Friday, 9 November 2018

Keganasan Seksual Tentera Siam


Dalam keadaan konflik, Perempuan adalah mangsa tindakan seksual atau pemerkosaan oleh pasukan tentera, dalam banyak kes yang berlaku di Patani “kekerasan yang tidak bersenjata oleh tentera yang bersenjata” terhadap wanita-wanita di daerah konflik sebagai taktik untuk melemahkan pihak lawan dalam peperangan di Patani, tindakan seperti ini dilakukan melalui “Policy gelap” semenjak 2004 sehingga sekarang. 

Peristiwa seorang ranjer yang mencabuli seorang anak gadis Melayu bawah umur yang sedang belajar di darjah 6 dari kampung Nat Pohon Nibong, mukim Buloh Bujur, daerah Nongcik, wilayah Pattani. 

bukan kali pertama, bahkan peristiwa sedih semacam ini masih dalam memori orang Patani serperti kes merogol dan membunuh 2 beranak di Kg. Kuala Rambai, daerah Jaha, kes merogol anak gadis di Bangsal Lapan, daerah Jaha, wilayah Jala. 

kes merogol anak gadis di Kg.Nat Pauh Manis, daerah Yarang, wilayah Pattani dan beberepa kes lain di kawasan Menara, pemerkosaan dan mencabuli anak gadis dianggap perkara besar oleh masyarakat Patani hingga masalah ini pernah dikemukakan dalam parlimen oleh senator wilayah Menara YB Fakruddin Boto (Pengarah Ma’had Darussalam, Tanjung mas) dalam tahun 2005M. 

bahawa ribuan anak gadis Patani menjadi mangsa keganasan seksual tentera Siam. Setelah itu beliu ditembak oleh seorang tentera Siam pada 6/8/2006M. membawa kepada beliu dalam keadaan lumpuh hingga sekarang. 

Antara lain tindakan seperti ini walaupun terbukti kesalahan, si pelaku selalu bebas dari tindakan hukum atas kesalahannya, atau hanya membayar uang pampasan kepada mangsa yang diperkosa. Dimanakah letaknya keadilan.

No comments:

Post a Comment