Sunday 7 October 2018

DAERAH CENAK WILAYAH SENGGORA


Cenak dahulu 
Daerah Cenak masa silam adalah jajahan Negara Patani Darussalam, terkenal dengan jajahan Patani Barat yang sekarang meliputi 5 daerah sebelah selatan wilayah Senggora (baca:Songkhla) sekarang, yang mencakupi daerah Cenak (S;Ca’na’), daerah Sebaya (S;Sabayoi), daerah Tiba (S;Thepha), daerah Nawi (S:Nathawi) dan daerah Sadao. 

Merupakan asal negeri Patani, yang sekarang dipecah oleh Siam dan dimasukan kedalam wilayah Senggora. 


Setelah Patani jatuh ketangan siam dalam tahun 1785M. daerah Cenak (Patani Barat) diperintah oleh Siam dan diserahkan dibawah kawalan negeri Pattalung. 

dalam tahun 1796M. pula Phaya Cakri (Rama I) mengambil alih sepaya negeri Cenak kebawah kawalan (jajahan) negeri Senggora pula.  

Tahun 1901M. Rama V telah mengasas dan merasmikan negeri Cenak menjadi daerah (Ampho) dan mengasas kawasan Nawi (Nathawi) bernaung dibawah jajahan Cenak hingga tahun 1956M. dipisahkan daearah Nawi dari Cenak dan mengasaskan Nawi menjadui daerah sepenuhnya.  

Panggilan “Cenak” diambil dari sejenis pokok, dikenali juga dengan “Pokok minyak beruk” yaitu satu genus tumbuhan dalam famili Polygalaceae  yang berasal dari Asia Tenggara dan Australia. Nama botaninya Xanthophyllum, Pokok Minyak Berok tumbuh sehingga 30 meter (98 kaki) tinggi. 

Daunnya berbentuk bujur dan menirus pada hujungnya. Bunga pokok ini mempunyai bentuk yang panjang sehingga 15 sentimeter. 

Masa silam sejarah mencatatkan bahawa kawasan Cenak dan sekitarnya adalah medan perang Antara Patani dengan Siam, peperangan yang terbesar ialah gabungan kedah dan Patani menentang Siam, yang melibatkan 2 orang ulama Patani Syeikh Daud bin Abdullah Al-Fatoni dan Syeikh Abdul Somad Al-Palimbani, mereka berdua musafir dari Makkah bagi membantu peperangan rakyat Patani.

Yang mana syeikh Abdul Somad gugur Syahid dalam medan perang ini dan beliu dimakamkan di kampung Terap, mukim Canong, daerah Cenak sekarang. 

Oleh kerana berlaku beberapa kali peperangan menyebabkan rakyat jelata dan alim ulama terpaksa berhijrah melindungkan diri kenegeri jiran (Malaysia sekarang) hingga kini ramai terdapat anak cucu orang Cenak di negeri kedah ,Pulau pinang dan Perak.

Hatta ulama tersohor  Syeikh Abdur Rasyid Al-Fathani atau terkenal dengan Tok keramat Pulau Bidan, pun berasal dari Cenak.   Cenak sekarang Adalah salah satu daerah dari 16 daerah dalam wilayah Senggora.

Daerah Cenak terletak di sebelah timur ditengah wilayah Senggora. Sebelah utara bersempadan dengan Teluk Siam (laut Cina selatan) dan daerah Muang, sebelah selatan bersempadan dengan  daerah Nawi,  sebelah timur bersempadan dengan Teluk Siam dan sebelah barat bersempadan dengan daerah Namom, Hadyai dan Sadao wilayah Senggora. 

Memiliki keluasan 502.98 km2 dengan 14 buah mukim dan 139 buah kampung. 

Mempunyai sebuah Majlis perbandaran dan 14 Majlis pentadbiran mukim (Or.Bor.Tor). 

Demografi: Jumlah penduduk dalam daerah Cenak masa kini mengikut statistik dari jabatan statistik Negara Thai tahun 2017 M.  sebanyak 106.635 jiwa, terdiri dari kaum Melayu Muslim dan kaum Siam Budha.  

Geografi: kawasan timur daerah berlokasi tanah pesisiran pantai, kawasan tanah beris hutan bakau dan air payau seperti mukim Sakom, Taling Chan dan Natap, di tengah daerah pula kawasan tanah lembah dan Baruh (berpaya) sesui untuk bersawah padi, adapun kawasan mukim pedalaman kebanyakan lokasinya tanah lembah dan berbukit bukau, beberapa kawasan adalah kawasan tanah yang sangat subur.  

Ekonomi dan Kekayaan alam: Rakyat jelata kebanyakan bertani, bersawah padi, berkebun dan berdusun, dan perusahaan getah, dan menternakan binatang, bagi penduduk dipesisiran pantai pula bernelayan secara kecilan menghasilkan produk dari  bahan laut sepeti ikan kering, bilis, belacan dan sebagainya, ada juga yang berternakan  ikan air tawar dan air payau. 

Cenak  juga terkenal dengan perusahan ternakan burung ketitir terkenal diAsia tenggara yang menghasilkan Pendapatan yang lumayan.  

Kawasan Pentadbiran: Daerah Cenak mempunyai 14 Mukim dengan 139 buah kampung, (nama kampung dalam daerah ini kebanyakan dengan Bahasa Thai) antara nama kampung dalam kawasan ini adalah sebagai berikut:

1) Mukim  Khun Tad Wai mempunyai 8 buah kampung : 1.Kg.Paramai tok 2.Kg.Paramai Klang 3.Kg.Khum Tad Wai 4.Kg. Paramai Ook 5.Kg.Luang ca-on 6.Kg.Liab nai 7.Kg.Hua krating 8.Kg.Prong carakhe.    

2) Mukim Klong Piak mempunyai 11 buah kampung : 1.Kg.Paplu 2.Kg.Kuan mid 3.Kg.Payang 4.Kg.Chong khao 5.Kg.Nai Muang 6.Kg.Khuan hua chang 7.Kg.Sai khung 8.Kg.Salanam 9.Kg.Sek 10.Kg.Chaina 11.Kg.Maipasuk    

3) Mukim Khu mempunyai 9 buah kampung : 1.Kg.Khuton pradu 2.Kg.Phodeng 3.Kg.Nayam 4.Kg.Khu saksit 5.Kg.Khu 6.Kg. Tung 7.Kg.Not 8.Kg.Naprue 9.Kg.Plakpho.   

4) Mukim  Khae mempunyai 7 buah kampung : 1.Kg.Kokyang 2.Kg.Khae nua 3.Kg.Khae tai 4.Kg.Niat 5.Kg.Tung krok 6.Kg. Khu naisang 7.Kg.Samnak yo.   

5) Mukim Canong mempunyai 11 buah kampung : 1.Kg.Koksai 2.Kg.Turong 3.Kg.Plakpling 4.Kg.Khuntong 5.Kg.Pakjong 6.Kg. Hualem 7.Kg.Plaimuang 8.Kg.Tungsan 9.Kg.Terap 10.Kg.Khaocan. 11.Kg.Terap tai   

6) Mukim Taling Chan mempunyai 8 buah kampung : 1.Kg.Surau 2.Kg.Taling Chan 3.Kg.Paham 4.Kg.Pasir 5.Kg.Non 6.Kg. Natin 7.Kg.Nairai 8.Kg.Huangu.    

7) Mukim Thamosai mempunyai 11 buah kampung : 1.Kg.Thamosai 2.Kg.Raithamak 3.Kg.Prong ngu 4.Kg.Chang klod 5.Kg. Tung ce 6.Kg.Muang liwong 7.Kg.Khian duai 8.Kg.Preaw 9.Kg.Sapan hak 10.Kg.Wang han. 11.Kg.KHua khuan.   

8) Mukim Natap mempunyai 14 buah kampung : 1.Kg.Klong kha 2.Kg.Pakbang 3.Kg.Thayang 4.Kg.Tha klong 5.Kg.Mangon 6.Kg.Natap 7.Kg.Na smian 8.Kg.Tau-it 9.Kg.Khu namron 10.Kg.Puk. 11.Kg.Klong ting 12.Kg.Pakcod  13.Kg.Tamnop 14.Kg. Klong song.   

9) Mukim Nawamempunyai 12 buah kampung : 1.Kg.Nawa 2.Kg.Koktak nua 3.Kg.Koktak tai 4.Kg.Klong bon 5.Kg.Praca nua 6.Kg.Praca tai 7.Kg.Nanai 8.Kg.Khuan maipai 9.Kg.Khuan kiret 10.Kg.Walang 11.Kg.Khuan yang 12.Kg.Maetew    

10) Mukim Namkhao mempunyai 11 buah kampung : 1.Kg.Kokkae 2.Kg.Khutin 3.Kg.Okwad 4.Kg.Thakhu 5.Kg.Namkhao klang 6.Kg.Namkhao tok 7.Kg.Klong nge’ 8.Kg.Khu hua non 9.Kg.Ton riang 10.Kg.Nadi 11.Kg.Huanon    

11) Mukim Banna mempunyai 10 buah kampung : 1.Kg.Natok 2.Kg.Na 3.Kg.Klong luk 4.Kg.Kokked 5.Kg.Tung yai 6.Kg.Tha camuang 7.Kg.Langgar 8.Kg.Kokma 9.Kg.Namkem 10.Kg.Botonsek.    

12) Mukim Pacing mempunyai 9 buah kampong : 1.Kg.Pacing 2.Kg.Tung pra’ 3.Kg.Tonprang 4.Kg.Thaklong 5.Kg.Rai 6.Kg. Raidon fai 7.Kg.Selut 8.Kg.Huadin nua 9.Kg.Huadin tai.    

13) Mukim Sekom mempunyai 9 buah kampung : 1.Kg.Sekom hua non 2.Kg.Chin 3.Kg.Liab 4.Kg.Pakbang 5.Kg.Chaiklong 6.Kg.Plaicik 7.Kg.Bochon 8.Kg.Bonlan 9.Kg.Kokyang.    

14) Mukim Sapan Maiken  mempunyai 8 buah kampung : 1.Kg.Sapan maiken 2.Kg.Tung ook 3.Kg.Thalo 4.Kg.Sapan maiken opok 5.Kg.Saikao 6.Kg.Kasem rat 7.Kg.Sapan maiken klang 8.Kg.Rai(Banna).     

Agama,Bahasa dan Kebudayaan: Rakyat jelata 75% terdiri dari kaum Melayu Islam, Mereka adalah penduduk asal kawasan ini, mereka bertutur dengan Bahasa Melayu lahjah/logat keunikan tersendiri yang terkenal dengan “logat/pelek Cenak”, ada juga setengah kawasan yang sudah bertutur dengan logat Siam Tai (Thai selatan),   tetapi masih tetap dengan identitas Melayu Islam. 

Selebihnya adalah kaum Siam Budha, Mereka adalah pendatang kekawasan ini, hasil dari imegran Siam sejak Patani jatuh ketangan Siam, sebahagian kecil dari orang Cina yang berniaga disini. 

Mempunyai Masjid yang berdaftar dengan Majlis Agama Islam wilayah Senggora sebanyak 68 Buah (tidak termasuk Surau kecil, Balasah), Wad (Candi Budha) 27 buah. 

Dari segi pendidikan pula mempunyai Sekolah dasar Kebangsaan 54 buah,  Sekolah menengah kebangsaan 3 buah, Sekolah pondok (Madrasah 12  Buah, dan sekolah rendah Fardu Ain  (Tadika) 55 Buah. 

(mengikut korikolum sekolah Melayu dibawah persatuan tadika wilayah Senggora (PUTRA) 24 buah dan selebihnya mengikut korikolum fardi ain persatuan khuru’ sampan.) 

Antara alim ulama/Tuan guru terkenal masa silam kawasan ini ialah 
1) kawasan Kg. Surau :Hj. Abd. Somad Kg,Surau, Hj. Abd. Syakur bin Mohd. Nor, Hj.Cik Eel, Baba Su Hj. Yusuf, Hj.Abd.Lah bin Hj.Abd.Syakur 

2) Kawasan Kg.Melayu Pekan Cenak :Hj. Mohd. Nor bin Hj.Soleh, Hj.Husin bin Mohd. Nor, Hj. Ahmad Pitakkumpul Bendang bara, Hj, Ahmad Batas Sana. 

3) Kawasan Kg, Kokket: Hj.Daud bin Ibrahim Paloh, Hj.Ramli bin Abd.Somad, Hj.Abd.Rasid Maprasit, Hj. Ahmad Himbu Jam besar daerah Cenak melambangkan Sangkar burung ketitir/merbuk.

4) Kawasan Kg. Dalam pagar: Hj. Ibrahim Mad Yatim 

5) Kawasan Kg. Dalam Pagar: Hj.Soleh Hj. Awang  

6) Kawasan Kg.Kokyang :Hj. Yusof Samak, Hj. Zakaria bin Hj.Yusof, Hj. Abd Rahim Sekom.

7) kawasan Kg. Koktak :Hj.Mohd Zain bin Husain, Hj. Abd Razak Hj. Mohd Zain,  Ayah El Hj. Ismail Koktak. 

8) Kawasan Kg. Temperak : Hj. Senik Watih, Hj.Watih bin Hj,senik  

9) Kawasan Kg. Kepala Tanah: Baba Kasim Kiamuddin. Baba Hj. Lah Kepala tanah 8) Kawasan  Paramai: Hj, Abd.Rahman Senik, Hj.Mad Nujom Abd. Rahman, Hj.Mahmud Ananta baripong,  Hj.Ahmad Hj.Mahmud, Mahmud Abdul qahar, 

10) Kawasan Tamosai: Hj. Hasan Yahya,  Hj.Husin Raman. 

11) Kawasan Kuanmid: Hj. Awang Cikpi, Hj,Lah Kuanmid 

12) Kawasan Kg.Terap : Hj, Ismail Sen, Hj,Mahmud iskmail, Baba Abd Azioz Terap, Baba Abd. Rahman Terap, Baba Abidin Terap dan Baba Hj. Ahmad Terap.

No comments:

Post a Comment