Tuesday, 7 August 2018

NABI IBRAHIM (AS) SOSOK PENENTANG THOGUT


Nabi Ibrahim (AS) ialah seorang nabi yang dilahirkan di tengah-tengah masyarakat jahiliyah yang musyrik dan kafir. Beliau adalah anak Azar yang masih keturunan Sam bin Nuh. 

Nabi Ibrahim dilahirkan pada tahun 2295 sebelum Masehi, di negeri Mausul. 

Ayah beliau adalah seorang pembuat patung berhala dan beliau sendiri sangat membenci berhala-berhala itu. Beliau lahir pada zaman kerajaan Raja Namrud yang mengaku dirinya sebagai Tuhan. 

Nabi Ibrahim (AS) juga menjadi ketauladanan bagi pejuang khususnya pemuda-pemuda dalam menentang Thogut, menegakan kebenaran menghancurkan kebatilan. 

Kerana pemuda bernama Ibrahim berani menentang pekuasa diktatur raja Namrud, yang sangat zolim dan penindas rakyat, berani merusakkan dan menghancurkan berhala-berhala Thogut hingga ditangkap diceburkan kedalam api dan dibakar hidup-hidup. 

Bagi kaum ibu/Muslimah pula, siti hajar (isteri nabi Ibrahim) sebagai model untuk meneladaninya dalam kehidupan sehari-hari, yangmana ia sanggat taat kepada perintah Allah untuk tinggal di lembah yang kering kontang, sanggup mengerbankan segala kesenangan, sabar dan tetap berjuang meski ditinggal suaminya, bertawakkal dan bersyukur demi mendampingi perjuangan agong suaminya.



No comments:

Post a Comment