Thursday 13 September 2018

BERITA RINGKAS@PERISTIWA BULAN Ogos 8/2018 M.

Allah yarham Abdul Kadir 
Kote mantan ketua persatuan 
peguam Muslim Thailand
1/8/2018M.    
-Pihak keamananSiam mengepung kawasan Kg,Tebing, daerah Telupan, Pattani serta menahan 5 orang aktivis kemanusiaan Patani “JARINGAN MEMBELA MANGSA-MANGSA UNDANG-UNDANG DARURAT TENTERA (JASAD)” dikenali 1) saudara Ahmad fakri Cekmad 2)saudara Burhan Beraheng 3)saudara Nik Ahmad Fahri Saleh 4) saudara Romdon  Maresate  dan 5) saudara Fathi  Ali.     

2/8/2018M.    
-Seorang rakyat awam warga Melayu ditembak di Kg. Pauh, mukim Kalo, daerah Raman, wilayah Jala. Mangsa cedera ringan.    

4/8/2018M.    
-Tembak mati seorang rakyat awam Melayu berusia 26 tahun di Kg. Bukit Tambun, mukim Bukit, daerah Becah Airong, wilayah Menara.    


5/8/2018M.    
-Polis menahan 2 orang pemuda di Kg, Kokyakha, mukim Klongmai, daerah Yarang, wilayah Pattani. Mereka disyakki melakukan serangan bom mesin
ATM kawasan Yarang, Pattani bulan lalu.     

6/8/2018M.    
-Seorang pemuda berasal dari Kg.Kampung Rai, daerah Tantor, wilayah Jala. Ditahan pihak tentera Siam kerana disyakki bergabung dalam beberapa serangan kawasan ini.    
-Tentera Siam menahan lagi 4 orang pemuda kawasan Kg, Cemar 3 pohon, mukim Trokbon, daerah Teluban, wilayah Pattani. Kerana disyakki menyerang trak polis beberapa bulan lepas.     

7/8/2018M.    
-Tembak mati tok penghulu kampung Kubang badak, mukim Merbol tok, daerah Becah Airong, wilayah Menara di Kg, Bukit Bakong, daerah Jeringa, wilayah Menara.     
-Seorang pemuda Melayu cedera parah ditembak di Kg,Manang (cawangan Kg.Asin) mukim Jaha, wilayah Jala.   
-Sabotaj menebang pokok dan membakar tayar lama menghalang lalu lintas di Kg. Koknibong, Mukim Telok Mekna, daerah Tungyangdeng, wilayah Pattani.
-2 orang unit relawean tentera ditembak mati serta dibakar motorsikal milik mereka di Kg, Pelong, mukim Tokdeng, daerah Sungai Padi, wilayah Menara.    

8/8/2018M.    
-Seorang relawan tentera warga Melayu cedera parah akibat ditembak di Kg, Kokngor, mukim Plong Hoi, daerah Kakpho, wilayah Pattani.     
-Tembak mati seorang warga Melayu di Kg, Balate, mukim Langgar, daerah Mayor, wilayah Pattani.    

9/8/2018M.    
-Polis wilayah Jala mengesan dan merampas selaras senjata api di Kg, Budi, mukim Sateng nok, daerah Muang, wilayah Jala.     
-Polis kota Bangkok menjalankan operasi mengepung rumah sewa dan memetik DNA bagi pekerja Melayu Patani di daerah Ladkrabang, kota Bangkok. Dalam operasi ini mereka menahan 2 orang perempuan dan 5 orang lelaki berasal Patani.    

11/8/2018M.    
-2 beranak warga Siam ditembak mati oleh sekumpulan tidak mengenal pihak ketika perjalanan kepasar Pohon Jerai, di Kg, Belukar samak, daerah Bacok, wilayah Menara.    
-Seorang renjer warga Siam ditembak mati di Kg, Rawa, mukim Don, daerah Penarek, wilayah Pattani.    
-Pihak keamanan Siam menahan aktivis kemanusiaan Patani “Yayasan Nusantara” dikenali saudara Fais Maeyu di Kg, Belukar Samak, daerah Bacok, wilayah Menara.     
-Polis mengesan sebutir bom buatan sendiri dipasang ditiang elektrik di Kg, Nat khamis, mukin Natdam, daerah Tungyangdeng, wilayah Pattani.    

13/8/2018M.    
-Polis bantuan stesyen keretapi Hadyai, wilayah Senggora.  menahan polis yang bertugas di Balai polis wilayah Jala. berpangkat Police Corporal kerana menghantar dadah jenis Yaba(pil kuda) sebanyak 200,000 biji bernilai 24 juta bath kepada seorang renjer wilayah Menara. Yang akan sebarkan kepada Pemuda-pemuda Patani.     

14/8/2018M.    
-Saudara Nasori  Sekseng atau nama gelarannya Awae khelek
atau Haji Mae Mujahidin, penolong ketua Gerakan Mujahidin Islam Patani (GMIP) menyerah diri kepada kerajaan Siam di Kem renjer unit 4403 Kg, Telok Deraman, daerah Raman, wilayah Jala. Beliu mempunyai rekod waran tangkap 8 kes, 5 kes waran tangkap mahkamah Menara, 1 kes waran tangkap mahkamah Pattani dan 2 kes lagi dibebbaskan kerana tidak bersalah.     
-Seorang unit pengawal kampung (Cor.Ror.Bor) berusia 53 tahun ditembak mati dalam pos kawalan keselamatan Kg, Krado, daerah Yarang, wilayah Pattani.    

15/8/2018M.   
-Seorang warga Melayu berusia 58 tahun ditembak mati di Kg,Gading, mukim Lahar, daerah Jeringa, wilayah Menara.     
-Sebutir bom meletup ketika Seorang rakyat awam warga Siam sedang menagkap ikan di tebing baruh(Paya) Bemok, mukim Bukit Tong, daerah Yarang, wilayah Pattani. Mangsa cedera ringan.    

16/8/2018M.    
-Seorang pemuda Melayu berusia 23 tahun ditembak di Kg, Air pisang, mukim Bongor, daerah canek, wilayah Menara.    
-Pihak keamanan Siam menjalankan operasi mengepung kampung kawasan mukim Saeb dalam dan berlaku pertempuran dengan Pejuang-pejuang Patani di Kg, Telok gabus (cawangan Kg, Telok sentol) mukim Saeb dalam, daerah  Krong Pinang, wilayah Jala. Menahan 5 orang pemuda pejuang dikenali  
1) Abdullah Pota 2) Marusi Samoh  3) Saifu  Kalupe  4) Azuan  lubok  dan  5) Sanusi  Haji Kadir adapun yang gugur Syahid adalah 
1) Hatim  Tolema berusia 31 tahun, berasal Kg. Lael, mukim Membala, daerah Raman, wilayah Jala dan 2) Kariman  Matli berusia 28 tahun, berasal Kg, Pauh, mukim Membala, daerah Raman, wilayah Jala. Bersama ini pihak tentera Siam merampas selaras senapang jenis AK-47, 2 laras senapang jenis AK-102, 2 laras senapang jenis M-16 dan 2 laras pistol dari Mangsa.

18/8/2018M.    
-Sekumpulan bersenjata menembak polis sedang memandu kereta menuju pulang kekampung di Kg. Balak, mukim Pasir Jawa, daerah Teluban, wilayah Pattani. Mangsa bersama isterinya cedera ringan manakala anaknya berusia 2 tahun terselamat.    

19/8/2018M.    
-Serangan dengan tembakan keatas unit operasi bergerak 42 Kg, Lito, mukim Baroh, daerah Jaha, wilayah Jala. Tidak ada laporan cedera parah.    
-3 butir bom buatan sendiri jenis bom paip dilempar masuk kedalam kediaman warga Siam di Kg. Cembar (Camau), mukim Anak bukit, daerah Kokpor, wilayah Pattani. Manakala sebuah rumah berhampiran diserang dengan tembakan. 3 orang rakyat awam cedera dalam serangan ini.       
-Seorang rakyat awam warga Melayu berusia 54 tahun ditembak depan Ma’had Darul Huda (Pondok Tok Hadi), mukim Wangpaya, daerah Raman, wilayah Jala. Mangsa cedera parah.    

21/8/2018M.    
-Berlaku berbalas tembakan dalam operasi mengepung kampung di Ma”had Yua Islam (Pondok Nasa) mukim Lubok jerai, daerah Mayor, wilayah Pattani.
Menyebabakan seorang pejuang gugur Syahid dikenali saudara Syamsudin  Ma’sa  berusia 31 tahun berasal Kg,Air Pisang, mukim Bongor, wilayah Menara. manakala rakannya dikenali saudara Hasan Samael berusia 28 tahun berasal Seri saga, wilayah Menara ditahan polis.     

22/8/2018M.    
-Sebutir bom dilempar masuk kedalam kediaman sami dalam wat (Candi) Uraiwattanaram, dalam pekan Bacok, daerah Bacok, wilayah Menara. Tidak ada laporan cedera parah .    

25/8/2018M.    
-Sekumpulan pemuda lengkap dengan senjata menyerang kuarters polis dalam kawasan Balai polis mukim Cakuah. Kg, Telok Hala, daerah Raman, wilayah Jala. Tidak ada kecederaan dilaporkan.   
-Berlaku Serangan dengan tembakan kedalam kem kecil
Erawan di Kg. Temayu, mukim Erawan, daerah Weng, wilayah Menara. tidak ada kecederaan dilaporkan.    

26/8/2018M.   
-Tembak warga Siam ketika mangsa sedang membeli belah di sebuah kadai roncit kampung Jelapan mukim Suwari, daerah Resok, wilayah Menara. Mangsa cedera parah, manakala seorang pemuda pemilik kedai mati akibat peluru sesat.    
-Tembak mati timbalan tok penghulu (Sarawat kamnan) Berumur 68 tahun di Kg, Air Kelupang, mukim Banggol Petai (Kok Sator), daerah Resok, wilayah Menara.      

27/8/2018M.    
-Encik Abdul Kadir  Kote, Peguam bebas bagi mangsa konflik Patani dan mantan ketua Persatuan Peguam Muslim Thailand telah meninggal dunia pada 27/8/2018 M. akibat serangan jantung dan dikebumikan di Perkuburan Islam Kg, Raja, mukim Paklho, daerah Kokpor, wilayah Pattani.Beliu banyak berjasa dalam membela tertuduh kes keamanan di Patani.    

28/8/2018M.    
-Polis jumpa mayat warga Siam dibunuh di Kg, Budi, mukim Sateng nok, daerah Muang, wilayah Jala. 

29/8/2018M.

30/8/2018M.     
-Sekumpulan pemuda lebih dari 10 orang berseragam hitam lengkap dengan senjata meyerbu pejabat tenaga elektrik daerah Kabang di Kg. Bendang Dama, wilayah Jala, serta menahan/ memberkas 6 orang pegawai dan membakar pejabat tersebut, dan memebakar 2 buah pikap milik kerajaan. sebelum melarikan diri mereka sempat merampas selaras pistol. Pada masa yang sama berlaku serangan tembakan kepejabat elektrik daerah Kokpor. wilayah Pattani serta melempar bom api kedalam bangunan pejabat. nasib baik sempat dipadamkan.      
-Seorang relawan tentera warga Melayu berusia 55 tahgun ditembak mati dalam pasar berhampiran Masjid Kerisek, mukim Tanjung Lulok, daerah Muang, wilayah Pattani. Sebelum melarikan diri penembak sempat merampas pistol jenis .357 selaras milik mangsa. manakala 2 orang rakyat awam  cedera ringan akibat peluru sesat dalam serangan ini.      
-Letupan bom diumbi tiang elektrik kawasan Kg.Kayu kelat. daerah Weng. wilayayh Menara.  Menyebabakan gangguan bekalan elektrik secara meluas.     

31/8/2018M.     
- Tembak mati seorang peraih jual sayur ketika menuju kepasar pagi di Kg.Cabang empat, mukim Kok Saton, daerah Takbai, wilayah Menara. motif tembakan dalam siasatan polis.



KESIMPULAN   Bulan 8/2018 M. 

Peristiwa pergolokan berlaku  35 kes. terbahagi kepada wilayah Pattani 16 kes, Jala 7  kes, Menara 12 kes, tidak berlaku dalam  wilayah Senggor.   
Berlaku serangan bom kesemua 8 butir (sebutir dikesan) terbahagi Pattani 5 butir, Menara 2 butir tidak berlaku dalam wilayah Jala dan Senggora.   
Tembakan dan pertemporan berlaku 25 kali: Masing-masing di Pattani 9  kali, Jala 6 kali, Menara 10 kali. tidak berlaku dalam wilayah Senggora.    
Berlaku Sabotaj khianat dalam bulan ini sebanyak 3 tempat..   
Angkatan bersenjata Siam mati 5  orang dan cedera parah 2 orang, Rakyat awam mati 9 orang (warga Melayu 6 orang dan warga Siam 3 orang). 
Rakyat awam cedera 12 orang (warga Melayu 7 orang dan warga Siam 5 orang).  
Pegawai kerajaan mati 2 orang (kesemuanya warga Melayu).tidak ada yang cedera).   
Pejuang gugur Syahid 3 orang (2 orang Jala dan seorang di Pattani. dan lebih dari 22 orang ditahan  oleh pegawai keamanan Siam.   
Dalam bulan ini masih lagi berlaku pengkelidahan rumah rakyat, pencerobohan, pengepungan dan memeriksa Pondok dan mengepung kampung-kampung Melayu.




No comments:

Post a Comment