Thursday 7 November 2019

KEBURUKAN SIAM TERBONGKAR


Peristiwa penembakan bunuh diri oleh hakim Kanakorn  Pianchana, ketua Hakim Mahkamah majistret wilayah Jala telah membongkar sebuah kebenaran terhadap proses pengadilan di Patani, khususnya terhadap umat Islam Melayu Patani. 

Beliu menembak diri setelah menjatuhkan hukum tidak bersalah keatas 5 pemuda Patani disebabkan rasa ketidakadilan demi menjaga perinsip kehakiman  dan hati noraninya  dan yang dirinya diperhambakan oleh atasan yang mengarah menjatuhkan hukuman mati kepada yang tak bersalah. 

Dialek Tempatan Patani (1)

Di Patani boleh dikatakan rakyat Patani secara umum bertutur dengan bahasa Melayu Patani (loghat/dialek Patani)  yang sama dipertuturkan di negeri Kelantan, Malaysia, sebahagian Terengganu (di Pulau Perhentian dan Besut) serta sebahagian Kedah seperti di Baling, Sik serta Padang Terap.

Pada dasarnya, Bahasa Melayu dialek Patani ini mirip dengan Bahasa Melayu Kelantan tetapi telah dipisahkan dengan keadaan sosial serta politik ke 2 negara tersebut. (baca artikal dialek Patani siri 2 dalam Majalah SURAT edisi: 50), Walau bagaimanapun sebahagian dari mereka ada yang bertutur dengan dialek/loghat tempatan tetapi pelet berlainan seperti pelet darat/ pelet ulu, pelet Tiba dan Cenak, pelet Bidil, pelet Cekhe, pelet Sebaya dan sebagainya.  

SERUAN JIHAD (10) Operasi Siam Dalam Membasmi Perjuangan Rakyat Patani


(1).Siam berusaha keras untuk membasmi pemimpin-pemimpin pergerakan dan pejuang-pejuang rakyat Patani, menjaga ketat gerakan kekerasan bersenjata dan menyekat kegiatan pengembangan kader-kader pemuda pejuang Patani. 

(2).Dalam operasi membasmi gerakan perjuangan tersebut, Siam menetapkan 3 strategi utama yaitu pembasmian pemimpin-pemimpin gerakan, penangulangan kekerasan bersenjata dan penyekatan pengembangan kader-kader pejuang dan menjalankan 12 strategi pendokong melalui operasi dibidang pertahanan dan keamanan oleh Kor. Or. Ror. Mor. Nor. dan operasi dibidang pembangunan oleh Sor. Or. Bor. Tor. dengan melancarkan berbagai-bagai program yang telah menelan biaya bajed lebih dari 3000,000 juta bath.  

TIRAI KEADILAN SIAM DI PATANI TERKOYAK


Peristiwa penembakan bunuh diri oleh seorang Hakim Mahkamah Majisterit di wilayah Jala, iaitu Kanakotn Pianchana telah menyikap sebuah kebenaran terhadap proses keadilan Thailand di Patani, khasnya terhadap penduduk melayu bangsa Patani. 

Bangkok mendapat cabaran dan tentangan hebat terhadap peristiwa ini. Kerana selama Perintah Berkurung, di bawah Undang-Undang Keselamatan Negara, dan Undang-Undang di bawah Syeksen Hasutan dan Jenayah. 

TAHUN KEBANGKITAN PERJUANGAN- PATANI MENUJU KEJAYAAN


Perjuangan bangsa Patani menempuh banyak rintangan dan halangan, selama lebih 15 tahun lamanya. Gerakan perjuangan umat lslam ini, telah menyahut pelbagai cabaran dalam setiap bidang dan aspek yang mereka perjuangkan. Perjuangan kebangsaan melayu Patani, sebagai identiti sebenar berdasarkan sejarah, sosial budaya, dan agama kepercayaan. 

Sebuah keniscayaan yang mempunyai fakta dan kebenaran. Politik perjuangan bangsa Patani, merupakan akibat daripada ketidakadilan dalam peristiwa sejarah di masa lalu. Sebuah catatan dunia yang dapat di telusuri dan selalu menjadi wacana di berbagai bidang kajian dan Akedemik. 

BERITA RINGKAS@PERISTIWA BULAN OKTOBER (10/2019M.)


3/10/2019M. 
-Seorang wanita bertugas sebagai timbalan tok Penghulu Bhg. Keamanan (Por.Ror.Sor) kampung Kuyae, mukim Saeb, daerah Krung Pinang, wilayah Jala. dikenali cik Melah Ceksoh ditembak mati ketika menaikki sebuah motosikal di kampung tersebut. manakala adik perempuannya cedera parah. 

4/10/2019M. 
-Encik Kanakhorn Pianchana Hakim di Mahkamah Majestrit wilayah Jala menembak diri dengan pistol peribadi dalam bilik Mahkamah majestrit wilayah Jala. setelah menjatuhkan hukum tidak bersalah keatas 5 orang pemuda dari mukim Tanah putih, wilayan Jala. dalam kes penembakan 5 orang rakyat awam pada 11/6/2018M. 5 tertuduh dikenali