Thursday, 13 September 2018

PATANI : TANAH PUSAKA NENEK MOYANGKU


Fakta sejarah telah menyatakan asal usul keturunan bangsa Melayu/Nusantara yang berpindah dari Yunan (Cina) gelombang pertama yang dikenal dengan Porto Malay (500-1500 S.M.) seperti orang Dayak, Batak  dan Turaja.

 Adapun gelombang kedua yang dikenal dengan Melayu muda (Deutro Malay, 300-500 S.M.) seperti Jawa, Madura, Bugis dan Melayu.  

Baru –beru ini berlaku kekecuhan tentang isu berbangkit apabila sekumpulan kaum India Hindu di Malaysia mendakwa bahawa mereka adalah penduduk asal di Nusantara ini, orang Melayu adalah pendatang, dengan alasan; terdapat kesan-kesan tapak arkeologi candi-candi Hindu di Lembah Bujang, dan tapak tamadun tertua Asia tenggara di Sungai Batu, Kedah. 

Hal yang sama juga berlaku di Patani, ababila orang Siam Buhda mengaku bahawa mereka juga adalah penduduk asal di bumi Patani, Orang Melayu Patani sebagai imegran/pendatang ketanah ini. 

Hingga mereka menggelar orang Melayu Patani dengan “Ai Khek” (Pendatang), alasan yang sama juga mereka berkata terdapat candi Hindu dan Budha kawasan Patani seperti Tapak arkeologi Kota lama Kg.Calek, Yarang, dan lain-lain. Maka nenek moyang merekalah yang membinaaya. 

Fakta sejarah yang benar seperti dalam “Tarikh Patani” yang ditulis oleh Syeikh Faqih Ali bin Wan Muhammad Syeikh Shafiyuddin; bahawa orang Melayu adalah penduduk pertama di nusantara ini, kesan-kesan candi Hindu-Budha itupun dibina oleh orang Melayu beragama Hindu-Budha (sebelum kedatangan Islam), negeri tertua di semenanjung tanah Melayu adalah impayer LangKAsuka yang wujudnya sebelum Nabi Isa (A.S.) lagi, bahkan sebelum berdirinya  kerajaan Sukhothai lebih 1,200 tahun.  

Asal usul keturuynana Melayu Patani berasal dari Mongolia dan Cina keturunan Yafid bin Nuh melalui perpindahan penduduk gelombang kedua yang menetap dibumi kurnia Allah, bumi Patani, bumi serambi Mekah ini.

No comments:

Post a Comment