Thursday 7 November 2019

Dialek Tempatan Patani (1)

Di Patani boleh dikatakan rakyat Patani secara umum bertutur dengan bahasa Melayu Patani (loghat/dialek Patani)  yang sama dipertuturkan di negeri Kelantan, Malaysia, sebahagian Terengganu (di Pulau Perhentian dan Besut) serta sebahagian Kedah seperti di Baling, Sik serta Padang Terap.

Pada dasarnya, Bahasa Melayu dialek Patani ini mirip dengan Bahasa Melayu Kelantan tetapi telah dipisahkan dengan keadaan sosial serta politik ke 2 negara tersebut. (baca artikal dialek Patani siri 2 dalam Majalah SURAT edisi: 50), Walau bagaimanapun sebahagian dari mereka ada yang bertutur dengan dialek/loghat tempatan tetapi pelet berlainan seperti pelet darat/ pelet ulu, pelet Tiba dan Cenak, pelet Bidil, pelet Cekhe, pelet Sebaya dan sebagainya.  
(1) P e l e t D a r a t / U l u Pelet ini adalah Pelet kedua terbesar dituturkan selain bahasa Melayu Patani, juga dikenali sebagai Basa Ulu atau Cakap Ulu atau Cakap Phelek Ulu atau Kecek Ulu, Ada yang berpendapat bahawa bahasa ini adalah sub-dialek dari Bahasa Reman/Raman (Reman : salah sebuah negeri kecil dari 7 negeri yang dibahagikan oleh Siam, sekarang daerah Raman ,wilayah Jala) merupakan sebuah Bahasa Austronesian dan variasi Bahasa Melayu tempatan yang dituturkan di wilayah Jala terutama dalam daerah Raman, daerah Muang, daerah Krong Pinang dan daerah Jaha.  juga di negeri Kedah iaitu di Padang Terap, Baling, Sik dan Yan. Di negeri Perak pulak pada kawasan Gerik, Pengkalan hulu, Selama, Batu kurau, di Malaysia Lebih daripada 400,000 orang guna bahasa ini sebagai bahasa pertama mereka. Mereka adalah yang melarikan diri dari Patani semasa perang Patani-Siam pada abad ke-18.

Di wilayah jala dapat didengar tuturan ini dalam mukim Wangpaya, mukim Kotabaru, mukim Kalo, mukim Ya’Ta’, mukim Membalo daerah Raman. Mukim Lammai, mukim Lidon, mukim Paron, mukim Pokseng, daerah Muang Jala. Mukim Banggol kesinai, mukim Pulai, mukim Serisek, daerah Jaha. mukim Telok seru Budaya perarakan gajah memberi semangat kepada kanakkanak sebelum bersunat ”Masuk jawi’  boleh dilhat lagi di kawasan daerah Raman,wilayah Jala. mai, mukim Krong Pinang, mukim Bendang Bujur, daerah Krong pinang. sebahagian mukim Riang, daerah Resok, wilayah Menara (bekas jajahan Raja Reman, Raja jalor dan Raja Kandang kerbau) 

Pelet ulu dituturkan oleh penduduk asal  kawasan ini  bukan dari penduduk yang berhijrah dari utara Patani (pesisiran Pantai yang datang penetap bekerja dan bermastautin kawasan ini) Zaman sekarang pelet ini hampir pupus dan sukar didengar dan tidak ditutur oleh orangorang muda hanya ditutur oleh warga tua yang berusia lewat 60an dan 70an sahaja disebabkan beberapa factor antaranya kerana dituduh sebagai orang pendalaman (orang darat/ulu) mereka hanya berbual sesama mereka sahaja, sebahagian bukti pengaruh pelet ini diguna secara meluas dikawasan Jala ialah pada papan tanda nama mukim dan kampung-kampung masih tertulis dengan sebutan pelet ini seperti contoh  : Mukim Bangol Sinae (Banggol kesinai), mukim Petae (Petai) Mukim Pulae (Pulai) mukim Telok Sumae (Telok serumai) kampung Becah Punae (becah Punai) dan sebagainya. Pelat ini menggunakan kaedah yang tersendiri berlaianan dengan loghat bahasa Melayu Patani seperti berikut:  

1.Mempunyai unsur penambahan akhiran “ng”. Kebiasaannya ia digunakan dalam perkataan yang berakhir dengan “n”, “ang” ataupun “m” yang sama seperti Bahasa Melayu Terengganu tetapi berbeza dengan Bahasa Melayu Piawai dan Bahasa Melayu Patani Yawi. Contohnya:


2.Perkataan yang berakhir dengan “ai” biasanya diganti dengan /ae/ yaitu bunyian sebutan huruf  “a” tercondong kepada huruf “e” (ae) seperti sebutan bunyian /yae/ pada perkattabn Ayae/ Aye dalam bahasa Melayu Patani, yaitu sama dengan sebutan bacaan imalah kubra dalam qira’ah Imam Warasy (salah satu dari tujuh qira’ah mutawatir yang diakui secara umum ) contohnya : perkataan “Pakai” digunakan “Pakae”. perkataan “Sampai” digunakan “Sapae”. perkataan “Cerai” digunakan “Ceghae”. perkataan “Julai” digunakan “Julae”. perkataan “Kedai” digunakan “Kedae”. perkataan “hari Isnain” digunakan “Hari Senae”. perkataan “Sungai” digunakan “Sungae”. dan sebagainya. 

3.Perkataan yang berakhir dengan “an” “ang” dan “am” kebanyakan digunakan “aeng” serta sengau contoh kalimah “Pisang” digunakan “Pisaeng”, “Paham” digunakan “Pahaeng”, “Bujang” digunakan “Bujaeng”, “Makan” digunakan “Makaeng”, “Depan” digunakan “Da’Paeng”, “Belakang” digunakan “Belakaeng”, “Kolam” digunakan “Kolaeng”, “Ayam” digunakan “Ayaeng”, “Udang” digunakan “Udaeng”, dan sebagainya. 

4.Jika huruf “au” terletak ditengah kaliamh digantikan dengan huruf “o” seperti contoh perkataan “Buah Pauh” digantikan dengan “Buah Poh”, “Jauh” digantikan dengan “Joh”, “Tak Mau” di gantikan dengan “Tak Moh”. Dan sebagainya.  

5.Jika huruf “ai” terletak ditengah perkataan maka digantikan dengan huruf “e” atau “ei” seperti contoh “Kain” digantikan dengan “Keng”, “Main” digantikan dengan “Meing”, “Sain” digantikan dengan “Saeing’ dan sebagainya.  

6.Kebanyakan huruf “r” digantikan dengan “g” atau “gh” seperti contoh “Orang” digunakan “Oghaeng”, “Garam” digunakan “Gaghaeng”, “Mari” digunakan “Maghi”.          



bersambung..

No comments:

Post a Comment