Sunday 5 August 2018

Ogos: Bulan Kemerdekaan Nusantara

UCAPAN HARI ULANG TAHUN KEMERDEKAAN
Selamat menyambut Bulan Kemerdekaan Bagi Negara Malaysia dan Negara Kesatuan Republik Indonesia, Kami setiap lapisan rakyat Bangsa Melayu Patani Darussalam, baik yang berada di Patani  maupun di berbagai negara, mengucapkan “Selamat menyambut hari kemerdekaan Ogos 2018M, bulan kemerdekaan bagi kedua-dua negara Malaysia dan Indonesia, yang masih serupun dengan Patani  Darussalam.
Kemerdekaan adalah anugerah Ilahi,  pengorbanan  titisan darah dan  keringat para  pahlawan,  serta tokoh-tokoh perjuangan rakyat. Oleh itu kemerdekaan adalah harkat dan martabat bangsa yang layak dijunjung tinggi dan dirayakan dengan  penuh meriah serta bersemangat, sebab era pengisian nikmat kemerdekaan. 

Sekali pun kami Rakyat Bangsa Melayu Patani Darussalam masih berada dalam cengkeraman Siam Thai, bulan Ogos 2018 ini adalah merupakan bulan kesatuan jiwa Runpun Melayu yang sangat mendalam,  untuk mendorong semangat perjuangan kemerdekaan kami Bangsa Melayu Patani, di Selatan Thailand. 

Dalam kesempatan ini, kepada putera/puteri  di mana jua berada, di tanah air maupun di setiap penjuru dunia, kami menyeru bahawa, mari kita berganding tangan  bekerjasama untuk menumpaskan  penjajah  Siam/ Thai keluar dari bumi ibunda , kerana ia adalah  pusaka yang diwarisi oleh nenek moyang kita kepada kita. 

Sekali lagi kami menghimbau kepada putera/puteri bangsa kita,apakah kita rela menjadi alat adu-dumba Oleh bangsa Thai/Siam? Apakah kita rela menghisap darah bangsa kita sediri? Apakah kita rela melihat puteri bangsa kita menjadi alat kepuasan hawanafsu oleh tentera penjajah Thai? Apakah kita rela melihat pemuda kita diracuni dengan melalui obat-obat terlarang (dadah) oleh Siam/Thai? Apakah kita rela menjadi miskin? Sementara hasil kekayaan dari sumber alam dihisap oleh Bangsa Siam/Thai.

Kepada Pahlawan Patani yang  semangat berkobar, daya juang yang tinggi, mereka sanggup korbankan jiwa raga, sanggup memikul beban dan tanggungjawab terhadap amanah penderitaan rakyat demi perjuangan. Selalu   menyedarkan rakyat tentang perjuangan, menyusun dan mengorganiserkan rakyat untuk mempertemukan dalam barisan dan dibawah naungan panji perjuangan kemerdekaan. Bangsa yang mulia adalah bangsa yang memiliki pembela dan mengingati jasa-jasa pahlawan.

Akhir kata di hari dan bulan kemerdekaan Negara Malaysia dan Indonesia. Merdeka. Merdeka. Merdeka. Dari kami seluruh Bangsa Melayu Patani Darussalam, mengucapkan selamat merdeka dan Patani segera merdeka.

OGOS DILAYAR MERDEKA
Ogos dilayar Merdeka
Terhitung dirakaman jiwa
Ogos menjiwai jelata merata
Dikepulauan semenanjung- tanah Melayu raya
Ogos memuntah ketulan-ketulan  darah kelautan gelora
Merentasi sungai-sungai yang berbuih warna...
Merah pekat lambang kepahlawanan perwira satria..
Ogos menyala api menghangus bumi 
Membakar hutan liar yang semak samun berbelantara
Teragam dalam memori mengenai kembali..
Walau tak dipawagam dan tak dilayar kaca nusantara
Ogos dilayar merdeka
17 Ogos merdeka Indonesia
31 Ogos Malaysia dimerdeka
Awal Ogos menyala hangus didada tanah pusaka
Ogos mencipta lambaran sejarah Melayu raya dan...
Agar.. berterusan memperodukan layar merdeka.
Merdeka Merdeka Merdeka.

No comments:

Post a Comment