Thursday, 7 November 2019

TAHUN KEBANGKITAN PERJUANGAN- PATANI MENUJU KEJAYAAN


Perjuangan bangsa Patani menempuh banyak rintangan dan halangan, selama lebih 15 tahun lamanya. Gerakan perjuangan umat lslam ini, telah menyahut pelbagai cabaran dalam setiap bidang dan aspek yang mereka perjuangkan. Perjuangan kebangsaan melayu Patani, sebagai identiti sebenar berdasarkan sejarah, sosial budaya, dan agama kepercayaan. 

Sebuah keniscayaan yang mempunyai fakta dan kebenaran. Politik perjuangan bangsa Patani, merupakan akibat daripada ketidakadilan dalam peristiwa sejarah di masa lalu. Sebuah catatan dunia yang dapat di telusuri dan selalu menjadi wacana di berbagai bidang kajian dan Akedemik. 

Suatu benturan peradaban dan Tamadun di antara bangsa Melayu Islam dan bangsa Siam Buddha. Perselisihan ini belum berhujung dan tidak dapat diperkirakan, baik dalam perspektif politik ataupun peperangan. 

Tindakan apapun yang dimainkan oleh kerajaan Thailand, tentu saja mempunyai nilai politik, baik dalam proses pembangunan Bandar dan jalan raya, pendidikan sekolah dan institusi pelajaran tinggi, tradisi dan kebudayaan, dan mengurangi kemiskinan. 

Semua kebijakan telah ambil untuk memperkukuhkan lagi penjajahan dan menguasai sumber kekayaan alam, yang melimpah di Patani. Sumber daya insani dan intelektual, di design sedemikian rupa. Supaya ideologinya tertanam dalam benak dan fanatik terhadap ke-Raja-an Buddha. 

Hasilnya, pluralisme tanpa mengenal batas dan kewajaran terjadi dalam masyarakat. Melahirkan masyarakat majmuk yang tidak tahu Halal dan Haram, semua menjadi satu dalam kebudhaan dan kesiaman. Pendidikan memang menjadi landasan dan dasar bagi manusia, bermula daripada anak kecil sehingga dewasa. 

Namun pendidikan yang bersifat menanam ideologinya ini penyakit dan sangat berbahaya bagi masyarakat Islam dan melayu bangsa Patani. Adapun, pembangunan yang bersifat bangunan untuk kemudahan dan pejabat Negara, berbentuk identiti kesiaman dengan nilai-nilai Buddha baik terselit dan terang-terangan. 

Suatu penghancuran kemelayuan yang nyata melalui perencanaan yang mantap pula. Tidak ada satupun, lambang kemelayuan asal dan tempatan yang boleh peragakan oleh penduduk asal. Sehingga akhirnya, kepada tetamu dan pelancung yang berkunjung kesana mengambil kesimpulan bahawa mereka pergi keSiam. 

Suatu kepiluan dan menyayatkan hati bagi penduduk tempatan atas nilai yang khianati oleh kerajaan Thailand ini. Kebebasan yang tidak mengenal batas dari rosaknya pergaulan di kalangan masyarakat Melayu. Akibat daripada sosial budaya yang tidak berakar kepada nilai keluhuran budi pekerti, tiada etika dan estetika sebagai makna hidup dalam kebudayaan yang sebenar-benarnya. 

Nampak jelas sebagai fakta bahawa muda-mudi dan masyarakat sedang di landa penyakit dan virus berbahaya dan mematikan. Ertinya, hilang bahasa maka lenyaplahlah bangsa, hilangnya bangsa maka akan hilang jadi diri melayu bangsa Patani. Setelah di kaji dan di tinjau daripada berbagai sudut dan bukti yang ada dan dijumpai. Maka dapat pula, mengambil kesimpulannya dengan lebih bijaksana dan berada pada landasan yang benar. 

Bahawa perjuangan bangsa Patani, perlu selaras dengan dunia moden dan mencapai tujuan dan matlamatnya dengan gagah berani dan penuh semangat, juga terjaga harga dirinya. Perjuangan yang di iktiraf oleh pemimpin dunia dan Badan Penjaga Perdamaian negara-negara maju dan Pemerhati Konflik di merata dunia pula. 

Kebangkitan dan semangat baru dalam memperjuangkan dan mempertahankan identiti melayu dan agama Islam, bermazhab Syafie, yang dikenal sebagai “Ahlu Sunah Wal Jamaah”. Persaudaraan sesama Islam secara regional dan antarabangsa, mendapat dukungan dan sukungan padu daripada semua arah. 

Melahirkan politik luar negara, yang mempunyai nilai hubungan baik kepada semua pihak, sama ada yang berkepentingan ataupun tidak. Meningkatkan lagi, hubungan luar negara dan berdiplomasi secara bilateral dan multinational. 

Sebuah pencapaian luar biasa, tidak terduga bahawa sambutan dan rasa percaya negara-negara bangsa lain kepada perjuangan bangsa Patani. Bangsa-bangsa luar dapat mengenal pasti tentang permasalahan dan konflik di selatan Thailand. 

Suatu kenyataan yang tidak lagi dinafikan oleh pemimpin-pemimpin negara merdeka terhadap kegigihan bangsa Patani. Bahawa pemerintahan sendiri dan merdeka bagi Patani adalah jalan penyelesaian yang adil dan perilaku politik yang relevan. Memadamkan api konflik dan menyelesaikan pertikaian bersejarah selama 110 tahun. 

Kejayaan tidak mudah dapat, namun perlu kepada keberanian dan pengorbanan besar dan lama masanya. Semakin canggih dunia berkembang maka akan semakin cepat pula kejayaan itu di raih oleh perjuangan bangsa Patani. “Bahwa kami bangsa Melayu Patani mencintai , tetapi lebih mencintai kepada kemerdekaan”.



No comments:

Post a Comment