Thursday 13 September 2018

DAERAH-DAERAH PATANI BARAT


Patani Barat ialah kawasan 5 daerah sebelah selatan wilayah Senggora (baca:Songkhkla) sekarang, yang mencakupi daerah Cenak (S;Ca’na’), daerah Sebaya (S;Sabayoi), daerah Tiba (S;Thepha), daerah Nawi (S:Nathawi) dan daerah Sadao. yang merupakan asal negeri Patani, yang sekarang dipecah oleh Siam dan dimasukan kedalam wilayah Senggora. 

Selepas kejatuhan Kerajaan Siam yang berpusat di Ayuthia pada tahun 1767M. akibat serangan Burma, telah bangkit satu kuasa Thai iaitu Kerajaan Thonburi di bawah pemerintahan Raja Taksin. 


Raja Taksin berjaya mengalahkan Burma di Ayuthia dalam tahun 1776M, Siam telah menumpukan pula perhatiannya ke atas negeri-negeri di selatan semenanjung yang telah mengisytiharkan diri semasa perang Burma-Siam dahulu. 

Raja Taksin ini telah menyerang Kerajaan-kerajaan Melayu di Negeri Ligor (wilayah Nakhorn Seri Thamaraj sekarang), Cahaya (Chaiya dalam wilayah Surat Thani sekarang), Rundung (wilayah Ranong), Terang, Ghraibi/Gerbi (wilayah Krabi), Bukit/Thalang (wilayah Phuket), Bedalung (wilayah Phattalung) dan Singgora. 

Negeri Patani terselamat daripada serangan tersebut. Walaubagaimanapun, benteng terakhir negeri Melayu ini kemudiannya berhadapan dengan serangan demi serangan daripada pihak Thai. 

Hingga tahun 1785M. Phraya Chakri telah memerintah adiknya, Putera Surasi (Phraya Baworn Surasihanat) dengan dibantu oleh Phraya Senaphutan, Gabenor Pattalung, PalatCana dan Songkhla supaya menyerang Patani. 

Hingga Patani jatguh ketangan Siam. Semenjak itu kawasan Patani Barat (terkenal masa itu dengan negeri Cenak) diperintah oleh Siam dan diserahkan dibawah jagaan negeri Pattalung. Bersama dengan negeri Palian (kawasan wilayah Terang sekarang), Tiba dan Senggora.     

Dalam tahun 1796M. Phaya Cakri (Rama I) mengambil alih sepaya Patani Barat yang terkenal dengan negeri Cenak kebawah jagaan (jajahan) negeri Senggora pula.  Tahun 1901M. Rama V telah membahagikan kawasan Patani Barat kepada dua bahagian yaitu menjadi daerah Tiba dan daerah Cenak, mengasas negeri Cenak menjadi daerah (Ampho) dengan kawasan Nawi sekarang bernaung dibawah jajahan Cenak dan kawasan Sebaya pula bernaung dibawah jajahan Tiba. 

Hingga tahun 1924M. kerajaan Siam telah mengasaskan daerah baru pula dalam kawasan Sebaya diberi nama dengan “cabang daerah Bahoi” sampai dengan tahun 1956M. mengasaskan Nawi dan Sebaya menjadui daerah sepenuhnya.  Adapun daerah Sadao adalah sebuah mukim dalam jajahan Changlun, negeri Kedah DA. Setelah perjanjian Anglo Siam-Ingeris maka kawasan Sadao dibahagi menjadi sebahagian negeri Thai. 

Patani Barat sekarang adalah 5 daerah (jajahan) sebelah selatan dari 16 daerah wilayah Sengghora selain daerah Muang Songkhla, Hadyai, Krasesin, Klong hoi khong, Kuanniang, Namom, Bangklam, Ranot, Rataphum, Sating pra dan Singhanakhorn.  Patani Barat terletak di sebelah barat wilayah Pattani dan sebelah selatan wilayah Senggora, Lima daerah ini bersempadan dengan wilayah Pattani dan wilayah Jala disebelah Timur. bersempadan dengan negeri Kedah, Malaysia di sebelah Selatan. manakala di sebelah utara pula bersempadan dengan Teluk Siam dan Wilayah Senggora.


Lima daerah ini memiliki keluasan 3982.963 km2 Masing-masing daerah Sebaya seluas 852.81 km2 , daerah Tiba 978.0 km2 , daerah Cenak  502.98 km2,  daerah   Nawi   619.8 km2 ,dan daerah Sadao  1,029.373 km2.   

Demografi: Jumlah penduduk dalam 5 daerah ini mengikut statistik dari jabatan statistik Negara Thai tahun 2017 M.  sebanyak  457,247  jiwa, masing-masing daerah Sebaya 77,780 jiwa, daerah Tiba  77,892 jiwa, daerah Cenak 106.635 jiwa, daerah  Nawi 68,962 jiwa dan daerah Sadao 125,978 jiwa, terdiri dari kaum Melayu Muslim dan kaum Siam Budha. 

Geografi: kawasan timur daerah-daerah ini berlokasi tanah pesisiran pantai seperti daerah Tiba dan Cenak adapun kawasan pedalaman seperti daerah Sebaya, Nawi dan Sadau kebanyakan lokasinya berbukit bukau dan gunung ganang hutan rimba, adalah kawasan tanah yang sangat subur,  mempunyai beberapa buah gunung di sempadan Thai-Malaysia dalam kawasan daerah Sebaya dan Sadao. 
     
Ekonomi dan Kekayaan alam: Rakyat jelata kebanyakan bertani, berkebun dan berdusun, dan perusahaan getah, didaerah-daerah pedalaman, dan bernelayan secara kecil pada penduduk pesisran pantai dan ada juga yang berniaga.  

Kawasan  Pentadbiran: Lima Daerah ini mempunyai 49 Mukim dengan 427 buah kampung, antara lain adalah sebagai berikut:      

1) Daerah Cenak  mempunyai 14 mukim dengan 139 kampung antaranya : 1.Mk.Ban-na 2. Mk.Pacing 3.Mk.Sapan maiken 4.Mk.Sakom 5.Mk.Nawa 6.Mk.Nathap 7. Mk.Khun tadwai 8. Mk.Namkhao 9. Mk.Thamosai 10 .Mk.Canong 11.Mk.Khu 12.Mk.Khae 13.Mk.Khlong piak 14.Mk.Taling chan.   

2) Daerah Tiba mempunyai 7 mukim dengan 67 kampung antaranya: 1.Mk.Tiba 2.Mk.Pakbang 3.Mk.Koksaba 4.Mk.Lamplai 5.Mk.Tha muang 6.Mk.Wang yai 7. Mk. Sakom.     

3) Daerah Sebaya mempunyai 9 Mukim dengan 62 kampung antaranya 1.Mk.Sebaya 2.Mk.Tungpho (Hutan kelpa) 3.Mk.Pian (Pial) 4.Mk.Bannot 5.Mk.Canee (Bendang cCenai) 6.Mk.Khuha 8.Mk.Kaodeng 8.Mk.Bahoi 9.Mk.Thankhiri.     

4) Daerah Sadao mempunyai 9 mukim dengan 67 kampung antaranya 1.Mk.Sadao 2.Mk.Prik 3.Mk.Pangla 5.Mk. Samnak teow 5.Mk.Tung mo 6.Mk.,Tha pho 7.Mk.Padang besar 8.Mk.Samnak kham 9.Mk.Khao mikiat    

5) Darah Nawi mempunyai 10 mukim dengan 92 kampung antaranya 1.Mk.Natawi 2.Mk.Chang 3.Mk.Namosri 4.Mk.Khlong sai 5.Mk.Plaknu 6.Mk.Tha paradu 7.Mk.Saton 8.Mk.Tapchang 9.Mk.Prakop 10.MK.Klong kwang 

Agama, Bahasa dan Kebudayaan: Rakyat jelata terdiri dari kaum Melayu Islam dan Siam Budha, kaum Melayu adalah penduduk asal kawasan ini, mereka bertutur dengan Bahasa Melayu lahjah/logat keunikan tersendiri yang terkenal dengan “logat/pelek Cenak”, ada juga setengah kawasan yang sudah bertutur dengan logat Siam Tai (Thai selatan),  adapun kaum Budha adalah pendatang kekawasan ini, hasil dari imegran Siam sejak Patani jatuh ketangan Siam, daerah-daerah yang paling ramai umat Islam lebih dari 75 % ialah daerah Cenak, Tiba dan Sebaya, adapun daerah Sadao dan Nawi hanya 35 % sahaja, sebahagian kecil dari orang Cina berasal dari Cina komunis (PKM). Didapati masjid dalam 5 daerah ini sebanyak 264 buah,Wad( candi Budha) sebanyak 110 buah.

No comments:

Post a Comment