Sunday 8 April 2018

DAERAH RESAK WILAYAH MENARA


PETA DAERAH RESAK
Resak dahulu 
Pada zaman Patani dibawah 7 negeri kecil Daerah Resak/Resok terkenal dengan mukim “Temangan” dibawah jajahan negeri Legih (Tanjung Mas), kemudian pada tahun 1917 m. dinaik taraf menjadi cabang daerah (King Ampoe) diberi nama dengan “Cabang daerah Temangan” dengan pusat pemerintahannya terletak di kampung “Telok bayor” (lebih kurang 5 Km. dari pekan Resak sekarang) dan ditadbir oleh pesuruhjaya Siam “Khun Upkan Prachakorn” (waraga Siam Budha) dan timbalannya “Khun Sarakit “ (warga Melayu) merekalah yang membina Wat(Candi) Ratsamoson dan Masjid Jumiah (Masjid jamek Resak). 

Zaman silam pengangkutan darat kedaerah Resak sangat susah maka rakyat jelata dan pedagang tempatan dan pedagang asing mengguna pengangkutan air yaitu melalui “Sungai Saiburi” dan berpengkalan di kampung “Pengkalan Mutu” dalam mukim Banggol Petai. Antara barang-barang dagangan ialah emas, gading gajah, kayu balak, rempah-rempah,hasil hutan dan hasil laut.

Pada zaman Rama V, mulai membina projek jalan keretapi melalaui daerah Resak. Tapak stesyen keretapi terletak di kampung “Jabat” setelah itu kampung Jabat semakin hari semakin maju, maka pihak kerajaan Siam mulai memindah pusat pemerintahan daerah Temangan kesini, hingga tahun 1939 M. dinaik taraf lagi menjadi “Daerah Resak” dibawah jajahan wilayah Menara dengan sepenuhnya hingga sekarang, dan kawasan pendatbirannya hingga kedaerah Seri saga sekarang. “Resak/Resok” diambil dari nama sejenis pokok balak dalam genus Vatica dikelaskan sebagai pokok kayu keras berat. 

Kayu gubalnya berwarna perang kekuningan muda, manakala teras kayunya berwarna perang kekuningan hingga perang kemerahan. Iranya lurus atau sedikit berpanca. Teksturnya halus dan rata. Kayu pokok ini sesuai untuk pembinaan berat seperti jambatan, cerucuk dan kerja dalam air. Ia juga sesuai digunakan untuk ranjang landas dan bahagian dalam kenderaan, selain perabot lasak dan kotak kayu. Kayu ini terdapat kawasan Resak sekarang dan hutan paya simpan Tokdeng.

Rakyat awam terutama kalangan orang Melayu lebih terkenal dengan sebutan “Jabat” kerana pusat pentadbirannya sekarang terletak berhampiran disini. 

Resak sekarang 
Adalah salah satu daerah dari 13 daerah /jajahan wilayah Menara (Narathiwat). Daerah ini terletak di sebelah barat daya wilayah Menara, lokasinya kebayakan bukit bukau dan gunung ganang. Sebelah utara bersempadan dengan daerah Raman wilayah Jala dan daerah Bacok, wilayah Menara, sebelah timur bersempadan dengan daerah Jeringa dan Tanjung Mas, sebelah selatan bersempadan dengan daerah Seri Sakhon, dan sebelah barat bersempadan dengan daerah Bendang Setar dan daerah Raman, wilayah Jala. 

Mempunyai keluasan seluas 468,324 Km2 /292,702.5 Rai, Meliputi 9 mukim dan 71 kampung. Mentadbir dengan sebuah Majlis bandaran mukim (Tesaban Tambun) dan 9 buah Majlis Pentadbiran Mukim (Or.Bor.Tor). 

Demografi: Jumlah penduduk daerah Resak, statistik dari jabatan statistik Negara tahun 2015 M. lebih kurang 70,100 jiwa, dengan 9,179 keluarga. Kebanyakannya kelurga pertanian. 

Ekonomi dan Kekayaan alam: oleh kerana lokasinya berbukit bukau maka rakyat jelata kebanyakan pertanian, dengan 201,598 rai dari kawasannya, bersawah padi 13,170 rai, berkebun buahan dan berdusun 179,882 rai dan selebihnya usaha-uaha lain. Hasil buahan seperti dokong, rambutan, manggis, dan berkebun seperti getah, kelapa, kelapa sawit, petai dan lain-lain. sebahagian lain berternak binatang seperti lembu dan kambing dan berkebun sayur . Selain itu ada yang berniaga secara kecilan.

Kawasan Pentadbiran: Daerah Resak mempunyai 9 Mukim dengan 71 buah kampung, antara nama kampung dalam daerah ini ialah 
1) Mukim Resak/Resok 10 buah kampung: 1.kg.Pengkalan Mutu(S;Tha Rua) 2.kg.Jabat 3.kg.Nada 4.kg.Resak 5.kg. Jeleboh 6.Kg. Bakong 7. Kg.Selor 8. Kg.Na-oon 9. Kg.Prali. 
2) Mukim Sawa 7 buah kampung: 1.kg.Merleh 2.kg.Sawo 3.kg.Cerang 4.kg.Durian 5.kg.Becoh 6.Kg.Sawa hilir 7. Kg.Becoh Bongor. 
3) Mukim Riang 8 buah kampung: 1.kg.Senaik 2.Kg.Supet 3.kg.Banggol Pulut 4.kg.Serlah 5.kg.Kampung Lo 6.Kg. Darat 7.Kg, Teluk Balik 8, Kg.Kampung baru. 
4) Mukim Samakki 9 buah kampung: 1.kg.Pupor 2.kg.Bendang Panjang 3.kg.Lubok Buloh 4.kg.Banggol Ketik 5.Kg. Lahar 6.Kg.Tok Nepa 7.Kg.Belukar 8.Kg.Jaboj 9.Kg.Carak Kenyeng. 
5) Mukim Betong 8 buah kampung: 1.kg.Tameng 2.kg.Santisuk 3.kg.Batong 4.kg.Belukar Hulu 5.kg.Tanjung 6.kg. Belukar Hilir 7.kg.Bukit 8.kg.Belukat Hilir Jatuh. 
6) Mukim Lalok 8 buah kampung: 1.kg.Bering 2.Kg.Belukar (Pekan Jabat) 3.kg.Bukit Nangka 4.kg.Enor 5.kg.Uyit 6.Kg.Lalok 7.kg.Air Buloh 8.kg.Bericah 9.kg.Tai suk 10.kg. Pohon Jetik. 
7) Mukim Resok ok 5 buah kampung: 1.kg.Lambok dalam 2.Kg.Kadok 3.kg.Lambok Luar 4.kg.Bukit Jerai 5.kg.plena. 
8) Mukim Banggol Petai (S;Kok Sato) 8 buah kampung: 1.kg.Banggol Petai 2.Kg.Air Kelupang 3.kg.Kebun Sirih 4.kg.Air Samak 5.kg.Air Cenak 6.kg.Thammmacaron 7.Kg.Tham Nam Tip 8.kg.Tebing Runtuh. 
9) Mukim Suwari 8 buah kampung: 1.kg.Tajar 2.Kg.Tenot 3.kg.Jelapan 4.kg.Beling Bawah 5.kg.Kubur 6.kg.Ponok 7.Kg.Tapah 8.kg.Beling Atas. 

Agama dan Kebudayaan: Rakyat jelata 91.00 % terdiri dari kaum Melayu Islam, mereka adalah warga asal tempatan dan yang datang dari hilir Patani berkebun disini ada juga warga Pakistan datang berniaga dan bertapak disini. Manakakla 9.00% sahaja adalah kaum Siam, kaum Cina dan Siam lao dari daerah Timur laut (Esan) yang tadang kesini dengan projek asimilasi dan membuka tanah felda (Nikom) oleh kerajaan Siam. Mempunyai masjid yang berdaftar dengan Majlis Agama Islam wilayah Menara sebanyak 70 Buah (tidak termasuk Surau kecil, Balasah), dan Wad (Candi Budha) 5 buah. Dari segi pendidikan pula mempunyai Sekolah dasar Kebangsaan 40 buah, Sekolah menengah kebangsaan 1 sebuah, Sekolah menengah agama rakyat (Sekolah Pondok) 5 buah. Pondok kitab thurath (Pesantren) 4 buah dan Sekolah Melayu (Tadika) 77 Buah. 

Ulama dan tokoh silam 
- Baba Abdul Karim (Pakcik Karim) pengasas Pondok Nahdhatusy Syuban, Pedau, Jabat 
- Baba Haji Abdul Muid, Pondok Muidkhan, Pupor. 
- Tok Sawa, Pondok sawa. - Saudara Zaunun Jabat dan sebagainya.

2 comments:

  1. BOLEH SAYA TAHU KAMPUNG INO TERLETAK DI MANA?

    ReplyDelete
  2. Boleh saya tahu di mana bekas istana raja Sai yang lama? Sebelum pindah ke taluban?

    ReplyDelete