Tuesday, 17 April 2018

PROJEK EKSPLOITASI RAKYAT


I. Membangun Komuniti Siam. 
Projek Nikom/felda membangun Selatan (bahasa Siam :Nikom Sang Ton Eng Patna Paktai) dengan memindah warga Siam dari sebelah utara dan timur laut, membahagi tanah untuk bercucuk tanam semenjak dari tahun 1960 M. semasa PM Thai Gen. Saret Tanarat antaranya: 

1) Nikom wilayah Jala seluas 213,651 rai 
a) Nikom Tanah Putih sebanyak 9 nikom seluas 183,901 rai 
b) Nikom Betong terletak dalam mukin Air weng seluas 171,250 rai 
c) Nikom Tantor terletak dalam mukim Tantor.

2) Nikom wilayah Pattani 
a) Nikom Kokpor terletak dalam mukim Tarua. 
3) Nikom wilayah Manara 
a) Nikom Sukirin terletak dalam mukim Mamong. 
b) Nikom Srisakon terletak dalam mukim Kalong. 
c) Nikom Weng terletak dalam mukim Weng. 
d) Pusat Pembangunan Pikuntong terletak dalam mukim Kalua. 
4) Nikom wilayah Senggora 
a) Nikom Tiba terletak dalam mukim Tamuang. 
5) Nikom wilayah Setul 
a) Nikom Setul terletak dalam mukim Khuankalong

II. Projek Pemusnahan Tanah Rakyat 
A.Projek Irigasi/Tali air atau dikenali dengan “Colpratan” dengan membina tandop/ampangan besar dalam mukim Gurah, daerah Maelan, Pattani. Menyebabakan sawah padi rakyat Melayu musnah secara meluas.statistik sawah padi terbiar/Bendang rang di Jala seluas 24,000 rai,wilayah Pattani 323,786 rai dan wilayah Menara 79,361 rai 
B.Projek Tenaga Elikrik Batu Bara yang akan dinina di Tiba, Senggora. 
C.Projek Pengeboman Batu dan menggali batu marmar di bukit Batan, mukim Lidun, Muang Jala. dengan jumlah 8 lombong dan 9 buah mesin batu. 
D.Projek konsesi/proses kayu balak dalam daerah Kabang, Jala.

III. Merampas Hasil Sumber Kekayaan Alam. 
A.Pelombongan Emas Tok Mok terletak dalam bukit Tokmok dan bukit Licur (bukit pedalaman bersempadan dengan Malaysia hanya 800 meter) dikonsesi kepada syarikat Sociente des Mines d’or de Litcho. Prancis pada tahun 1936-1940 M. mendapat hasil emas 60,000 Fine Uunce (sukatan emas). 
B.Pelombongan bijih timah kawasan Jala antaranya di kampung Tonglon mukim Lamphaya dikonsesi kepada syarikat The Pattani Consolidated Alluvial Tin Ltd. berlesen/daftar di London dengan seluas 1,195 ekar, pelombongan bijih Labu,dalam mukim Petai,Jaha. Pelombongan Batan, mukim Lidun, Pelombongan Tamtalu, Bendangsetar, Pelombongan Tor, daerah Tantor, pelombongan Air weng, daerah Betong dan sebagainya. 
C.Projek pelantar minyak petroleum/gas mentah dalam telok Siam lebih dari 334 unit pelantar, dengan jumlah 5,756 lubang galian, mendapat hasil gas purata 3,400 jutakakipersegi=590.300 barril/sehari, hasilan gas cair 96,600 barril/sehari, hasil minyak mentah 136,600 barril/sehari. Jumlah purata sehari sebanyak 800,000 barril/sehari.(Statistik tahun 2015)

IV. Pembunuhan/Kematian/Hilang/ Mengundurkan diri. 
Penjajah Siam menjalankan operasi membunuh rakyat Patani oleh unit penembak gelap, pencolekan, diburu, di kepung dan mengeluarkan senarai hitam/black list, mengeluarkan waran tangkap dengan undang-undang darurat dalam negera (Por,Ror,Kor) dan undang-undang jenayah Negara (Por.wi’aya) setelah ditahan menuduh/didakwa mereka secara fitnah menyebabakan ramai rakyat Patani dibunuh secara misterius, hilang dicolekan dan paling ramai menyelamatkan diri.

No comments:

Post a Comment