Bahawa Takbir Hari Raya merupakan salah satu zikir yang
dikumandangkan oleh ummat Islam di seluruh pelusuk dunia saban kali menjelma
Aidul Fitri dan Aidul Adha.
Disetiap perayaan mempunyai sejarah dan
peristiwanya. Sempena menyambut ketibaan bulan syawal ini, kita menyelusuri
sejarah takbir pertama yang dikumanadangkan dalam sejarah Islam.
Kalimah “FITRI” bermaksud fitrah, iaitu bersih atau suci daripada dosa seperti permulaan diciptakan dan dilahirkan.
Pada bulan Ramadhan
dengan melakukan berbagai ibadah untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan
keadaan tenang dan tawaduk.
Hari raya diistiharkan sebagai hari kemenangan Rohani dan
Fizikal bagi ummat Islam yang menghadapi bulan Ramadhan dengan mengikuti segala
perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya.
Perang Khandak (parit) atau Perang Al-Ahzab (bersekutu)
terjadi dibulan syawal tahun ke-5 H. sebaik kemenangan berpihak kepada tantara
Islam, maka Rasulullah saw bersabda: “Allahuakbar, bergembiralah wahai
orang-orang muslimin dengan kemenangan dan pertolongan daripada Allah swa”.
Maka, Takbir raya yang kita dengar saban tahun ketika menjelang Aidil Fitri
adalah takbir yang sama dilaungkan oleh tentera Islam dalam peristiwa perang
Khandak.
No comments:
Post a Comment