Thursday, 7 November 2019

TIRAI KEADILAN SIAM DI PATANI TERKOYAK


Peristiwa penembakan bunuh diri oleh seorang Hakim Mahkamah Majisterit di wilayah Jala, iaitu Kanakotn Pianchana telah menyikap sebuah kebenaran terhadap proses keadilan Thailand di Patani, khasnya terhadap penduduk melayu bangsa Patani. 

Bangkok mendapat cabaran dan tentangan hebat terhadap peristiwa ini. Kerana selama Perintah Berkurung, di bawah Undang-Undang Keselamatan Negara, dan Undang-Undang di bawah Syeksen Hasutan dan Jenayah. 

Perangkat ini yang digunakan Bankok dan ini menjadi bukti bahawa Bankok sendirilah Penjenayah Antarabangsa Menanggapi isu dan peristiwa menembak diri sendiri oleh Hakim Mahkamah Majistret. Menjadi isu gempar dan boleh dikatakan isu terpanas tahun 2019. 

Kenapa tidak? Disebabkan oleh rasa ketidakadilan seorang Hakim, yang merasakan dirinya diperhambakan oleh atasannya. Dengan proses ugutan dan paksaan terhadap “Keputusan Hakim”, yang sepatutnya independen dan bebas daripada campur tangan pihak manapun, yang berkepentingan dan berpihak. 

Rasa ketidakadilan dan ketidakpuasan ini, menusuk hatinya sebagai Hakim dan berprinsip “Adil Memutuskan Perkara”. Dengan asas betul dan benar sesuai dengan bukti-bukti, kerana setiap orang berhak mendapat rasa keadilan. 

Sikap benar dan sifat jujur selalu menjadi senjata makan tuan di Patani. Kerana, semua pihak dipaksakan oleh kerajaan Thailand, memihak dan melakukan segala cara untuk kepentingan kekuasaan pemerintah dan bukan penduduk. Nampak sudah bagaimana penduduk Patani, diperlakukan dan dituduh sedemikian rupa. 

Di aniayai dan dizalimi sedemikian dahsyatnya. Rasa keadilan dan hak kebebasan ialah hak bagi setiap manusia dan bangsa. Naluri manusia secara mendasar akan berkata benar dan tidak menyukai berbohong atau menipu. 

Dalam ertinya, tidak suka menutupi perkara sebenarnya. Inilah pesan Hakim Majistret Kanakorn Pianchana kepada kerajaan Thailand dan pihak-pihak yang suka mereka-reka perkara dan membuat tuduhan yang tidak berasas. 

Mereka itulah biasanya, datang daripada kalangan tentera dan polis yang menangkap, membuat siasatan secara tidak profesional dan tidak menepati perkara sebenarnya. Sudah berdekad-dekad lamanya , wajah kezaliman dan ketidakadilan ini berpusat di Patani. 

Perintah Berkurung oleh tentera Thailand, tidak menyelesaikan apa-apa perkara dan bahkan sebaliknya. Kerana Undang-Undang Darurat ini, banyak kecacatan dan lemah dalam perkara keadilan. Perkara ini jelas berlakunya di Mahkamah, dalam hal dan perkara yang menimpa terdakwa. 

Persidangan di Mahkamah tidak dapat mengambil bukti-bukti semasa siasatan di bawah Undang-Undang Darurat. Yang boleh diperkarakan ialah hasil siasatan di luar itu. Iaitu siasatan sipil yang bebas daripada unsur-unsur ugutan dan paksaan. Sehingga, perkara-perkara yang naik dalam perbicaraan Mahkamah dan diperguamkan oleh Loyar-Loyar, biasanya dimenangkan oleh terdakwa. 

Sehingga akhirnya, Hakim membebaskan daripada semua tuduhan dan dinyatakan bebas. Keadlan tidak pernah wujud di dalam bentuk apapun, berkenaan dengan kes yang di hadapi orang 5 orang terdakwa masyarakat melayu Patani. Diskrimanisi terhadap masyarakat bangsa Patani merupakan hasil campur tangan pihak Bangkok dalam hal apapun, yang berkenaan dengan Asas Keadilan Manusia secara am. 

Kes ini muncul ke permukaan seolah-olah memukul wajah Bankok secara mutlak. Kerana sudah beberapa dekad telah menindas dan menzalimi, rasa kemanusiaan melalui putusan Mahkamah.  

Koyak dan terang sudah bahawa aksi Ketua Hakim Mahkamah ini, memberi sebuah penyuluhan yang lebih dalam terhadap isu konflik di Patani selama 17 tahun terakhir ini. Bangkok mendapat cabaran dan tentangan hebat terhadap peristiwa ini. Kerana selama Perintah Berkurung, di bawah Undang-Undang Keselamatan Negara, dan Undang-Undang di bawah Syeksen Hasutan dan Jenayah. 

Perangkat ini yang digunakan Bangkok dan ini menjadi bukti bahawa Bangkok sendirilah Penjenayah Antarabangsa. Peristiwa penembakan bunuh diri oleh seorang Hakim Mahkamah Majisterit di wilayah Jala, iaitu Kanakotn Pianchana telah menyikap sebuah kebenaran terhadap proses pengadilan di Patani, khasnya terhadap penduduk melayu bangsa Patani.

No comments:

Post a Comment