Tuesday 7 August 2018

DAERAH TAKBAI WILAYAH MENARA


Takbai dahulu      
Daerah Takbai diasaskan pada 12/8/1909M. Masa silam daerah Takbai adalah kampung “Cekhe” di bawah pemerintahan Malaya (Inggris), dalam “Perjanjian Taba” pada 10/3/1908M. 

Antara Siam dengan inggris dibahagikan kawasan Takbai kebawah taklukan Siam dengan ambil kira Sungai Sg.Golok sebagai sempadan Thai-Malaysia. 

Semasa itu Takbai dibawah jajahan negeri Legih (Tanjung mas) Nama asalnya adalah Daerah “Cekhe”   Orang Patani terkenal dengan Panggilan “Taba” atau “Cek-he” kerana pusat pentadbirannya terletak berhampiran disini. Sesetengah orang tua mengatakan perkataan “Taba” berasal dari nama seorang pengasas/ pembuka kampung kawasan ini. 

Ada juga yang mengatakan berasal dari “Tabal” berarti tabuh (beduk) yang dipalu ketika meresmikan penobatan raja.    

Takbai sekarang
Adalah salah satu daerah dari 13 daerah /jajahan wilayah Menara (Narathiwat). Daerah ini terletak di sebelah tenggara wilayah Menara, lokasinya kebayakan tanah rendah pesisran pantai,tanah beris hutan paya bakau.    

Sebelah utara bersempadan dengan daerah Telok Siam (lautan Cina selatan) dan daerah Muang wilayah Menara, sebelah timur bersempadan dengan daerah Tumpat, negeri Kelantan, Malaysia, sebelah selatan bersempadan dengan daerah Tumpat, negeri Kelantan dan daerah Sungai golok dan Sungai Padi. dan sebelah barat bersempadan dengan daerah Becah Airong dan daerah Muang Menara. 

Mempunyai keluasan seluas 253.45 Km2 / (148.125 rai) Meliputi 8 mukim dan 55 buah kampung. Mentadbir  dengan sebuah Majlis perbandaran (Tesaban) dan 7 buah Majlis Pentadbiran Mukim (Or.Bor.Tor).    

Daerah Takbai sebagai pintu sempadan keMalaysia melalui Penggkalan Kubor, daerah Tumpat, Kelantan. Sempadan Malaysia dan Thailand dipisahkan oleh Sungai Golok yang lebarnya di sini kira-kira 500 meter. 

Ramai penduduk sebelah menyebelah sempadan ini mempunyai tali persaudaraan dan sama-sama berbangsa Melayu dan beragama Islam.    

Pengkalan Kubor mempunyai kawasan bebas cukai yang menjual barang-barang, terutamanya pakaian, kasut, beg dan peralatan dapur pada harga yang amat berpatutan dan telah menarik banyak pengunjung kesini. perkhidmatan feri membawa penumpang menyeberangi sungai ke Pengkalan Kubu dengan dikenakan tambang yang berpatutan.    

Lahjah/logat Cekhe 
Ialah lahjah/logat kaum Siam kawasan Cekhe yang bercampur aduk Antara Bahasa Siam selatan (Tai) dengan Bahasa Melayu, logat Cekhe ini dituturkan juga oleh kaum Siam kawasan Penarek, Pattani dan kawasan mukim Bidil, daerah Tungyangdeng, Pattani, terdapat juga kaum Siam daerah Tumpat, kelantan bertutur dengan logat ini.   

Demografi: Jumlah penduduk daerar Takbai statistik dari jabatan statistik Negara tahun 2017 M.  lebih kurang 72,407 jiwa. Kebanyakannya keluarga pertanian.     

Geografi: Lokasinya tanah lembah pesisisran pantai, tanah rendah, hutan paya bakau, mempunyai 3 batang sungai terbesar ialah sungai Sg.Taba, Sg.Golok dan Sg Menara

Ekonomi dan Kekayaan alam: Rakyat jelata kebanyakan bertani, berkebun dan berdusun, dan nelayan secara kecilan. Rakyat jelata dikawasan ulu daerah barsawah padi dan ternakan binatang, adapun yang tinggal dipesisiran pantai mereka bernenayan dan menghasilkan produk dari bahan laut seperti budu, belacan, hasilan laut kering dan sebagainya.     

Kawasan Pentadbiran: Daerah Takbai mempunyai 8 Mukim dengan 55 buah kampung, kebanyakan nama kampung dalam kawasan ini diberi nama dengan bahasa Siam seperti ternyata dibawah    
1) Mukim Cekhe 8 buah kampung: 1.kg.Cekhe 2.kg.Bangnoi 3.kg.Rai 4.kg.Hua klong 5.kg.Pulau panjang.        6.kg. Kapung 7.kg.Patra pakdi 8.kg.Cekhe 2.   
2) Mukim Praiwan (Perawan) 10 buah kampung: 1.kg.Carok 2.kg.Saikao 3.kg.Tolang 3 4.kg.Klong lai        5.kg.Koksawad 6.Kg.Kubu 7.Kg.Kokyam 8.Kg.Sepom 9.kg.Badak Mati 10.Kg.Bung calam.   
3) Mukim Bangkhuntong 6 buah kampung: 1.kg.Bang Khun Tong 2.kg.Bawong 3.kg.Kok ngu 4.kg.Tung fai        5.kg.Kok Chumbok 6.kg.Jujor.   
4) Mukim Pron 6 buah kampung: 1.kg.Plak chang 2.kg.Kok pai 3.kg.Yai 4.kg.Kok Mamuang 5.Kg.Kok Yang        6.kg.Wad mai.   
5) Mukim Koksaton 9 buah kampung: 1.kg.Puyu 2.kg.Kok saton 3.kg.Seri Pangan 4.kg.Taliang 5.Kg.Kok kapak         6.kg.Santisuk 7.kg.Cabang Empat 8. Kg. Raja 9.kg.Chumbok.   
6) Mukim Salamai 8 buah kampung: 1.kg.Kok Mafuang 2.Kg.Tabang 3.kg.Salamai 4.kg.Klong tan        5.kg.Pula cek muda 6.kg.Sala ciak 7.kg.Klong lei 8.kg. Pula tok bisu.   
7) Mukim Kosit 5 buah kampung: 1.kg.Saring 2.Kg.Bongor 3.kg.Belukar 4.kg.Kok muba 5.kg.Plak pla.   
8) Mukim Nanak 4 buah kampung: 1.kg.Gebek 2.Kg.Tasek 3.kg.Pedado 4.kg.Kuala atas.     

Agama dan Kebudayaan: Rakyat jelata 80% terdiri dari kaum- Melayu Islam, mereka adalah warga asal yang bertapak disini, 20 % lagi  dari kaum Siam Budha dan sebahagian kecil dari orang Cina yang berhijrah  dari wilayah Funnan dalam abad ke 6 .     

Mempunyai Masjid jamek yang berdaftar dengan Majlis Agama Islam wilayah Menara sebanyak 35 Buah, Surau kecil/ Balaisah 67 buah, Wad (Candi Budha) 21 buah.      

Dari segi pendidikan pula mempunyai Sekolah dasar Kebangsaan 30 buah, Sekolah menengah kebangsaan 1 buah, Sekolah pondok 4 buah, Pondok pesantren 7 buah, sekolah Melayu  (Tadika) 35 Buah



No comments:

Post a Comment