Orang Melayu Islam Patani (Selatan
Thailand) adalah orang tempatan bukan pendatang, pada asalnya Patani adalah
sebuah negara dan bumi Patani adalah hak milik Bangsa Melayu Patani.
Patani yang terletak di semenanjung Tanah Melayu antara Songkhla (senggora) dan Kelantan Malaysia, itu adalah lokasi asal kerajaan Melayu Hindu silam, yang terletak di semenanjung tanah Melayu (Utara Nusantara). Hanya dari segi geopolitik dijadikan sebahgian dari negara Thai, yang berteraskan agama Budha.
Namun bagi masyarakat Melayu mereka berpegang teguh dengan agama Islam,
berdasarkan sejarah Islam sampai ke Patani dan hampir seluruh kawasan di
nusantara pada abad ke 10 dan selapas 300 tahun, Islam mulai tersebar luas di
Patani apabila Sultan Ismail Syah Raja Patani pertama memeluk agama Islam pada
tahun 1457 m, Zamri Abdul Malik dalam bukunya yang berjudul pensejarahan
Patani, menyatakan masuknya Islam ke istana Patani berlaku pada sekitar tahun
800 masihi, melalui jalur perdagangan, khususnya dari timur tengah yang
berperanan dalam menyebarkan agama Islam di Patani, sehingga ianya menjadi
sebuah negara Islam, dinamakan (negara Patani Darussalam)
sebelum dijajah oleh kerajaan Siam, pada tahun 1785,
hingga sekarang.
Manakala di sudut
Bahasa masyarakat Patani menggunakan Bahasa Melayu dialek Patani. Walaupun sedikit
perbedaan dengan dialek Bahasa Melayu Malaysia, Indonesia, Brunai dan lain-lain
lagi yang terdapat di Nusantara ini, namun ia bisa dipahami. Begitu juga dengan
sikap keperibadian dan budaya hidup lainnya tidak jauh berbeza di antara Patani
dan seluruh nusantara.
Memang Patani
sangat ketinggalan dari setiap sudut dengan kawasan yang ada di Nusantara,
terutama di sudut politik. Bangsa Patani telah berusaha habis-habisan untuk
memerdekakan tanah air bersama-sama Indonesia, Malaysia dan Berunai Darrussalam.
Banyak para tokoh politik dan ulama Patani berjuang untuk menuntut hak
pertuanan, keadilan dan prikemanusian.
Sebagaimana Syeikh Daud Al Fathoni,
beliau seorang ulama lagi pejuang, Beliau lahir di kampung Kerisek Patani
sekitar tahun 1847m./1265 H, Syeikh Daud Al FaThoni pernah tinggal di Aceh
dalam rangka perlindungan suaka politik sebelum beliau berangkat hijrah ke
Mekah. Kampung Kerisek ini terkenal dalam sejarah oleh kerana di sini pernah di
kunjungi oleh Maulana Malik Ibrahim iaitu salah seoerang Wali songo, malahan
beliau pernah tingal dan mengajar di Kerisek Patani, ini sebelum berpindah ke
Jawa Timur.
Kerisek Patani ini juga ada kaitan dengan sejarah Melaka, iaitu
Hang tuah pernah menziarahi kampung Kerisek Patani, dengan buktinya telaga (sumur)
yang digunakan dengan nama beliau masih utuh sampai sekaarang, iaitu ( telaga
Hang tuah). Dan banyak lagi para ulama dari Nusantara pernah tinggal, mengajar
dan belajar di Patani.
Sekitar tahun 1930-1940an, sebagaimana gerakan Melayu
Raya (GEMPAR) yang dipimpin oleh Tengku Mahmud Mahyuddin bin tengku Abd Kadir
Kamaruddin, Raja Melayu Patani terakhir. Tengku Mahmud Mahyuddin memimpin
gerakan GEMPAR untuk membebaskan Patani. Pada 7 November 1947, Tengku Mahmud
Mahyuddin di undang oleh Presiden Soekarno dan Ruslan Abd Gani ke Jakarta.
Kedatangan Tengku Mahmud Mahyuddin ke Indonesia untuk mendapat sokongan secara
terbuka dalam usaha membebaskan Patani dari penjajahan Siam dan ingin menyertai
kemerdekaan Indonesia. Pada tahun 1954,
juga Haji Sulong bersama tokoh politik dan agama lainnya cuba membuat tuntutan
7 fasal terhadap pemerintah Thailand pada ketika itu, namun di tolak oleh Siam
(Thailand) akhirnya Beliau di tamatkan riwat hidupnya dengan tanpa pusara.
Dalam lingkaran geografi Nusantara,
Patani perlu diambil kira, walau bagaimanapun baik situasi sekarang maupun akan datang, Bangsa Patani tetap menganggap
bahawa Patani adalah bagian dari Nusantara, kebanyakan Orang-orang Patani lebih
cenderung berhijrah ke Malaysia, Berunai dan Indonesia ketimbang menghijrah ke
Bangkok, baik dalam usaha berniaga atau belajar, sekalipun mereka menghadapi
kesulitan dalam pengurusan passport dan izin tinggal, namun mereka lebih
bahagia dan seronok disegi persamaan hidup, kerana ia adalah serumpun, sebangsa dan seagama.
Bangsa Patani tetap berusaha untuk merebut
kembali Patani dari penjajahan Thailand. Namun dalam hal ini yang menjadi
cabaran bagi Patani adalah kaitan dengan politik ASEAN, kerana Thailand adalah
salah satu negara yang mencetusnya idea untuk menubuhkan Organisasi ASEAN, dan
ia sekali gus memperkokohkan kedudukanya di Utara Nusantara (Patani). Walau
bagaimanapun pengelompokan yang dibuat oleh Inggeris melalui perjanjian anglo
pada tahun 1909 m, sangat bertengan dengan kehendak rakyat tempatan.
No comments:
Post a Comment