Friday 9 November 2018

BERITA RINGKAS@PERISTIWA BULAN OKTOBER (10/2018 M.)


1/10/2018M.
-Tembak Seorang guru besar(warga Siam) sekolah kebangsaan Kg. Nabo, di Kg. Pombing, daerah Penarek, wilayah Pattani. mangsa cedera ringan.
-Pemuda warga Siam berusia 18 tahun ditembak di Kg. Kaset, daerah Tantor. Wilayah Jala. Mangsa cedera parah.
-Pihak Keamanan Siam Menahan 4 orang Cikgu sekolah Melayu (Tadika) kawasan Pombing, daerah Penarek, wilayah Pattani. Disyakki bergabung dalam penembakan guru Siam sekolah kebangsaan Kg. Nabo, 

3/10/2018M.
-Seorang rakyat awam warga Melayu berusia 40 tahun ditembak di Kg. Merbol jatuh, daerah Tanjung Mas. Wilayah Menara. Mangsa cedera.

4/10/2018M.
- Ranjer daerah Canek menahan seorang pemuda ketika menghantar bekal makanan kepada pejuang di bukit Kg, Anae, mukim Bongor, daerah Canek, wilayah Menara.
- 2 beranak warga Siam Kontraktor pembinaan Masjid Kampung Bagih, daerah Tungyangdeng ditembak mati ketika sedang minum dalam kedai kopi Kg, Khuan, mukim Bidil, daerah Tungyangdeng, wilayah Pattani.
-Berlaku tembakan kearah rumah rakyat awam Kg. Kubang libis, mukim Lahar, daerah Jeringa, wilayah Menara. Tidak ada kecederaan dilaporkan.

5/10/2018M.
-Seorang rakyat awam bertugas mengawal keselamatan sekolah kebangsaan kampung Pata raya ditembak di Kg, Pata raya, mukim Kekra, daerah Raman, wilayah Jala. Mangsa cedera parah.
-Tentera Siam menahan seorang pemuda dikenali saurara Zakaria Kenok berusia 36 bersasal Kg. Tali air, daerah Yaring, wilayah Pattani.
-Rakyat awam menemu surat tabur kawasan pekan Nat khamis, daerah Tungyangdeng, Wilayah Pattani mengisi perkataan”Orang Siam Budha takak hidup senang, selagi kerajaan Siam masih menzalimi rakyat Patani.

6/10/2018M.
-Seorang Ranjer bertugas di unit ranjer 41 wilayah Menara di serang dengan bom yang dipasang bawah perut kereta hadapan kediamannya di wilayah Ranong. Mangsa cedera parah.
-Tembak mati seorang unit pengawal kampung (Cort.Ror. Bor) berumur 53 tahun merangkap relawan kesihatan kampung(Or.Sor.Mor) Kampung Carak Bongor di pasar malam Kampung Leweh, mukim Telok Mekna, daerah Tungyangdeng, wilayah Pattani.

7/10/2018M.
- Seorang pemuda Melayu berusia 34 tahun ditembak di Kampung Cenggal, mukim Posen, daerah Muang, wilayah Jala. Mangsa cedera ringan.
-Seorang rakyat awam berumur 47 tahun ditembak dikampung Lubok batu, mukim Temeyung, dawerah Seri sakon, wilayah Menara. Mangsa cedera parah.

8/10/2018M.
-Unit operasi khusus wilayah Pattani dan wilayah Senggora lebih dari 100 personal mengepung 9 buah rumah kawasan Kg. Sawan, mukim Sakom, daerah Tiba, wilayah Senggora. serta menembak mati seorang pemuda Melayu. Syahid dikenali saudara Mad Daud Semsan berusia 40 tahun berasal Kg. Ramai, mukim Pial, daerah Sebaya, wilayah Senggora. kata polis mangsa adalah bergabung dalam menyamung kereta di Nathawi,Senggora pada 16/8/2017M. 

11/10/2018M.
-Tembak mati seorang mantan ranger warga Melayu di kg, Kejar, mukim Pakaharang, daerah Nongcik, wilayah Pattani.
-Sekumpulan bersenjata disyakki pejuang Patani menyerang rondaan polis sempadan (Tor. Chor.Dor) unit 4301 di Kg. Bendang Panjang (Cawangan Kg.Pupo) mukim Samakki. Daerah Resok. Wilayah Menara. Pois cedera parah 3 orang.

15/10/2018M.
-Sabotaj menggantung bendera gerakan PULO di beberpa kawasan dalam daerah Tanjung Mas, wilayah Menara.
-Seorang Siam warga emas berusia 81 tahun ditembak mati di kampung Kokchan, mukim Tokjong, daerah Nongcik, wilayah Pattani.

16/10/2018M.
-Seorang rakyat awam warga Melayu berumur 36 tahun ditembak mati di kamuong Sintok, mukim Saban, daerah Yaring, wilayah Pattani.
-Berlaku serangan tembakan keatas rumah rakyat awam warga Melayu dalam pekan Kotabaru, daerah Raman, wilayah Jala. tidak ada kecederaan dan kehilangan nyawa dilaporkan.

18/10/2018M.
-Serangan motorsikal bom keatas kereta perisai polis daerah Resok di taman reakreasi Suan kancana, pekan Jabat, daerah Resok, wilayah Menara. 5 orang polis cedera parah termasuk seorang timbalam ketua polis daerah Resok.

19/10/2018M.
-Sekumpulan bersenjata menyerang kuarters polis serta berlaku pertemporan Antara dua pihak di kuarters polis Bukit kubu, kamung Belukar, daerah Jaha, wilayah Jala. 
-Menyerang tembakan kerumah polis Siam perpangkat Pol. Sen.Sgt.Maj. di kamung Dokrok, daerah Nongcik, wilayah Pattani. tidak ada kecederaan dilaporkan.
-Polis daerah Thacana. Wilayah Surat thani menahan tentera laut berusia 50 tahun bertugas di gerakan operasi keamanan dalam negeri (Kor. Or.Ror.Mor.Nor) bersama pil kuda (ubat gila) 600,000 biji dan ubat batok 6 Kg. yang akan diedarkan kepada pemuda-pemuda Patani.

20/10/2018M.
-4 orang pemuda menaiki 2 buah motorsikal lengkap dengan senapang jenis AK.47 menyerang pos kawalan keselamatan polis dikampung Bantai, dalam pekan Teluban. Wil;ayah Pattani. tidak ada laporan cedera parah.

22/10/2018M.
-Tentera Siam menahan mantan ketua dewan mahasiswa University Ramkamheng, kota Bangkok merangkap mantan bahagian penerangan kumpulan mahasiswa Melayu wilayah sempadan selatan (PNYS) kota Bangkok, di pekan Jabat, daerah Resok, wilayah Menara. Mangsa dikenali sauara Abdul Jalil Haji Doloh.

23/10/2018M.
- Letupan bom dalam kedai tayar di jalan Siroros sai 2 pekan Jala.tidak ada kehilangan nyawa dilaporkan hanya kedai yang rusak.
-Tentera Siam menahan seorang cikgu tadika (Sekolah Melayu) dikenali saudara Kariman Cekma di Kg.Pasir putih, mukim Paku, daerah Tungyangdeng, wilayah, Pattani.
-berlaku sabotaj sembur spray perkataan “PATANI MERDEKA” di beberapa kawasan sererti berikut 1) Jambatan Jalan raya Jala-Betong kawasan Kg,Kampung Rai, daerah Tantor, Jala. 2) Kawasan kampung Cerang, daerah Bacok, Menara. 3) Kampung Jelapang, mukim Suwari, daerah Resok, Menara. 4) Kampong Tajar, daerah Resok, Menara. 5) Jambatan Lahar Mas, daerahCanek, Menara.

24/10/2018M.
-Tembak tok penghulu (Tok Kemnan) mukim Telubok, daerah Muang, wilayah Pattani dikenali Matroning Cako berusia 58 tahun di Kg, Pupok, mukim Telubok, daerah Muang, wilayah Pattani. Tok kemnan cedera parah dan seorang rakyat awam berusia 52 tahun cedera ringan akibat peluru sesat.

25/10/2018M.
-Komuniti rukun tetangga dan Rakyat awam sekitar Kg.Padang Langgar berhimpun depan Sekolah kebangsaan Bankhai, Mukim Pulok Puyo, daerah Nongcik, wilayah Pattani. menggesa pihak Komando Operasi Keamanan Internal Wilayah 4, sepaya mengambil tindakan kepengadilan serta memecat jawatan keatas seorang ranjer yang mencabuli seorang anak gadis bawah umur berusia 12 tahun berasal kampung Nat pohon nibong yang sedang belajar disekolah tersebut, perhimpunan ini disokong oleh beberapa NGOs tempatan seperti saudari Anchana Himmina ketua yayasan Duaychai, saudara Ayub Cena ketua jaringan kemanusiaan Patani, saudara Hasan Yamadibu kumpulan Bunga raya, saudara Arifin Soh kumpulan Patani Resources, saudara Prajkiat Waroh dan saudara Ismail Tih jaringan hak kemanusiaan Patani(HAP).
-Tentera menjalankan operasi mengepung kampung Melayu serta menahan 5 orang rakyat awam termasuk seorang guru sekolah kebangsaan Lubok Panjang, mukim/daerah Kabang, wilayah Jala.
-Tentera Siam mengepung sebuah rumah di Kg. Lamai, mukim Bongor,daerah Canek, wilayah Menara. serta menahan seorang pemudi aktivis kemanusiaan Patani (PERWANI).

26/10/2018M.
- 2 orang rakyat Siam ditembak di Kg, Perak, mukim Paron, daerah Takbai, wilayah Menara. Mangsa kedua-dua cedera parah.
-Tembak seorang warga Siam di kampung Tungfai, mukim Bangkhuntong, daerah Takbai, wilayah Menara. Mangsa cedera ringan.

27/10/2018M.
-Sebutir bom buatan sendiri dilempar masuk kedalam bagunan majlis pentadbiran mukim (Or.Bor.Tor) Belukar Samak, daerah Bacok, wilayah Menara.
-2 orang pemuda menaiki motorsikal melempar bom depan Balai polis mukim Petai, daerah Jaha, wilayah Jala. Tidak ada laporan kecederaan.
-Sabotaj sembur spray perkataan “PATANI MERDEKA” dibeberapa tempat kawasan Nathawi dan Cenak, wilayah Senggora antaranya: 1) 3 tempat atas jalan raya Lamplai-Nathawi, di kampung Lamlong, daerah Nathawi, 2) Papan tanda nama kampung lamlong, Nathawi. 3) Kawasan kampung Naprue (Bendang Perah) mukim Khu, Cenak, Senggora 4) 2 tempat kawasan kampung Huadin, mukim Pacing, daerah Cenak, Senggora.

28/10/2018M.
-Unit pemusnahan bom (E.O.D)mengesan dan memadam sebutir bom dalam pekan Kota Baru, daerah Raman , wilayah Jala.
 -Seorang relawan tentera ditembak dalam pekan Jaha, wilayah Jala. Mangsa cedera parah.
-Sekelamin warga Siam ditembak dalam perjalanan menoreh getah di kampung Tungri, mukim Wangyai, daerah Tiba, wilayah Senggora. Mangsa cedera ringan.

30/10/2018M.
-Sabotaj sembur spray “PATANI MERDEKA” dan memasang bom palsu di jambatan kampung Takham, dan kampung Don, daerah Penarek, wilayah Pattani.


KESIMPULAN
Bulan 10/2018 M. Peristiwa pergolokan berlaku 44 kes. terbahagi kepada wilayah Pattani 12 kes, Jala 10 kes, Menara 13 kes, dan wilayah Senggora 9 kes.
Berlaku serangan bom kesemua 5 butir sahaja (sebutir dikesan dan sebutir bom motorsikal) yaitu 3 butir di Jala dan 2 butir di Menara.
Tembakan dan pertemporan berlaku 23 kali: Masing-masing di Pattani 9 kali, Jala 6 kali, Menara 6 kali. dan Senggora 2 kali.
Berlaku Sabotaj politik dan khianat dalam bulan ini sebanyak 16 tempat. wilayah Senggora paling banyak 7 tempat diikuti Menara 5 tempat, Pattani 3 tempat dan Jala 1 tempat.
Angkatan bersenjata Siam mati seorang dan cedera parah 11 orang, Rakyat awam mati 4 orang (warga Melayu seorang dan warga Siam 3 orang).
Rakyat awam cedera 11 orang (warga Melayu 5 orang dan warga Siam 6 orang).
Pegawai kerajaan cedera 2 orang (seorang Melayu dan Seorang warga Siam) tidak ada yang mati.
Pejuang gugur Syahid seorang dalan bulan ini, puluhan orang pemuda dan beberapa orang aktivis kemanusiaan ditahan pihak keamanan Siam.



No comments:

Post a Comment