Friday 9 November 2018

DAERAH TIBA (Thepha) WILAYAH SENGGORA


Tiba dahulu Daerah Tiba pada masa silam adalah jajahan Negara Patani Darussalam, terkenal dengan jajahan Patani Barat yang sekarang meliputi 5 daerah sebelah selatan wilayah Senggora (baca:Songkhla) sekarang, yang mencakupi daerah Cenak (S;Ca’na’), daerah Sebaya (S;Sabayoi), daerah Tiba (S;Thepha), daerah Nawi (S:Nathawi) dan daerah Sadao.

Merupakan asal negeri Patani, yang sekarang dipecah oleh Siam dan dimasukan kedalam wilayah Senggora. 

Setelah Patani jatuh ketangan siam dalam tahun 1785M. daerah Tiba diperintah oleh Siam dan diserahkan dibawah kawalan negeri Pattalung.

Hingga tahun 1796M. Phaya Cakri (Rama I) mengambil alih sepaya negeri Tiba kebawah kawalan (jajahan) negeri Senggora. 

Dalam Tahun 1901M. pula Rama V telah mengasas dan merasmikan daerah Tiba menjadi daerah (Ampho) dengan sepenuhnya.

Membangun pejabat daerah berhampiran muka kuala Sungai Tiba di kampung Praphut, hingga tahun 1932M. daerah Tiba makin maju setelah jalan keretapi merentasi kawasan ini dan pendudukpun makin ramai maka kerajaan Siam memindah pusat pemerintahan dari Praphud kekampung Thapru’ berhampiran stesyen keretapi sekarang.

Tiba masa silam taklukannya dari pantai timur di muka kuala Sungai Tiba hingga ke Kg.Pial, Kg.Bendang Cenai dan Kg, Khaodeng (Dalam daerah Sebaya sekarang) bersempadan dengan negeri Kedah.

Pusat pemrintahannya di Khaodeng yang mana terdapat kesan-kesan candi lama dan berhala Budha dalam gua Khaodeng. Panggilan “Tiba” (logat Patani”Tibo”) bermaksud tadang atau sampai di suatu tempat.

Claudius Ptolemy, seorang tokoh Yunani. Menyebut dengan “Atiba” manakala orang Siam mengubah panggilan “Tiba” kepada “Thepa” yaitu nama sejenis ikan dalam sepesis ikan Lais/Baung.

Masa silam sejarah mencatatkan bahawa kawasan Tiba, Cenak dan sekitarnya adalah medan perang Antara Patani dengan Siam, hingga kini terdapat makam para Syuhada bertaburan di pesisiran pantai Tiba.

Tiba sekarang Adalah salah satu daerah dari 16 daerah dalam wilayah Senggora, Daerah Tiba terletak di sebelah tenggara wilayah Senggora. 

Sebelah utara bersempadan dengan Teluk Siam (laut Cina selatan), sebelah selatan bersempadan dengan daerah Sebaya, sebelah timur bersempadan dengan daerah Nongcik dan daerah Kokpor wilayah Pattani. dan sebelah barat bersempadan dengan daerah Nawi dan daerah Cenak, wilayah Senggora.

Memiliki keluasan 978.0 km2 dengan 7 buah mukim dan 67 buah kampung. Mentadbir dengan 2 buah Majlis perbandaran (majlis perbandaran Tiba dan Lamplai) dan 6 Majlis pentadbiran mukim (Or.Bor.Tor).

Demografi: Jumlah penduduk dalam daerah Tiba masa kini mengikut statistik dari jabatan statistik Negara Thai tahun 2017 M. sebanyak 77,892 jiwa, terdiri dari kaum Melayu Muslim dan kaum Siam Budha.

Geografi: Daerah Tiba terbahagi kepada 3 lokasi.
1. kawasan tanah tinggi berbukit bukau terletak di sebelah barat dan selatan sesui untuk berkebun seperti getah dll.
2. Kawasan tanah lembah terletak di tengah daerah sesui untuk bersawah dan berdusun seperti padi, sayur-sayuran dan tembikai serta ternakan binatang dan
3. Kawasan tanah pesisiran pantai di sebelah timur daerah sesui untuk berdusun kelapa dan bernelayan. Mempunyai sebatang sungai “Sg. Tiba” yangmana punca air dari bukit Sintuk, pergunungan San kala kiri merentasi daerah Sebaya hingga kemuka kuala di Klong pradu, mukim Pakbang.
Dan beberapa sungai kecil seperti sungai Tok ji, Sungai Pial dan Sungai Rapa.

Ekonomi dan Kekayaan alam: Rakyat jelata kebanyakan bertani, bersawah padi, berkebun dan berdusun, perusahaan getah, dan menternakan binatang, bagi penduduk dipesisiran pantai pula bernelayan secara kecilan menghasilkan produk dari bahan laut sepeti ikan kering, bilis, belacan dan sebagainya, hasilan laut yang terkenal kawasan ini adalah belacan Tiba dibuat dari udang baring merah, ada juga yang berternakan ikan air tawar dan air payau.

Kawasan Pentadbiran: Daerah Tiba mempunyai 7 Mukim dengan 67 buah kampung, (nama kampung dalam daerah ini kebanyakan dengan Bahasa Thai) antara nama kampung dalam kawasan ini adalah sebagai berikut:

1) Mukim Tiba mempunyai 8 buah kampung: 1.Kg.Thapru 2.Kg.Peraput 3. Kg.Pru’mak (baruh Pinang) 4.Kg.Tadi 5.Kg.Pako (termasuk Kg. Pulau lesung) 6.Kg.Pa-on 7.Kg.Pakbang tiba. 8. Kg.Paktung.

2) Mukim Pakbang mempunyai 8 buah kampung: 1.Kg.Botey 2.Kg.Tuyong 3.Kg.Kok Lenang (Pulau lonang) 4.Kg. Klong pradu 5.Kg.Tapet 6.Kg.Nacu’ 7.Kg.Khuan Timun (Padang setimun). 8. Kg. Klong kwai.(Klong kerbau).

3) Mukim Ko’ saba Mempunyai 8 buah kampung: 1.Kg.Hua suan 2.Kg.Bo Namsom (Telaga Asam) 3.Kg.Kok saba 4.Kg.Krong itam 5.Kg.Kok payom 6.Kg.Pru tu 7.Kg.Khuan 8.Kg.Pru tok khon.

4) Mukim Lamplai mempunyai 13 buah kampung: 1.Kg.Lamplai bawah 2.Kg.Lamplai barat 3.Kg.Lamplai atas 4.Kg.Maeti 5.Kg.Tung pot 6.Kg.Tha sai 7.Kg.Prik 8.Kg.Lampao (Rapa) 9.Kg.Prayod 10.Kg.Lampao atas. 11. Kg. Tunglanchang 12.Kg.Tung pot 13.Kg.Khuan cedi.

5) Mukim Thamuang mempunyai 14 buah kampung: 1.Kg.Tha muang 2.Kg.Nacuak (Carak bisu) 3.Kg.Nikom tiba 4.Kg.Tae 5.Kg.Tung don (Padang Gedung) 6.Kg.Huay pling (Termasuk Kg, Pengkalan Keranji) 7.Kg.Prucing 8.Kg. Nong sarai 9.Kg.Put nimit 10.Kg.Khuan ran (Bukit torang) 11.Kg.Kok ko 12.Kg.Ton campada’ (Pohon cempedak)13. Kg.Nikom 14.Kg.Saiek

6) Mukim Wang yai mempunyai 8 buah kampung: 1.Kg.Klong yo 2.Kg.Pru kong 3.Kg.Kuan mak 4.Kg.Mai 5.Kg. Tung ri 6.Kg.Wang yai 7.Kg.Lok bon. 8. Kg. Khuan hin pao.

7) Mukim Sekom mempunyai 8 buah kampung: 1.Kg.Pakbang sekom 2.Kg.Sawan 3.Kg.Muang tham 4.Kg.Pakbang (Kuala Tiba) 5.Kg.Pru lumphi 6.Kg.Tha menglak 7.Kg.Sek 8.Kg.Kao noi.

Agama, Bahasa dan Kebudayaan: Rakyat jelata 60% terdiri dari kaum Melayu Islam, Mereka adalah penduduk asal kawasan ini, dan yang berhijrah dari Kelantan dan Patani, mereka bertutur dengan Bahasa Melayu lahjah/ logat Patani keunikan tersendiri yang terkenal dengan “logat/pelek Cenak/Tiba”, ada juga setengah kawasan yang sudah bertutur dengan logat Siam Tai (Thai selatan), tetapi masih tetap dengan identitas Melayu Islam.
Selebihnya 40% adalah kaum Siam Budha. 

Mempunyai Masjid yang berdaftar dengan Majlis Agama Islam wilayah Senggora sebanyak 65 Buah (tidak termasuk Surau kecil, Balasah), Wad (Candi Budha) 16 buah.

Dari segi pendidikan pula mempunyai Sekolah dasar Kebangsaan 47 buah, Sekolah menengah kebangsaan 2 buah, Sekolah pondok (Madrasah) 11 Buah, dan sekolah rendah Fardu Ain (Tadika) 48 Buah. 

mengikut kurikulum sekolah Melayu dibawah persatuan tadika wilayah Senggora (PUTRA) dan kurikulum fardu ain persatuan khuru’ sampan.

Terdapat sebuah masjid lama berumur lebih 150 tahun terkenal dengan Masjid Fulalun Naim di Kg. Pru’mak (Kg.Baruh Pinang) dengan reka bentuk seni bina keunikan Langkasuka.

Pengasasnya adalah Haji Madli Ronli berhijarah dari Kelanatan dan bertapak disini. Antara tuan guru/ulama terkenal masa silam ialah Haji Kasim Pulau Lonang, Haji Mat Batas Sala, Haji Kulah (KuAbdullah) Kelantan, Baruh Pinang, dan Haji Yusof Rapa.

No comments:

Post a Comment