Daerah
Tung yang Deng pada asalnya adalah sebagian dari daerah Mayor, dibahagi menjadi
cabang daerah pada 26 may 1977 M. kemudia dinaik taraf menjadi daerah pada 3
jun 1994 M.
Daerah Tungyangdeng dikenali oleh rakyat tempatan dengan “Kuwing
merah” kerana terdapat pokok kuwing merah yang tumbuh di paya/baruh Natdam, ada
juga panggilan orang kampung dengan “Nat khamis” kerana pusat pemerintahannya
terletak di pekan Nat khamis dalam mukim Natdam.
Tungyangdeng sekarang:
adalah
salah satu daerah terbaru dalam wilayah Pattani, Daerah ini terletak disebelah
selatan wilayah Pattani, pada sebelah utara bersempadan dengan daerah Mayor dan
daerah Teluban (Saiburi).
sebelah timur bersempadan dengan daerah Kakpho
(Kelubi), sebelah selatan bersempadan dengan daerah Raman wilayah Jala dan
sebelah barat bersempadan dengan daerah Yarang dan daerah Mayor, Pattani.
Mempunyai keluasan sebanyak 114,97 km2 persegi meliputi 4 mukim, 22 buah
kampung.
Geografi :
Daerah Tungyangdeng keluasan 78,125 rai, 10,000 rai adalah
tanah rata dan lembah, 50,000 rai adalah tanah bukit, bukit kecil dan kaki
bukit manakala 3,000 rai lagi adalah takungan air tawar sebagai baroh/paya.
Tanah lembah sesui untuk bersawah manakala di bukit bukau pula untuk
berkebun/berdusun seperti Getah, dokong, Durian dan sebagainya seperti Bukit
Tabeh, Bukit Tokcud dan Bukit Nasa. Daerah ini tidak bersempadan dengan pantai
laut dan tidak ada sungai besar hanya beberapa sungai kecil sahaja.
Daerah ini
mempunyai baroh/paya terbesar sebagai sumber ternakan ikan air tawar sepanjang
tahun lebih-lebih lagi dalam musim tengkujuh dan musim banjir pada bulan 10-12
setiap tahun.
Mempunyai 2 iklim sama seperti daerah lain yaitu musim panas dan
musim hujan.
Demografi:
Jumlah penduduk daerah Tongyangdeng statistik pada
tahun 2014 M. lebih kurang 22,794 Jiwa.
Ekonomi dan Kekayaan alam:
Rakyat
jelata kebanyakan bersawah padi dengan seluas 11,357 rai dan berkebun/ dusun
kecil seluas 47,590 rai, ada juga berternakan binatang, dan berniaga
kecil-kecilan.
Manakala rakyat yang tinggal di kaki bukit pula ekonomi mereka
bergantung kepada kebun getah dan kebun-kebun buahan yang lain seperti tersebut
diatas.
Mereka yang tinggal berhampiran Baroh Natdam mereka menangkap ikan air
tawar/ikan darat seperti ikan Haruan, keli, Puyu, Sepat, Baung, Belida, Terubok
dan lain lagi dengan alat menangkap ikan seperti Jala, Pukat, Tangkul, Bubu,
Taut dan sebagainya, selain dijual secara segar mereka memproses pekasam
sebagai sumber ekonomi tambahan, pada musim air surut pula di pinggir Baroh ini
mereka menanam tembikai/timun cina, sebagian yang lain pada musim hujan
disetiap tahun mereka mencari cendawan/kulat gelang yang menumbuh secara meliar
dalam hutan kayu gelang di sekiling baroh/Paya.
Pekan besar tempat membeli
belah sumber ekonomi dalam daerah ini ialah pekan Nat khamis yang pemilik
permit hanya orang melayu tidak ada orang Cina dan orang Siam berniaga di
sdini. selain ini bagi kaum wanita mereka memproduk pakaian dan tudung sendiri
sebagai industry kecil.
Kawasan Pentadbiran:
Daerah Tungyangdeng mempunyai 4
Mukim sahaja dibawah pemerintahan Pusat pentadbiran mukim (Or.Bor.Tor) dengan
22 buah kampung.
antara nama kampung dalam daerah ini ialah :
1.Mukim Telok
Mekna 4 buah kampung
1) Kg.Anak Buloh (S.Luk Mai Pai) 2) Kg.Leweh 3) Kg.Telok
Mekna(termasuk Kg.Tokma,Kg,Banggol Macang) 4) Kg.Telok Nibong.
2. Mukim Bidil 7
buah kampung: 1) Kg.Khaling 2) Kg.Belukar luas 3) Kg.Bidil 4) Kg.Padang Nyior
(S.Pa maprao) 5) Kg,Becah 6) Kg,Bageh 7) Kg. Tokcud (Termasuk Kg,Bukit mas dan
Kg,Nakbai)8) Kg.Tebak.
3.Mukim Nat Dam 2 buah kampung: 1) Kg.Berangan (termasuk
Pekan nat Khamis,Kg,Bendang, Kg,Nyatuh) 2) Kg.Cemau(termasuk Kg.Pulau Ceperai)
4.Mukim Paku 7 buah kampung : 1) Kg.Padang Palas 2) Kg.Pasir Putih 3) Kg.Bukit
tanah (S. Khaodin) 4) Kg.Bendang Cong (S.Ma nang yong) 5) Kg,Paku 6) Kg.Telok
Tok ne 6) Kg.Cemerai 7)Kg.Wang pla.
Agama, Sosial dan Kebudayaan :
Rakyat
jelata hampir 100 % dari kaum Melayu Islam, kerana tidak ada perkampungan orang
Siam dalam daerah ini hanya 2 % sahaja yang terdiri dari pegawai dan pembesar
kerajaan dan pegawai keamanan yang datang memerintah disini.
Orang
melayu disini mereka bertutur dengan Bahasa Melayu logat Patani, istimewa
kawasan kampung Bidil sahaja yang bertutur dengan Bahasa Melayu logat Bidil
atau dipanggil juga dengan Bahasa “Siam Bidil” yaitu bertutur bercampur Antara
Melayu Patani, Siam selatan(selatan tai) dan Bahasa Siam diraja.
Orang yang
menguasai dua Bahasa ini sahaja yang dapat memahami logat Bidil ini. Mereka
adalah anak cucu pengembala gajah milik Raja Pra Naresuan (1555-1605 M.)
seramai tujuh beradik yang datang dari wilayah Ayutya, yang mana gajah mereka
lari setelah kekalahan dalam peperangan menyerang Patani masa pemerintahan Ratu
Hijau (1584-1616 M.), setelah mengejar gajah ke timur Patani, 7 beradik
tersebut bertapak di kampung Bidil, Becah,Natdam dan Kelubi. Akhirnya anak
cucu mereka memeluk Islam dan berturun temurun bertutur dengan logat “Siam
Bidil”,.
Mempunyai Masjid yang berdaftar dengan Majlis Agama Islam wilayah
Pattani sebanyak 28 Buah (tidak termasuk Surau kecil, Balaisah), tempat Sami
(Wad/candi kecil) 1 buah.
Dari segi pendidikan pula mempunyai Sekolah dasar
Kebangsaan 46 buah, Sekolah menengah kebangsaan 12 buah, Sekolah menengah
kerajaan 1 buah, sekolah agama rakyat (Sekolah Pondok/Madrasah) 4 buah. Pondok
tradisional Kitab Turath/Pesantren 19 buah dan Sekolah Melayu (Tadika) 27 Buah.
Ulama silam/tuan guru pondok dalam kawasan ini antaranya:
-Tuan guru Abdul
Hamid bin Awang, Pondok Becah, Bidil.
-Baba Ramli (Babali nyatuh), Pondok
Nyatuh, Natdam.
-Baba Haji Abdullah bin Haji Wanik, Pondok Jekong,Pasir Putih.
-Baba Bukit kulim dan sebagainya
Tungyangdeng Model:
Oleh kerana dalam daerah
ini berlaku pergolokan paling tinggi maka pihak kerajaan menjalankan dasar
“Tungyangdeng model” untuk menyelesai konflik dengan 13 dasar:
1) Tindakan
rakyat awam dengan berhimpun/demonstrasi secara aman ababila berlaku suatu
peristiwa.
2) Melengkapkan alat senjata dan keperluannya kepada unit pengawal
kampung
3) Memberi latihan kepada unit pengawal mukim (Cor,Kor,Tor)
4) Memberi
latihan kepada unit pengawal kampung (Cor,Ror,Bor)
5) Menyedia cadangan lengkap
apabila berlaku suatu peristiwa.
6) Mencari sumbangan dana untuk Tungyangdeng
7) Membantu alat tulis kepada pelajar sekolah kerajaan
8) Memasang cctv dan
alat pengawal keselamatan disetiap sekolah kerajaan
9) Membina kampung damai
10) Pelan/rancangan membina kampung mengawal diri sendiri
11) Pelan/rancangan
menziarah Cor,Ror,Bor oleh pengawai tentera
12) Membantu dana wang kepada
Cor,Ror,Bor.
13) Meningkat kekuatan tentera.
No comments:
Post a Comment