Sunday, 5 August 2018

BERITA RINGKAS@PERISTIWA BULAN JULAI 7/2018 M.


1/7/2018M.   
-Jaringan bantuan waris mangsa kes keamanan. mengadakan kenduri memungut dana untuk membantu waris waris mangsa kes keamanan kawasan daerah Bendang Setar yang ditahan oleh pihak keamanan Siam bertempat di kampung Kemecah, daerah Bendang Setar, wilayah Jala.   
-Berlaku kemalangan kererta milik renjer unit 4514 Menara. di jalan raya Kg.Lubok sawa,daerah Bacok,wilayah Menara. Renjer mati seorang dan sakit parah 2 orang.   

2/7/2018M.   
-Sebutir bom buatan sendiri meletup ketika penoreh getah warga Siam sedang menoreh getah di kampung Kuye, mukim Saeb, daerah Krong Pinang, wilayah Jala. Mangsa cedera parah.   

3/7/2018M.   
-Tembak mati seorang warga Melayu berusia 45 tahun di Kg.Liseng dalam, mukim Cakuah, daerah Raman, wilayah Jala.   

4/7/2018M.   
-Letupan bom dalam kebun getah ketika penolong tok penghulu (Por.Ror.Sor) sedang menoreh getah di Kg. Resan dalam, mukim Tanah Putih, daerah Bendang Setar, wilayah Jala. Mangsa sakit parah.   
-Tembak warga Siam sedang memandu kereta di jalan raya pekan Lammai, daerah Muang, wilayah Jala. Mangsa cedera ringan.   
-Seorang perinsik tentera warga Melayu (gajian 4500 kup) berusia 62 tahun ditembak mati di Kg. Banggol Cenggal, mukim Paklo, daerah Kokpor, wilayah Pattani.   

5/7/2018M.   
-Letupan bom dalam kebun getah milik warga Siam di Kg. Bendang Jambu, mukim Gupor, daerah Muang, wilayah Jala. Mangsa cedera parah.   

6/7/2018M.   
-Mahkamah Jenayah wilayah Pattani, menjatuhkan hukuman mati terhadap 3 orang pemuda pejuang Patani dalam kes menembak peraih roti di Kg. Telaga Sembilan pada 16/12/2013M. mereka dikenali 1) saudara Ahmad Sabuding Samuyama 2)Ahmad Ramzi  Daud dan 3) Muhammmad Syukri Abdul Hanung   
-Polis mengesan bom jenis M.76 dalam sebuah dangau dalam kebun di Kg. Cok Timah, mukim Lael, daerah Jaha, wilayah Jala.  
-Seorang Pengawal keselamatan sekolah kebangsaan Belukar Samak berusia 50 tahun ditembak mati di Kg. Belukar perak, mukim Belukar Samak, daerah Bacok, wilayah Menara.   

8/7/2018M.   
-Seorang rakyat awam Melayu berusia 31 tahun ditembak mati di Kg.Latasuke, mukim Tebing Tinggi, daerah Bendang Setar, wilayah Jala.   

9/7/2018M.   
-Pihak keamanan Siam mengadakan operasi mengepung dan memeriksa sekolah Pengajian tinggi Islam darul maarif (PETIDAM), Pattani. dalam kompleks lama Majlis agam Islam wilayah Pattani serta memeriksa dukumen sekolah dan memetik DNA para mahasiswa  seramai 30 orang mahasiswi 30 orang dan para guru lebih dari 30 orang.   
-Tembak mati warga Melayu berusia 62 tahun di Kg. Badong, mukim/daerah Bacok, wilayah Menara. Mangsa cedera parah.   
-Letupan bom 2 batang tiang elektrik kawasan Kg. Tempuyak, mukim Cekhe, daerah Takbai,wilayah Menara. Menyebabkan gangguan bekalan elektrik secara meluas.   

10/7/2018M.   
-Seorang tentera perpangkat Sergeant Major ditembak mati di Kg. Comong, mukim Merbol ook, daerah Becah Airong, wilayah Menara.   
-Seorang penolong Tok penghulu ditembak di Kg. Telaga Sembilan, mukim Makmawi, daerah Yarang, wilayah Pattani. Mangsa cedera ringan.    

11/7/2018M.   
-Polis mengesan 2 butir bom dipasang dalam kebun getah di Kg.Bukit Jering, mukim Riang, daerah Resok, wilayah Menara.    

13/7/2018M.   
-3 orang pemuda Melayu dari wilayah Menara ditahan dalam sekatan jalan raya di daerah Kokpor, wilayah Pattani beserta senapang jenis M4A1 CARBINE serta peluru 30 das.   
-Polis perinsik dadah menembak pemuda Melayu berusia 17 tahun di Pantai telok limau nipis, mukim Keluwo, wilayah Menara. Mangsa cedera parah.   
-Seorang pemuda Melayu berusia 21 tahun ditembak di Kg. Cokbantang, mukim/daerah Bendang Setar, wilayah Jala. Mangsa cedera parah.   

14/7/2018M.   
-Tembak warga Melayu dalam kebun getah di Kg. Namwon, mukim Changpuak, daerah Canek, wilayah Menara. Mangsa cedera ringan.   

16/7/2018M.   
-Mahkamah wilayah Pattani menjatuhkan hukuman mati keatas saudara Ibrahim Sungaibaru berkenaan kes menembak warga Siam pada 12/9/2013M.   
-Menembak sekelamin warga Melayu di Kg. Kuala Tanjung, mukim Sungai Baru, daerah Nongcik, wilayah Pattani. Suami mati manakala isterinya cedera ringan.    

17/7/2018M.    
-Seorang tentera sempadan menembak mati pak mertuanya akibat ketegangan di Kg. Romklao, mukim Budi, wilayah Jala.   
-Seorang pemuda Melayu berusia 23 tahun ditembak mati dan rakannya berusia 17 tahun ditembak cedera parah. Peristiwa berlaku dikampung Telok, mukim Riang, daerah Resok, wilayah Menara.   

18/7/2018M.   
-Seorang rakyat awam Melayu berusia 31 tahun ditembak mati dan rakannya cedera parah ditembak di Kg. Belukar Jering, mukim Belukar Samak, daerah Bacok, wilayah Menara.  
 
20/7/2018M.   
-Tembak seorang pemuda berusia 26 tahun di Kg. Air Pulong, mukim Mamong, daerah Sukirin, wilayah Menara. Mangsa cedera parah.   

22/7/2018M.   
-Tembak seorang relawan tentera ketika memandu kereta di Kg.Telok Panas, mukim Purong, daerah Krong Pinang, wilayah Jala. Mangsa cedera parah   

24/7/2018M.   
-Sekumpulan bersenjata menembak periok api elektrik di tiang elektrik Kg.Sete (setam) mukim Sako, daerah Sungai padi, wilayah Menara. Menyebabkan gangguan bekalan elektrik secara meluas.   

25/7/2018M.   
-Polis menemui mayat warga Melayu berusia 65 tahun berhampiran Kem pileng di Kg. Pileng Tai, daerah Becah Airong, wilayah Menara.    
- 4 orang warga Siam diserang dengan tembakan ketika memburu babi hutan di kampung Telok Bukit, mukim Riko, daerah Sungai padi, wilayah Menara. mangsa kesemua cedera parah.    

31/7/2018M.   
-2 orang pemuda menaikki motorsikal menembak mati ustaz Adul Sima,berusia 46 tahun(Khatib Masjid Kok nibong dan tenaga pengajar Ma’had At-Tarkiah Islamiah, Menara). depan masjid Kg. Koknibong, daerah Maiken, wilayah Pattani.






KESIMPULAN 
 
Bulan 7/2018 M. Peristiwa pergolokan berlaku  28 kes. terbahagi kepada wilayah Pattani 4 kes, Jala 12  kes, Menara 12 kes, tidak berlaku dalam  wilayah Senggora.  

Berlaku serangan bom kesemua 8 butir 3 butir daripadanya dikesan, terbahagi kepada wilayah Jala 6  butir dan wilayah Menara 2 butir tidaka berlaku dalam wilayah Pattani dan Senggora.  

Tembakan dan pertemporan berlaku 20 kali: Masing-masing di Pattani 4  kali, Jala 12 kali, Menara 12 kali. tidak ada dalam  wilayah Senggora.    

Tidak berlaku Sabotaj khianat dalam bulan ini.  

Angkatan bersenjata Siam mati 2  orang dan cedera parah 3 orang, Rakyat awam mati 10 orang (warga Melayu 9 orang dan seorang warga Siam). 

Rakyat awam cedera 14 orang (warga Melayu 7 orang dan warga Siam 7 orang).  

Pegawai kerajaan warga Melayu mati 1 orang dan cedera parah 2 orang masing-masing seorang warga Melayu dan Siam.  

Tidak Pejuang yang Kurban Syahid dibulan ini, 4 orang dihukum marti oleh mahkamah, ramai lagi masih ditahan.  

Dalam bulan ini masih lagi berlaku pengepungan dan memeriksa Pondok serta memetik DNA seperti berlaku di PETIDAM Pattani.




No comments:

Post a Comment