Saturday, 7 April 2018

BERITA RINGKAS@PERISTIWA : BULAN MAC 3/2018 M.


1/3/2018 M 
-Tentera Siam menahan 14 orang mahasiswa Jamiah Syeik Daud Al-fatoni (jisda) yang sedang berkelah tempat peranginan Bukit Tok sahid, kampung Batan telok, mukim Lidon, daerah Muang, Jala. Kata polis Mereka disyakki berlatih atas bukit tersebut. 
-Tembak mati seorang pemuda Melayu berusia 26 tahun di kampung Sipor (cawangan Kg.Pedada) mukim Nanak, daerah Takbai, wilayah Menara. 

2/3/2018 M 
-Seorang timbalan tok penghulu kampung (niban warga Siam) Kg.Lalo, mukim Lahar, daerah Teluban, wilayah Pattani. ditembak ketika menunggang motorsikal. peristiwa berlaku di kampung Lalo. Mangsa cedera parah. 
-Membakar khianat rumah kedai milik warga Siam di jalan Taprek, mukim Cekhe, daerah Takbai, wilayah Menara. 5 buah rumah kedai hangus dijilat api. 

3/3/2018 M 
-Tentera Siam menahan 8 orang pemuda Melayu atas kes serangan bom kawasan daerah Saiburi, Jambu dan Yarang pada 11/2/2018 yang lalu. 
-Tembak seorang rakyat awam di kamung Pasir mas, daerah Sungai Golok, wilayah Menara. Mangsa cedera parah. 
-Polis mengesan dan memadam sebutir bom buatan sendiri mengisi bahan letupan bom dalam bekas air basikal seberat 15 kg. terletak di pagar jabatan pelajaran daerah Saiburi, wilayah Pattani. 

4/3/2018 M 
-Seorang relawan tentera warga Siam membunuh diri dengan pistol jenis .9 mm. milik kerajaan di kampung Santi 2, mukim Maewad, daerah Tantor, wilayah Jala. 
-Serangan bom seberat 80 kg. keatas trak milik Tok penghulu kampung (unit perinsik tentera), Kg.Selor dikenali Ismail Usae doloh. Peristiwa berlaku dijambatan kampung Selor bukit jerai, daerah Resok, wilayah Menara. Walaubagaimanapun beliu terselamat. 
-Tembak mati warga Siam pemburu haiwan liar atas bukit kampung Kunyit, mukim Romsai. Daerah Sukirin, wilayah Menara. 
-Polis mengesan mayat seorang rakyat awam berusia 42 tahun dibunuh di daerah Sungai golok, wilayah Menara. 

5/3/2018 M 
-Serangan bom keatas bus mengangkut renjer unit 4212 dalam perjalanan pulang dari upacara naik pangkat Sergeant. Peristiwa berlaku di kampung Toktitir, mukim Cabang empat, daerah Yaring, wilayah Pattani. Renjer cedera 5 orang. 

6/3/2018 M 
-Seorang rakyat awam warga Melayu berusia 34 Sebuah Pos kawalan renjer di Telok Deraman, Pattani diserang oleh pejuang Patani. tahun ditembak mati di jalan raya kawasan kampung Tanah putih, daerah Bendang Setar, wilayah Jala. 

8/3/2018 M 
-Seorang unit pengawal kampung (Cor.Ror.Bor) berusia 27 tahun ditembak di dalam pos kawalan kampung, Kg. Katong, daerah Jaha, wilayah Jala. Mangsa cedera parah. 

9/3/2018 M 
-Seorang tentera unit 1523 unit operasi khusus wilayah Jala membunuh diri dalam Kem tentera unit khusus kampung Beserat, daerah Muang , wilayah Jala. 

10/3/2018 M 
-Seorang rakyat awam warga Melayu ditembak di kampung Bukit gelap, mukim Budi, daerah Muang, wilayah Jala. Mangsa cedera parah. 

12/3/2018 M 
-Yayasan Persatuan Peguam Muslim cawangan wilayah Pattani, Badan NGO dan Ormas mengadakan majlis memperingati 14 tahun kehilangan penguam Somchai Nillapaicit di bilik Patani center, wilayah Pattani. 
-Serangan bom ditapak pembinaan pos kawalan mukim, di kampung Bannok, daerah Penarek, wilayah Pattani. Relawan tentera cedera parah 2 orang. 
-Polis mengesan bom jenis M.26 terletak depan kediaman rakyat awam di kampung Cakelik, mukim Bendang Sareng, daerah Muang, wilayah Jala. 
-Renjer unit operasi khusus 4103 kem kecil kampung Pasar pajak, mukim Kalo, daerah Raman, wilayah Jala. Menembak sesama sendiri akibat ketegangan konflik dalam kem tersebut. Menyebabkan seorang mati dan rakannya cedera parah. 

16/3/2018 M 
-Tentera Siam menahan 3 orang pemuda Melayu di kawasan Kabu, daerah Raman, wilayah Jala. Mereka disyaki bergabung dalam gerakan pejuang Patani. Antara mereka adalah : 1) saudara Muhammad Aidi usia 27 tahun. 2. Saudara Amin Kelatan usia 27 tahun. Dan 3. Saudara Mat Rosdi Ceksoh usia 31 tahun. 

17/3/2018 M 
-Tembak mati rakyat awam warga Melayu di kampung Air melor, mukim Air Weng, daerah Betong, wilayah Jala. 
-Tembak mati rakyat awam (perinsik polis upahan 4,500) di depan sekolah kebangsaan kampung Pombing, daerah Penarek. Wilayah Pattani. 

18/3/2018 M 
-Seorang wanita Melayu ditembak di kampung Carak bisu, mukim Thamuang, daerah Tiba, wilayah Senggora. Mangsa cedera parah.

19/3/2018 M 
-Tembak mati seorang relawan tentera warga Melayu di kampung Pauh manis, mukim Sakhobon, daerah Mayor, wilayah Pattani. 
-Polis daerah Hatyai, wilayah Senggora, menahan seorang pemuda Melayu ketika pulang kerumah dengan keretapi di stesyen keretapi Hadyai, mangsa dikenali Muhammad Zakaria Damung berusia 21 tahun disyaki mencadang serangan bom di Kota bangkok dan serangan bom kawasan Menara. 

20/3/2018 M 
-Tembak warga Siam berusia 33 tahun di kampung Padang kemunting mukim Kelubi, daerah Kakpho, wilayah Pattani. 

21/3/2018 M 
-Tentera Siam menjalankan operasi mengepung asrama pelajar sekolah agama kawasan kampung Caru luar, Pekan Jala. Menahan beberapa orang pelajar untuk siasat. 
-Tembak mati seorang rakyat awam di kampung Banyai, mukim Paron, daerah Takbai, wilayah Menara. 

23/3/2018 M 
-Lebih 1000 orang dari Jaringan sekolah swasta agama rakyat (Sekolah Pondok) 3 wilayah selatan mengadakan solat hajat di Masjid jamek Patani. setelah pihak keselamatan Siam membongkar tentang penyalah guna bajet kerajaan kepada sekolah swasta agama rakyat dan di senarai hitam lebih 100 buah sekolah di 5 wilayah selatan. 

24/3/2018 M 
-Tembakan keatas rondaan renjer unit 4502 di sekolah kebangsaan kampung taliang, mukim Taba, daerah Takbai, wilayah Menara. 2 orang Renjer cedera parah. 
-Seorang pemuda Melayu berusia 21 tahun berasal dari kampung Banggol kesinai, ditembak di jalan kampung Jalor, mukim Jalor, daerah Jaha, wilayah Jala. Mangsa cedera parah. 
-Seorang warga Siam berusia 38 tahun ditembak di mukim Wangyai, daerah Tiba, wilayah Senggora. Mangsa cedera. 

25/3/2018 M 
-Tentera Siam menceroboh lagi sekolah pondok agama dengan menjalankan operasi mengepung Ma’had Muhammadiah (Pondok Mat dagang) kampung Yangdeng, mukim Napradu, daerah Kokpor, wilayah Pattani. Menahan Beberapa orang To pakir (Santri) dan merampas beberapa fail dukumen pondok. 
-Seorang polis traffic bertugas di Balai polis daerah Kokpor, berpangkat Senior Sergeant Major membunuh diri dengan pistol peribadijenis .9 mm. dalam kuaters polis dalam Balai polis Kokpor, Wilayah Pattani. 

27/3/2018 M 
-Polis mengesan mayat seorang lelaki dibunuh dan dibuang kedalam sungai Patani di kampung Kerisek, mukim/daerah Yarang, wilayah Pattani. 

28/3/2018 M 
-Timbalan ketua polis di Balai polis daerah Canek, wilayah Menara. berpangkat Lt.Col. membunuh diri akibat ketegangan konflik dengan pistol peribadi jenis .9 mm. dalam kediamannya di lorong Lansai, pekan Tanjung mas, wilayah Menara. 

30/3/2018 M 
-Serangan bom seberat 20 kg mengisi bahan letupan bom dalam tong ges keatas unit renjer tentera laut di tapak pasar tani kampung Berih, mukim Berih tai, daerah Bacok, wilayah Menara. Tidak ada laporan kecederaan hanya binaan pasar tani remak. 
-Sekumpulan pemuda lengkap dengan senjata api menyerang pos kawalan renjer unit 4116 di kampung Cakuah, mukim Kekra, daerah Raman, wilayah Jala. Tidak ada laporan kecederaan. 
-Serangan Tembakan keatas pos kawalan renjer unit 4403 dikampung Hutan berangan, mukim Telok Deraman, Daerah Kakpho, wilayah Pattani. Tidak ada kehilangan nyawa dan kecederaan dilaporkan. 
-2 orang pemuda menaiiki motorsikal menembak transformer peryuk api elektrik di kampung Bukop, mukim Percam, daerah Yarang, wilayah Pattani. Menyebabkan gangguan bekalan elektrik secara meluas. 

31/3/2018 M 
-Sekumpulan lengkap dengan senjata api jenis AK 47 menembak keretapi yang membawa penumpang dari stesyen Surat tani ke Sungai Golok. Peristiwa berlaku berhampiran stesyen keretapi Becah Airong, mukim Bukit, daerah Becah Airong.wilayah Menara. tidak ada laporan kehilangan nyawa.


KESIMPULAN Bulan 3/2018 M. 

Peristiwa pergolokan berlaku 34 kes. terbahagi kepada wilayah Pattani 12 kes, Jala 10 kes, Menara 11 kes dan Senggora 1 kes 

Berlaku serangan bom kesemua 6 butir (2 butir daripadanya sempat dipadam) yaitu 3 butir dalam wilayah Pattani, 1 butir dalam wilayah Jala, dan 2 butir dalam wilayah Menara. tidak berlaku dalam wilayah Senggora. 

Tembakan dan pertemporan berlaku 26 kali: Masing-masing di Pattani 8 kali, Jala 9 kali, Menara 8 kali.dan Senggora 1 kali. 

Angkatan bersenjata Siam mati 6 orang dan cedera parah 11 orang, Rakyat awam mati 8 orang (6 orang warga Melayu, 2 orang warga Siam). 

Rakyat awam cedera 4 orang ( kesemua warga Melayu). 

Pegawai kerajaan mati 1 orang.dan cedera 2 orang Tidak ada yang kurban Syahid dibulan ini. lebih dari 30 orang ditahan dalam bulan ini kes membunuh diri oleh angkatan bersenjata Siam meningkat ke 5 orang. juga masih lagi berlaku pencerobohan mengepung pondok dan menahan pulohan pelajarnya..



No comments:

Post a Comment