Sunday, 7 October 2018

BERITA RINGKAS@PERISTIWA BULAN SEPTEMBER (9/2018 M.)


2/9/2018M.   
-Tembak mati warga Siam sekelamin pemilik kedai perabot di Kg,Nikom Thepa, mukim Thamuang, daerah Tiba, wilayah Senggora. Kata polis kedai perabot ini pernah dibakar dalam serangan pada 2/8/2013M.   

3/9/2018M.   
-Seorang pemuda warga Siam berusia 34 tahun ditembak di Kg. Bendang luar, mukim Natham, daerah Muang, wilayah Jala. Mangsa cedera parah.    

4/9/2018M.   
-Tembak seorang pemuda Melayu berusia 31 tahun di Kg.Telok balik, mukim Riang, daerah Resak, wilayah Menara. Mangsa cedera parah.   
-Polis menahan seorang pemuda Melayu  dikenali saudara Ismail Watokmat dalam kes memasang bom ditiang elektri di Nat khamis, daerah Tungyangdeng, wolayah Pattani pada  11/8/2018 yang lalu.   

5/9/2018M.   
-Sabotaj membakar 2 buah kereta milik rakyat awam di Kg.Prukcing, mukim Thamuang, daerah Tiba, wilayah Senggora.   
-Seorang polis unit penembak gelap menembak 2 orang pemuda Melayu dikenali saudara Ruslan Haji Jafar berumur 25 tahun dan saudara Abd.Rahman Hama berumur 23 tahun di Kg.Kelawa, mukim  Tokjong, daerah Nongcik, wilayah Pattani. Mangsa cedera parah.     

6/9/2018M.   
-Seorang tentera Siam berpangkat Major meninggal dunia akibat serangan bom pada 26/6/2016M. depan Pondok Pungok, mukim Kelisa, daerah Tanjungmas, wilayah Menara.    

7/9/2018M.   
-Tembak 2 orang rakyat awam warga Melayu di Kg.Gelong Tereja, mukim Muangtia, daerah Maelan, wilayah Pattani. seorang mati dan rakannya cedera parah.   
-Tembak mati rakyat awam warga Melayu berusia 49 tahun di Kg. Telaga Sembilan, mukim Makmawi, daerah Yarang, wilayah Pattani.   
-Pihak tentera Siam menjalankan operasi mengepung kampung kawasan Kg.Laar, mukim Kedondong (Kadunong), daerah Teluban, wilayah Pattani. serta menahan 3 orang pemuda dalam kawasan kebun getah mereka dikenali 1) Midi Salaeh 2) Abdul karim Asae Dan 3) Maruding Ming.  bersama mereka sebutir tong ges berisi bahan letupan bom dan 2 buah motorsikal. 
-Menembak rumah milik Tok penghulu mukim Koto teras di Kg. Kuwo, mukim Kota Teras, daerah Raman,wilayah Jala. Tidak ada laporan cedera parah.   

8/9/2018M.   
-Sekumpulan pemuda lengkap dengan senjata menyerbu serta membakar pos kawalan keselamatan kampung (Cor.Ror.Bor), 2 buah rumah dan sebuah kereta pickup dan menembak unit pengawal kampung (Or.Ror.Bor) warga Siam menyebabkan 2 orang mati dan 2 orang lagi cedera parah. Peristiwa berlaku di Kg.Air Bala, mukim Chang Puak, daerah Canek, wilayah Menara.    
-Tembak mati seorang perempuan warga Melayu berusia 39 tahun di Kg. Kepala batas, mukim Lubok Bayas, daerah Jeringa, wilayah Menara.    

9/9/2018M.   
-Tembak mati seorang peraih durian warga Siam di Kg. Buloh seniang, mukim Kampung Rai, daerah Tantor, wilayah Jala.   
-Tembak mati seorang unit pengawal keselamatan kampung (Cor. Ror.Bor) upahan 4,500 warga Melayu berusia 62 tahun di Kg.Sungai Pandan, mukim Bana, daerah Muang, wilayah Pattani.   
-Sabotaj membakar kedai bengkel motorsikal milik warga Siam di Kg.Tonsek, mukim Banna, daerah Cenak, wilayah Senggora. 5 buah Motorsikal hangus dijilat api. kemudian ketika relawan tentera menyerbu ke tempat kejadian berlaku serangan bom di Kg.Kokma, daerah Cenak. tidak ada kecederaan dan kehilangan nyawa dilaporkan.   
-Seorang Pemuda Melayu berusia 27 tahun ditembak mati di Kg.Lamai, mukim Bongor, daerah Canek, wilayah Menara.   

10/9/2018M.   
-Seorang polis bertugas pegawal keselamatan Mahkamah wilayah Menara menembak mati isterinya dan membunuh dirinya dengan pistol peribadi di jalan Asia, dalam pekan Sungai Golok, wilayah Menara. Motif pembunuhannya akibat ketegangan konflik dan masaalah keluarga.   

11/9/2018M.   
-Sekumpulan pejuang Patani menyerang rondaan renjer unit renjer 4303 Pattani di Kg,Donor. Mukim Doyang, daerah Nongcik, wilayah Pattani. menyebabkan 2 orang renjer mati dan 4 orang lagi cedera parah.   

12/9/2018M.   
-Seorang Polis anti dadah di balai polis wilayah Jala dikenali Pol. Cpl.Atipong Sirosiwaporn menembak mati seorang pemuda Melayu dikenali saudara Ahmad Mong sa-a’ berumur 33 tahun di jalan Wiluwan, dalam pekan Jala. Major jeneral Kerisda Kewcandi ketua polis wilayah Jala mengatakan penembak tersilap tembak kerana disyakki pemuda tersebut adalah geng dadah.   

13/9/2018M.   
-Tembak mati seorang rakyat awam warga Melayu berusia 42 tahun di kampung Air cucok, mukim/ daerah Seri saga, wilayah Menara.   

14/9/2018M.   
-Seorang pemuda berusia 15 tahun ditembak mati di kampung Klong teng, mukim Resok ok, daerah Resak, wilayah Menara.   

15/9/2018M.   
-Tembak mati rakyat awam warga Melayu di kampung Maethi, mukim Lamplai, daerah Tiba, wilayah Senggora.    
-Unit pemusnah bom (E.O.D) memadam sebutir bom buatan sendiri mengisi bahan letupan bom dalam tong ges seberat 25 Kg. bom dikesan dalam sawah padi di kampung Cekhe, mukim Taba, daerah Takbai, wilayah Menara.   

16/9/2018M.   
-Left.Jen. Piyawat Nakwanich ketua angkatan tentera Thai Bhg. 4 dan Maj.Jen. Catuporn Kalampasut ketua tentera wilayah Pattani(Chor. Kor. Pattani) mengisytiharkan undang-undang darurat tentera (Khas) menguatkuasa keatas semua penduduk yang tinggal di dua mukim iaitu mukim Bang Khao dan mukim Kuala Terajam (Thakamcham), daerah Nongchik, wilayah Pattani. supaya mereka melaporkan diri mendaftarkan pistol, motosikal, kereta dan perahu. Bertujuan untuk memburu 8 orang suspek yang mendalangi serangan hendap keatas 6 orang renjer. Berkuatkuasa dari 

17-23/9/2018M.   
-Tembak pemuda Melayu di kampung Kelaba, mukim Trok bon, daerah Teluban, wilayah Pattani. Mangsa cedera parah.   

17/9/2018M.   
-Berlaku sabotaj khianat membakar beberapa buah wakaf tepi jalan raya serta sembur spray perkataan “PATANI PULA” dalam kawasan daerah Seri saga, wilayah Menara. Kata polis PULA (PATANI UNITED LIBERATION ARMY) dalah jaringan dari gerakan PULO.   
-Tembak mati warga Siam berumur 71 tahun di kampung Pruching, mukim Thamuang, daerah Tiba, wilayah Senggora. Polis mendapati selembar surat tabur mengisi “Oleh kerana tentera Siam menangkap orang awam Patani, maka aku akan membunuh warga Siam setiap orang”   
-Tembak rumah warga Siam di Kg, Klong pom, mukim/daerah Kokpor.,wilayah Pattani. Penghuni rumah perempuan berusia 39 tahun cedera parah.    

18/9/2018M.   
-Tentera Siam menahan saudara Arisman Cekte, atas tuduhan kes serangan melempar bom api kedalam Pejabat lektrik daerah Kokpor,Pattani pada 30/8/2018 yang lalu.   
-Tembak mati seorang rakyat awam Melayu berusia 39 tahun di Kg, Poksi, mukim Langgar, daerah Mayor, wilayah Pattani.    

19/9/2018M.   
-Sekumpulan bersenjata menyerang warga Siam dalam perjalanan pulang dari memburu babi hutan di kampung Cerang tadung, mukim Thathong, daerah Raman, wilayah Jala. Seorang pegawai polis wilayah Jala mati dan rakannya 4 orang lagi dalam keadaan cedera parah.    

20/9/2018M.   
-Aktivis Mahasiswa kampus Prince of Songkla University, Kampus Pattani (PSU), kampus Hadyai, Senggora. University Rajaphat Jala dan University Narathiwat Nakarin, Menara. seramai lebih 150 orang menggelarkan aksi peduli terhadap warga Pattani dan mengadakan solat hajat di masjid Kg, Bathan yang sedang dalam kepungan Operasi Darurat Militer di mukim Bangkhao dan Thakamcham, Daerah Nongcik, Pattani.   
-Seorang pemuda warga Siam berusia 29 tahun ditembak mati di kampung Kaonamtok, mukim Tebing tinggi, daerah Bendang Setar , wilayah Jala. Sebelum melarikan diri pelaku sempat melarikan motosikal milik mangsa.    

21/9/2018M.   
-Sabotaj khianat membakar menara telephon dan kabel elektrik di beberapa kawasan antaranya:    
1) Membakar Menara telepon rangkaian Dtac serta kabelnya di Kg. Tokjong, daerah Nongcik, Pattani.    
2) Membakar kabel elektrik di Kg, Kadok, mukim Lipat sango, daerah Nongcik, Pattani.   
3) Membakar kabel elektrik di Kg, Pengkalan kubu, mukim Lipat sango, daerah Nongcik, Pattani.   
4) Membakar Menara telepon Dtac di jalan raya Natawi, pekan Natawi, Senggora.   
5) Membakar kabel elektrik di Kg, Peraput, mukim/daerah Tiba, Senggora.   
6) Membakar wakaf tepi jalan raya di Kg, Pulau Lonang (Kok Lenang), mukim Pakbang, daerah Tiba, wilayah Senggora.
7) Membakar Menara telepon TOT serta kabelnya di Kg. Lampao, mukim Lamplai, daerah Tiba, Senggora.   
8) Membakar Menara telepon True muve dan Dtac serta kabelnya di Kg. Not, mukim Khu, daerah Cenak, Senggora.   

24/9/2018M.    
-Lebih 100 orang penunjuk perasaan terdiri dari penganut Bhuda “Jaringan warga Siam cinta kedamaian” yang diketuai oleh Phonpan Janlek berkumpul di hadapan bangunan Canselor Universiti Prince of Songkla Nakharin Kampus Pattani (PSU Pattani ). Bertujuan untuk menyerah surat bantahan dan memprotes kumpulan Jaringan Sivil Rakyat Untuk Kedamaian dan Permas yang mengguna kawasan universiti menggerakan bantahan terhadap penguatkuasa undang-undang tentera ke atas dua mukim di daerah Nongchik, Pattani.   
-Seorang pemuda Melayu berusia 29 tahun ditembak mati di Kg, Air Cenah, mukim Koksato, daerah Resok, wilayah Menara.   
-Seramai 50 orang rakyat awam Melayu dari Kg, Bumang, daerah Raman, wilayah Jala. terutama Waris kepada saudara Ahmad Mong sa-a yang ditembak mati oleh polis anti dadah Jala berhimpun depan Pejabat polis wilayah Jala merayu hal tentang perkembangan kes tembakan tersebut.   

25/9/2018M.   
-Berlaku kekecuhan terutama masyarakat Patani apabila Mahkamah jenayah kota Bangkok menjatuhkan hukuman penjara keatas pemuda-pemuda Patani dalam tuduhan merancang menyerang Kota Bangkok. 9 orang daripada mereka dihukum penjara dan 5 orang lagi dibebaskan antaranya:    
1) Hukuman Penjara 6 tahun keatas Mubari Kakna.    
2) Hukuman penjara 4 tahun terhadap 1.Tarmizi Toktayong 2. Abdul Basir Sikacik 3.Usman Kadeng Haji 4. Nikheng Majid 5. Amri Hak 6. Nurman Abu 7. Muftadin Salaeh dan 8.Tuan Hafiz Temung Kapas    
3) 5 orang lagi dibebaskan 1. Mizi Cekha 2. Patompon Mihi-e 3.Amran Mayi 4.Wirat Hamid dan 5.Zakaria Tamung.   Mereka terdiri dari pemuda yang bekerja di kota Bangkok dan beberpa orang mahasiswa dituduh merancang serangan kota Bangkok. Hukuman ini diprotes oleh aktivis kemanusiaan kerana bukti yang dirampas hanya bekalan budu dan bahan-bahan nasi kerabu dituduh sebagai bahan letupan bom.    

26/9/2018M.   
-Tembak mati timbalan Tok penghulu kampung Pohon Kuwa,
mukim Raweng, daerah Yarang, wilayah Pattani. Sebelum melarikan diri pelaku sempat merampas selaras senapang dan selaras pistol dari mangsa.    

27/9/2018M.   
-Tembak seorang rakyat awam warga Melayu berusia 44 tahun di Kg.Nat Tanjung, mukim Manangyong, dawerah yaring, wilayah Pattani. Mangsa cederav ringan.    

29/9/2018M.   
-Seorang renjer unit 4813 Becah Airong, Menara membunuh diri dengan pistol dalam bilik air di sebuah restoran di pekan Sungai golok, wilayah Menara. Motif pembunuhan akibat ketegangan.   
-Ketika 3 orang pemuda sedang memandu kereta di jalan Kg, Pondok, mukim Suari, daerah Resok, wilayah Menara. Mereka diserang dengan tembakan kearah mereka. Nasib baik mereka terselamat.   
-Seorang rakyat awam warga Melayu berusia 45 tahun ditembak mati dan anak tiri perempuannya berusia 15 tahun cedera ringan akibat tembakan di kampung Hutan berangan, mukim Telok Deraman, daerah Raman, wilayah Jala.




 KESIMPULAN   

Bulan 9/2018 M. Peristiwa pergolokan berlaku 43 kes. terbahagi kepada wilayah Pattani 13 kes, Jala 7  kes, Menara 12 kes, dan wilayah Senggora 11 kes.   
Berlaku serangan bom kesemua 2 butir sahaja (sebutir dikesan) yaitu sebutir diwilayah Senggora dan sebutir lagi di kesan dalam wilayah Menara.   
Tembakan dan pertemporan berlaku 30 kali: Masing-masing di Pattani 10  kali, Jala 7 kali, Menara 10 kali. dan Senggora 3 kali.    
Berlaku Sabotaj khianat dalam bulan ini sebanyak 11 tempat wilayah Senggora paling banyak 7 tempat diikuti Pattani 3 tempat dan Menara 1 tempat.   
Angkatan bersenjata Siam mati 8  orang dan cedera parah 5 orang, Rakyat awam mati 16 orang (warga Melayu 10 orang dan warga Siam 6 orang). 
Rakyat awam cedera 11 orang (warga Melayu 5 orang dan warga Siam 6 orang).  Pegawai kerajaan mati 1 orang ( warga Melayu).tidak ada yang cedera).   
Tidak ada Pejuang gugur Syahid dalan bulan ini, puluhan orang pemuda ditangkap dan dijatuhkan hukuman penjara 9 orang.




No comments:

Post a Comment