattani.      

2/5/2018 m.  
-Tembak mati seorang pemuda Melayu di kampung Pok Janih, mukim Sateng Nok, wilayah Jala.    

Takbir Hari Raya Lambang Kemenangan dan Penyatuan Ummah


Bahawa Takbir Hari Raya merupakan salah satu zikir yang dikumandangkan oleh ummat Islam di seluruh pelusuk dunia saban kali menjelma Aidul Fitri dan Aidul Adha. 

Disetiap perayaan mempunyai sejarah dan peristiwanya. Sempena menyambut ketibaan bulan syawal ini, kita menyelusuri sejarah takbir pertama yang dikumanadangkan dalam sejarah Islam.      

DAERAH SUKIRIN WILAYAH MENARA

PETA DAERAH SUKIRI
Sukirin dahulu:    
Daerah Sukirin diasaskan dalam tahun 1931M. Nama awalnya adalah “Cabang daerah Pacor” dibawah jajahan daerah Tokmok (Daearah Weng sekarang), diasaskan daerah ini kerana rakyat makin ramai setelah Perancis dan orang Cina diberi konsesi untuk projek perlombongan emas di “Bukit Lisa” yang terletak dalam mukim Tokmok sekarang.   

Dalam tahun 1939 M. berlaku peperangan Indochina dirantau ini, maka Perancis terpaksa melarikan diri dari ancaman perang, Kemudian kerajaan Siam melantik “Pra udom torni sasra” menyambung kembali, setahun kemudian berlaku kekecuhan Antara rakyat Melayu tempatan dengan pegawai Siam yang mengawal perlombongan tersebut, hingga pegawai Siam dan pekerjanya terpaksa perpindah dari sini.    

SYARAT MENDAPATKAN KEMERDEKAAN


(1) ADANYA KESATUAN TERITORIAL • Mempunyai teritorial/wilayah tertentu. • Mempunyai kekayaan alam yang memadai. • Merupakan wilayah jajahan.

(2) ADANYA KESATUAN PENDUDUK/RAKYAT • Mempunyai keturunan bangsa, bahasa dan kebudayaan sendiri. • Berkonsentrasi pada wilayah tertentu. • Mempunyai lembaga kemasyarakatan, adat kebudayaan dan cara hidup sendiri.

(3) ADANYA KESATUAN POLITIK • Adanya organisasi pembebasan dan kepemimpinan politik. • Adanya kemahuan rakyat untuk menentukan nasib sendiri. • Adanya unsur-unsur kekuatan militer dan perjuangan persenjataan.

Persaudaraan Rumpun Melayu Yang Kukuh


Muqaddimah     
Kebangkitan dan perjuangan umat Islam bangsa Patani adalah merupakan sebuah pengharapan, usaha mereka memperjuangankan untuk melepaskan diri, agama, bangsa dan tanah air dari cengkeraman penjajah Siam Thailand, dan menjadi bangsa Melayu yang berdaulat dan merdeka dalam nusantara. 
   
Sekalipun upaya perjuangan itu masih dalam pencetusan gerakan revolusi rakyatnya, maka upaya menemukan persepsi persaudaraan Melayu yang kukuh masih terus dilakukan, dan menjadi aspirasi  bagi bangsa Patani yang tertindas.

Menuntut Hak Pertuanan Bangsa Patani


Bangsa Patani berhak menuntut ke atas hak keselurun bumi Patani yang telah dirampas oleh penjajah  Siam, 

Kehidupan Bangsa Patani di bawah kepemerintahan Siam sudah cukup dirasai penderitaan dari hari ke hari, oleh itu anak bangsa Patani bangkit memperjuangkan untuk menyambung semula kepemerintahan dan kedaulatan yang kini telah dikuasai oleh penjajah Siam/Thai. 

Kepemerintahan kerajaan Patani telah dibekukan oleh Kerajaan Thai dari 1786 hingga 1902, dan dari 1909, dilumpuhkan roda pemerintahan Patani secara langsung hingga kehari ini, dengan melalui perjanjian Angglo Siam antara British dan Thai.