Bulan September ini, sekali lagi rakyat Patani
menyelubungi oleh keadaan cemas, derita, ketakutan dan kesedihan apabila
berlaku seorang polis dari unit penembak gelap (Team pengutip) menembak 2 orang
pemuda Melayu di Tokjong, Nongcik, Pattani.
berapa hari kemudian berlaku kes
yang sama dengan menembak mati seorang pemuda di pekan Jala.
Pada pertengahan
bulan pula ketua angkatan tentera Bhg.4 mengisytiharkan undang-undang keadaan
darurat dalam beberapa kawasan daerah Nongcik, diikuti pula dengan gabungan
penganut Budha memprotes kumpulan jaringan sivil rakyat untuk kedamaian dan
aktivis Permas (Persekutuan Mahasiswa Anak muda dan Siswa Patani) yang mengguna
kawasan universiti Songkhla kampus Pattani,
menggerakkan bantahan terhadap
penguatkuasa undang-undang tentera kawasan Nongchik.
dan diakhiri dengan
Mahkamah jenayah kota Bangkok memfitnahkan 14 orang pemuda Patani dengan
menjatuhkan hukuman penjara dengan sebab membekalkan budu. Konflik Patani kini
mencecah 15 tahun,
mendambakan kematian dan cedera luka, jumlah kurban mati
tercapai 8,000 orang, hampir separuh terdiri dari warga rakyat awam, cedera
luka pula tercapai 13,000 orang. Separuhnya juga adalah rakyat awam.
Kebanyakan
mangsa kurban akibat tembakan. Menjadi
tanda Tanya kepada rakyat awam Patani khususnya dan masyarakat dunia umumnya
bahawa siapakah pelakunya?.
Dengan insiden di Nongcik awal bulan ini sudah
terjawab, apabila seorang polis yang dikenali Lt.Col.
Tirapat Thanimpan,
bertugas di Balai Polis Belukar Samak, wilayah Menara. Bersama sebuah pickup
peribadinya menembak 2 orang pemuda ketika perjalanan ke tempat kerja, sesudah
itu dia ingin merempuh dan menggilis motorsikal mereka, tetapi nasib tidak baik
kereta yang dinaikkinya terjunam ke dalam parit, setelah dibawa ke balai polis
wilayah Pattani diberi alasan yang tidak masuk akal oleh ketua polis wilayah
Pattani bahawa polis ini tidak normal.
Rahasia misteri yang terpendam sudah
terbongkar, yang mana selama ini setiap kali berlaku insiden penembakan dan
pembantaian terhadap umat Islam Patani, rakyat sudahpun terbuka mata,
hakikatnya mereka inilah pelakunya, mereka adalah “UNIT PENEMBAK GELAP” atau dikenali
oleh orang Patani dengan “TEAM PENGUTIP”.
Info yang jelas bahawa masa kini
kerajaan Siam sudah melantik unit penembak gelap seramai lebih 800 orang,
mereka terdiri dari pegawai polis, tentera, tentera hitam (renjer), relawan
tentera dan angkatan bersenjata lainnya, mereka diberi hak untuk menembak
sesiapa saja asalkan mereka orang itu Melayu Patani, mereka diberi perlindungan
dan tidak akan ambil tindakan undang-undang.
Inilah nasib bangsa Melayu Patani
!.
No comments:
Post a Comment