Sunday 17 June 2018

DAERAH SUKIRIN WILAYAH MENARA

PETA DAERAH SUKIRI
Sukirin dahulu:    
Daerah Sukirin diasaskan dalam tahun 1931M. Nama awalnya adalah “Cabang daerah Pacor” dibawah jajahan daerah Tokmok (Daearah Weng sekarang), diasaskan daerah ini kerana rakyat makin ramai setelah Perancis dan orang Cina diberi konsesi untuk projek perlombongan emas di “Bukit Lisa” yang terletak dalam mukim Tokmok sekarang.   

Dalam tahun 1939 M. berlaku peperangan Indochina dirantau ini, maka Perancis terpaksa melarikan diri dari ancaman perang, Kemudian kerajaan Siam melantik “Pra udom torni sasra” menyambung kembali, setahun kemudian berlaku kekecuhan Antara rakyat Melayu tempatan dengan pegawai Siam yang mengawal perlombongan tersebut, hingga pegawai Siam dan pekerjanya terpaksa perpindah dari sini.    

Dalam tahun 1963 M. kerajaan Siam telah membuka tanah Felda (Nikom) diberi nama dengan “Nikom Pattana Ton-eng Paktai wilayah Menara”, dalam rangka mengasimilasi warga Siam miskin dari wilayah utara dan timur laut (Esan) untuk membuka tanah kawasan ini, yang mana kawasan nikom meliputi 2 daerah yaitu daerah Sukirin dan daeara Canek, dengan keluasan 510,000 rai.

Hingga tahun 1974 M. Siam berjaya memindah warga Siam kekawasan ini sebanyak 3,638 keluraga. Antara lain sebagai berikut: : 1) Warga Siam dari wilayah Nakhon Rajsima(Korat), Buriram, Surin, dan Ayuttaya sebanyak 572 keluarga, warga Siam dari Kelantan 816 keluarga, warga Siam dari bukit Sun 100 keluarga, warga Siam dari wilayah selatan sebelah atas 2,110 keluarga, warga Siam dari projek Diraja 40 keluarga dan penduduk tempatan (warga Melayu) 1,995 keluarga.   

Pada tanggal 1/3/1997 M. kementerian dalam negeri Thai telah mengasas “Cabang daerah Sukirin”  meliputi 2 mukim yaitu mukim Mamong dan mukim Sukirin, hingga tahun 1989 M. dinaik taraf lagi menjadi daerah sepenuhnya diberi nama dengan “Daerah Sukirin”.   

Perkataan “Sukirin” Berasal dari Bahasa Siam yang berarti “Hutan yang subur menghujau” adalah sebuah nama Istana kecil yang dianugerahkan nama oleh Princess Srinagarindra bonda Raja Bhumibol (Rama IX).   

Gunung emas Tokmok : daerah Sukirin terletaknya sebuah gunung emas “Tokmok”, adalah satu sumber kekayaan alam yang dianugerahkan tuhan kepada umat Patani. Tetapi emas disini telah dihakis oleh penjajah Siam dengan dikonsesi kepada Perancis dan orang Cina, Berkata setangah serjarawan Semenanjung Tanah Melayu digelar dengan “Semenanjung emas” oleh Claudius Ptolemy (Ahli geografi, ahli astronomi dan ahli astrologi Mesir keyunanian).

Yang pernah hadir kekawasan ini, kerana kawasan ini terdapat banyak emas, salah satunya dari bukit Tokmok ini, Lombong emas ini terletak di Bukit lisa, mukim Phukau Tong (gunung emas) daerah Sukirin, hingga kehari ini masih terdapat sisa-sisa emas, yang mana rakyat awam menghasilkan dengan mendulang secara tradisi.  
 
Sukirin sekarang:
Adalah salah satu daerah dari 13 daerah /jajahan wilayah Menara (Narathiwat). Daerah ini terletak di sebelah selatan wilayah Menara, lokasinya kebayakan tanah tinggi, bukit bukau, gunung ganang dan tanah rata dicerong bukit.  

Sebelah utara bersempadan dengan daerah Canek, daerah Tanjung Mas dan daerah Sungai Padi, wilayah Menara, sebelah timur bersempadan dengan daerah Sungai Padi dan daerah Weng, sebelah selatan bersempadan dengan daerah Jeli, negeri Kelantan, dan daerah Gerik negeri Perak, Malaysia, dan sebelah barat bersempadan dengan daerah Canek, Menara dan daerah Gerik, negeri Perak, Malaysia.

Mempunyai keluasan seluas 577 Km2/323,125 rai, Meliputi 5 mukim dan 41 kampung. Mentadbir dengan Majlis Pentadbiran Mukim (Or.Bor.Tor).    

Demografi: Jumlah penduduk daerah Sukirin statistik dari jabatan statistik Negara tahun 2017 M.  lebih kurang 26,258 jiwa. 8,561 keluarga, Kebanyakannya keluarga pertanian.

Geografi : Lokasinya berbukit bukau dan gunung ganang hutan rimba, kawasan tanah yang sangat subur,  mempunyai beberapa buah gunung seperrti Gunung Tuwe, Gunung Batu katak dan Gunung Bala. Kesemua pergunungan ini adalah punca kepala air bagi Sg.Teluban, Sg,Sungai Golok dan lebih 20 sungai-sungai kecil (carak).

Ekonomi dan Kekayaan alam: Rakyat jelata kebanyakan bertani, berkebun dan berdusun, perusahaan getah sebanyak 57,455 rai, kebun rambutan 4,538 rai, Dokong 39,173 rai, Durian 3,242 rai, Petai 877 rai dan buahan lain, ada juga yang menternak lembu kerbai kambing biri-biri ayam dam itik. 

Kawasan Pentadbiran: Daerah Sukirin mempunyai 5 Mukim dengan 41 buah kampung, kebanyakan nama kampung kawasan ini dimulai dengan “Air” yang berarti “Sungai Kecil” ada juga diberi nama dengan nama Siam kerana warga Siam mula bertapak disini. antara nama kampung dalam daerah ini ialah    
 
1) Mukim Mamong 10 buah kampung: 1.kg.Kelubi 2.kg.Jadih 3.kg.Pari 4.kg.Air Dimung 5.kg.Air Cerah 6.Kg. Air Berong 7. Kg.Sowo dalam 8. Kg.Rasadon Pattana 9. Kg.Lansoi 10.Kg.Sai- eek.    

2) Mukim Sukirin 13 buah kampung: 1.kg.Batu 17 2.kg.Sowo luar 3.kg.Batu 3 4.kg.Rasadon Samakki 5.kg.Namtok 6.Kg.Lilanon 7.Kg.Santi 8.Kg.Rat padung 9.kg.Raktham 10.kg.Soi Prachin 11.kg.Nom Klao 12.kg. Chulaphon Pattana. 13.kg. Paingan   
 
3) Mukim Kiar 5 buah kampung: 1.kg.Kiar 2.Kg.Air Jambu 3.kg. Namsai 4.kg. Sai Borisat 5.kg.Rat prasan.      

4) Mukim Phukhao Tong (Gunung Emas) 8 buah kampung: 1.kg.Air Pacor 2.kg.Phukhao Tong 3.kg.Tok Mok  4.kg.Air Kapak   5.Kg.Non Somburn 6.kg.Chumtong  7.kg.Ton turian  8.kg. Wang namyen.  
   
5) Mukim Romsai 5 buah kampung: 1.kg.Lubok Lasak 2.kg.Belukar Ja-ing 3.kg.Air Durian 4.kg.Song khiri 5.Kg.Kunyit.

Agama dan Kebudayaan: Rakyat jelata terdiri dari kaum Melayu Islam, mereka adalah warga asal yang bertapak disini, kaum Siam Budha yang diasimilasikan dari wilayah utara dalam projek felda (nikom) dan sebahagian kecil dari kaum Orang Asli.  
   
Mempunyai Masjid yang berdaftar dengan Majlis Agama Islam wilayah Menara sebanyak 26 Buah (tidak termasuk Surau kecil, Balasah), Wad (Candi Budha) 4 buah. Dan sebuah Tokong Cina.    

Dari segi pendidikan pula mempunyai Sekolah dasar Kebangsaan 11 buah, Sekolah menengah kebangsaan 5 buah, Sekolah pondok 2 buah, sekolah Melayu  (Tadika) 22 Buah.

No comments:

Post a Comment