(1) Kerajaan Siam /Thailand dewasa ini dikategorikan
sebagai Negara yang “dipermalukan” dalam kes pelanggaran Hak asasi manusia.
Lebih-lebih lagi pemerintahan dibawah kekuasaan junta militer Jeneral Prayud
Chan-o-cha sejak 5 tahun kebelangan ini. Sehingga banyak aktivis politik, ahli
politik, intelektual dan aktivis kampus, bahkan peribadi yang tak disenangi
(Persona Non Grata) dipanggil ke kem tentera untuk diintrograsi dan diusul
periksa mereka dengan kejam dan melanggar Hak asasi manusia yang beradab.
(2) Khusus bagi pendudk Patani di selatan negeri itu. pemerintah telah memperlakukan undang-undang keamanan Negara, undang-undang perang, dan undang-undang keadaan darurat sejak belasan tahun yang lalu, sehingga rakyat di kawasan ini (bekas kerajaan Melayu Islam Fathoni/Patani) yang dijajah oleh Siam sejak tahun 1785M. Mereka hidup dalam kecemasan, ketakutan, penindasan, penzaliman yang berkepanjangan dan berlaku konflik yang tak berkesudahan.
(3) Baru-baru ini pemerintah junta militer penjajah Siam
menjalankan operasi kekerasan terhadap penduduk Melayu di kawasan daerah
Nongcik, Pattani. Dengan memperlakukan akta DOM (Daerah Operasi Militer) yang
melibatkan pasukan tentera darat, tentera laut dan tentera udara lebih dari
1,000 personal untuk mengepung kampung dikawasam mukim Kuala Terajam
(Baca:Thakamcham), Bangkau, dan hutan bakau Kg.Tanjung pauh, agar rakyat
menyerah diri dan mendaftarkan kenderaan, kereta , motorsikal, perahu,
alat-alat persenjataan dan bahan-bahan pertanian yang dicurigai sebagai
bahan pembuat letupan bom. Operasi DOM
tersebut untuk mencari penjenayah pembunuh 2 orang tentera hitam/renjer Siam
dikawasan itu. Sehingga membuat rakyat takut dan bahaya bagi dirinya dan
keluarganya dan rakyat tak dapat bekerja harian mereka. Bahkan rakyat takut
mahu pergi solat berjemaah di masjid sekalipun.
(4) Sungguh kejam dan bengis tindakan zalim ini. Bahkan
penduduk setempat kena tangkap lebih dari 10 orang. Sungguh pelampau melanggar
Hak asasi manusia keatas rakyat Melayu Patani. Itulah dasar imperialisme Siam
yang kolot, bengis, zalim diluar peri kemanisiaan yang adil dan beradab.
No comments:
Post a Comment