Thursday, 7 November 2019

BERITA RINGKAS@PERISTIWA BULAN OKTOBER (10/2019M.)


3/10/2019M. 
-Seorang wanita bertugas sebagai timbalan tok Penghulu Bhg. Keamanan (Por.Ror.Sor) kampung Kuyae, mukim Saeb, daerah Krung Pinang, wilayah Jala. dikenali cik Melah Ceksoh ditembak mati ketika menaikki sebuah motosikal di kampung tersebut. manakala adik perempuannya cedera parah. 

4/10/2019M. 
-Encik Kanakhorn Pianchana Hakim di Mahkamah Majestrit wilayah Jala menembak diri dengan pistol peribadi dalam bilik Mahkamah majestrit wilayah Jala. setelah menjatuhkan hukum tidak bersalah keatas 5 orang pemuda dari mukim Tanah putih, wilayan Jala. dalam kes penembakan 5 orang rakyat awam pada 11/6/2018M. 5 tertuduh dikenali 

1.Sukri Musek 
2.Sapeing satok 
3.Wae asee Waeyusof 
4. Maslan Cekdereh dan
5.Abdullah Matsamoh. 
Peristiwa ini berlaku setelah hakim Kanakhorn P. rasa ketidakadilan
diatas tekanan dari atasan sepaya menjatuhkan hukuman mati terhadap tertuduh. Beliu sempat post suatu slogan kata “Kembalikan hak hukuman kepada hakim dan kembalikan keadilan kepada rakya” dalam media social peribadinya. 

-Pol.Sgt. Wutikon Citpunprapat seorang polis bertugas di Ibu pejabat polis wilayah Jala membunuh diri dengan senjata M.4 milik peribadinya di Flat polis wilayah Jala. Motif pembunuhan akibat ketegangan. 

5/10/2019M. 
-Seorang pemuda Melayu berusia 23 Tahun berasal dari Kg.Telok Mekna, daerah Tungyangdeng, wilayah Pattani. Ditembak mati di kilang air batu Caronsin, pekan Jala. 

6/10/2019M. 
-Seorang warga Siam berusia 53 tahun ditembak mati di kampung Tanah Merah, daerah Betong, wilayah Jala. 

7/10/2019M. 
-Seorang rakyat awam warga Melayu ditahan oleh relawan keamanan Siam dan dikena penganianyaan sampai lebam, kejadian berlaku di kampung Sek, mukim Pakbang, daerah Tiba, wilayah Senggora. 

8/10/2019M. 
-Pegawai DSI bersama ketua ranjer Bhg.43 mengesan dan merampas 5 laras senjata api yang disorok dalam hutan belukar di kampung Pengkalan Kumik, mukim Kuala Tanjung, daerah Nongcik, wilayah Pattani. Antara yang dirampas adalah 
1.senjata api jenis AK. Sebanyak 4 laras 
2. Sarung peluru 6 sarung 
3.Senjata api jenis M.16 selaras bersama sarung peluru dan 
4. Peluru jenis AK. Sebanyak 60 das. 

9/10/2019M. 
- Berlaku letupan bom di pos kawalan polis dalam pekan Teluban, daerah Saiburi, wilayah Pattani. Tidak ada kecederaan dilaporkan.  

-Seorang unit pengawal keamanan mukim warga Siam (Cor.Kor.Tor) mukim Kampung Rai, daerah Tantor, wilayah Jala, membunuh diri dalam pos kawalan mukim kampung Rai. 

-Serangan bom menyasarkan rondaan unit pengawal mukim (Cor.Kor.Tor) mukim La-el, daerah Jaha, wilayah Jala. Menyebabakan 2 orang relawan keamanan cedera parah. 

11/10/2019M. 
-Polis daerah Tiba mengesan dan memadam sebutir bom dipasang berhampiran jalan lalu lintas di kampung Praphut, daerah Tiba, wilayah Senggora. 

-Tentera Siam menahan seorang wanita Melayu dikenali saudari Karimah Kanek (ibu kepada 2 orang anak) di kampung Banggol Jek, mukim Tanjung lima, daerah Tanjung Mas, wilayah Menara. 

12/10/2019M. 
-Bekas Tok Penghulu kampung (niban) kampung Pombing dikenali encik Kodir Made berusia 63 tahun ditembak mati di sebuah warong kopi di kampung Pombing, mukim Pombing, daerah Penarek, wilayah Pattani. 

13/10/2019M. 
-Seorang relawan keamanan tentera warga Siam membunuh diri dalam pos kawalan dengan senapang patah dalam pos kawalan kampung Thamosai, daerah Cenak, wilayah Senggora. 

-Tentera Siam menahan seorang pemuda Melayu dikenali saudara Maruan Cekba berasal kampung Nat padang, mukim Pen, daerah Teluban, wilayah Pattani . disyaki berkaitan kes penembakan tok penghulu kampung Pombing.  

14/10/2019M. 
-Seorang tok penghulu mukim Khu, ditembak mati di kampung Hua din tai, mukim Pacing, daerah Cenak, wilayah Senggora. 

22/10/2019M. 
-Seorang warga Siam cedera parah akibat ditembak di kampung Kokna, mukim Thamuang, daerah Tiba, wilayah Senggora. 

23/10/2019M. 
-Pegawai tentera mengepung dan siasat sebuah asrama pelajar serta memetik DNA beberapa orang pelajar dalam asrama kampung Terebak, daerah Muang, wilayah Jala. 

-Berlaku 2 kes penembakan secara serentak di Tanjung Mas, Menara. Kes pertama jam 21.00 tembak mati seorang rakyat awam warga Melauyu berusia 38 tahun di kampung Banggol, mukim Chalorm, daerah Tanjung Mas, wilayah Menara. Kes kedua jam 21.30 Seorang warga Melayu berusia 29 tahun ditembak di kampung Tok Pokgak, mukim/daerah Tanjung mas. Wilayah Menara. Mangsa cedera parah. Rakyat tempatan menyangka perbuatan dari team penembak gelap Siam. 

-Ranjer mengesan satu lubang persiapan memasang bom digali dibawah jalan lalu lintas dikampung Kubang keroh, mukim Cakuah, daerah Raman, wilayah Jala. -Seorang warga Melayu berusia 32 tahun ditembak di kampung Kahae, mukim Kayu Bongkok, daerah Raman, wilayah Jala. Mangsa cedera parah. 

24/10/2019M. 
-Polis menahan saudara Adenan Usenglanung seorang pemuda Melayu berasal kampung Tandop, mukim Tanah Putih, daerah Bendang Setar, wilayah Jala. Dibawa siasat ke Kem Telaga bakong dalam kes keamanan.

26/10/2019M.
-Unit ranjer 4601 daerah Resok diserang tembakan ketika rondaan di kampung Banggol Ketih, mukim Samakki, daerah Resok, wilayah Menara. Menyebabkan seorang ranjer cedera parah. 

27/10/2019M. 
-Seorang rakyat awam warga Malaysia berasal dari daerah Rantau panjang, Malaysia ditembak mati berhampiran tanah perkuburan Islam Sungai Golok di Jalan Parachawiwat, daerah Sungai Golok, wilayah Menara. 

-Seorang pemuda Melayu berusia 33 tahun ditembak mati di kampung Tangot, mukim Merbol tenaik, daerah Becah airong, wilayah Menara. 

-Berlaku serangan bom keatas rondaan ranjer 3301 di jalan kampung Terap, mukim/ daerah Bendang Setar, wilayah Jala. menyebabkan 4 orang ranjer cedera parah. 

28/10/2019M. 
-Seorang pemuda warga Melayu berusia 28 tahun ditembak mati di jambatan kampung Air cada, mukim Banggol Petai, daerah Resok, wilayah Menara. 

29/10/2019M. 
-Pihak keamanan Siam menjalankan operasi memetik DNA rakyat awam serta merakam gambar, mencatat plat motosikal dan plat kereta dalam kawasan kampung Tasek, mukim Tasek, daerah Muang, wilayah jala. 

31/10/2019M. 
-Polis daerah Saiburi menembak mati 2 orang pemuda ketika buat sekatan jalan di kampung Balak, mukim Pasir Jawa, daerah Saiburi, wilayah Pattani. Kata polis 2 orang pemuda tersebut membawa suatu objek dan melarikan diri dari sekatan sebelum menembak pegawai polis hingga berlaku tembak menembak yang membawa kepada terkurban tersebuit. 2 syuhada dikenali 
1. Asy-Syahid Lukman bin Abdulhamid Saleh berusia 34 tahun berasal Telok traitong, daerah Maiken, wilayah Pattani 
2. Asy-Syahid Amran bin Abdullah Berahim berusia 38 tahun berasal kampung Pasir Jawa, daerah Teluban, wilayah Pattani. Bersama ini polis merampas selaras pistol jenis .9 mm. serta peluru dari mangsa. 

-19.00 sekumpulan pemuda menaiki motosikal menyamung kereta pikap milik Pejabat pentadbiran mukim (Or.Bor.Tor) Natdam, daerah Tungyangdeng, wilayah Pattani. Serta memberkas pegawai keamanan. Kemudian mengisi bahan letupan bom seberat 50 Kg. dan diletupkan di bagunan lama Balai polis daerah Maiken, mukim Saitong, daerah Maiken, wilayah Pattani. Kekuatan bom menyebabkan kereta tersebut hancur lebur rumah rakyat awam 3 buah, rumah pegawai polis 30 buah dan kereta 9 buah turut rusak. Tidak ada laporan kehilangan nyawa dan kecederaan.  

-Seorang Polis dan 2 orang relawan tentera menembak peraih ikan warga Melayu dikenali Doromae Surong usia 33 tahun di kampung Not, mukim Khutao, daerah Hadyai, wilayah Senggora. Motif penembakan masih dalam siasatan polis. 

-Polis daerah Saiburi mengesan dan memadam sebutir bom buatan sendiri mengisi bahan letupan bom dalam tong ges seberat 10 Kg. di kampung Pasir Jawa, daerah Teluban, wilayah Pattani. 

-Sekumpulan lengkap dengan senjata menaiki 2 buah pikap menyerang tembakan keatas kem kecil tentera Siam di kampung Bukit Tong, mukim Khautum, daerah Yarang, wilayah Pattani. Tidak ada kecederaan dilapor kan .




KESIMPULAN   Bulan OKTOBER (10/2019 M.) 

Peristiwa pergolokan berlaku 25 kes.terbahagi kepada wilayah Pattani 6 kes, Jala 9  kes, Menara 6 kes, dan wilayah Senggora 4 kes.   

Berlaku serangan bom 6 butir (2 butir di kesan sempat dipadamkan dan sebutir bom kereta) yaitu 3 butir di Pattani,  sebutir masingh-masing di Jala, Menara dan Senggora.  

Tembakan dan pertemporan berlaku 19 kes: Masing-masing di Pattani 3  kes, Jala 8 kes, Menara 5 kes. dan  Senggora 3 kes.  tidak berlaku sabotaj khianat.     

Angkatan bersenjata kerajaan Siam mati 3 orang (kesemua membunuh diri akibat ketegangan) dan cedera parah 7 orang, Rakyat awam mati 7 orang (warga Melayu 6 orang dan seorang warga Siam) Rakyat awam cedera  4 orang (3 orang warga Melayu dan seorang warga Siam).  

Pegawai kerajaan mati 2 orang dan seorangh cedera parah.   

Pejuang gugur Syahid 2 orang di Pattani. tidak ada hukuman mati dan penjara berkait kes keamanan. 

Pihak keamanan Siam merampas senjata 5 laras.  hampir 10 orang ditangkap.    

Dalam bulan ini pihak tentersa Siam masih menjalankan operasi mengepung kampung-kampung Melayu dan memetik DNA rakyat awam.




No comments:

Post a Comment