Sunday, 9 December 2018

Tangisan Sedih dan Sejarah Luka Rakyat Patani


Hikayat Patani merupakan satu-satu bukti sejarah yang masih tersisa dan menjadi cacatan penting dalam sejarah bangsa Patani. Relevansi atas bukti ini masih menjadi tanda tanya bagi para sarjana dan intelektual generasi baru. Kajian di atas keabsahan dokumen tua ini perlu menjadi perhatian ahli sejarah zaman sekarang. 

Apalagi intelektual melayu asal keturunan Patani dan melayu Patani sendiri. Suatu keabsahan sejarah, akan menjadi bukti dan dasar perjuangan bangsa dan rakyatnya. Mengenal pasti akar sejarah dan asal muasal keturunan, tradisi dan budaya. 

Bagaimana kehidupan sebenarnya sebagai orang melayu Patani? Perjuangan melayu Patani sekarang perlu mendapat sokongan daripada setiap lapisan. Dengan memperkuat barisan baru dari setiap aspek dan kemampuan yang ada. Ulama dan intelektual selalu menjadi payung pemersatu umat dalam satu barisan. Dengan kesedaran agama dan akhlak Islam. Para guru, termasuk ustaz dan ustazah selalu membekalkan ilmu-ilmu yang bersumber dari kebenaran.

Bukan kepentingan pihak yang ingin menghancur dan menghilangkan Melayu Patani dari peta sejarah. Rakyat dan masyarakat, semua hidup berdampingan dalam tradisi bergotong royong. Saling membantu, bahu membahu dalam menjaga persatuan umat dan kesatuan jamaah. Inilah perjuangan rakyat dalam mempertahankan identiti kemelayuan dan budayanya. Mewujudkan kebersamaan dan membela nasib bangsa yang hampir tinggal nama. Kita perlu kepada semangat dan pengorbanan yang sesungguhnya dan memadai dalam setiap lapisan masyarakat Patani. 

Cerminan daripada Hikayat Merong Mahawangsa,yang merupakan cacatan tertua bagi kerajaan Melayu Kedah (sebelum Malaya). Para sejarahwan mereka banyak mengkaji dan peneliti bukti sejarah ini. Catatan bertinta ini menjelaskan tentang keberadaan negeri-negeri Melayu dahulu. Perjuangan Raja dan rakyat dalam menjaga dan membangun negeri dengan penuh semangat kepahlawanannya. Menjadi suatu kebanggaan bagi generasi muda yang dapat mengenal sejarah perjuangan moyang mereka. 

Sebuah perjuangan panjang yang mengorbankan jiwa dan darah para pahlawan negeri-negeri Melayu lama. Sebuah pengajaran bagi bangsa Melayu Patani. Penulisan sejarah pula banyak di jumpai dalam perbagai literatur dan manuskrip. Bermula dari cacatan Ibnu Batuthah, selama 30 tahun dalam pegembaraannya. Beliau bannyak menulis berkenaan tempat dan bumi yang pernah di singgahinya. Beliau merantau dari bumi Maghribi (Maroko), mengembara kejazirah arab, menuju Asia, Cina, Afrika dan bahagian dunia lain dengan menepuhi jarak 117.000 Kilometer. 

Kemudian beliau di abadikan dengan cacatan yang rinci berkenaan negeri dan keberadaan rakyat di suatu tempat. Kemajuan dan pembangunan dari suatu kerajaan, beliau gambarkan secara jelas letak lokasi dan kebiasaan rakyatnya. Sumber ekonomi dan mata pencarian hidup masyarakat negeri tersebut. Seiring dengan pengembaraan Ibnu Batuthah mengelilingi dunia. Ada pula pengembara dari Itali, iaitu Marco Polo. Yang mengelilingi dunia dengan cacatan hebatnya. 

Hasil catatan dan penulisan keduanya ini, menjadi bahan rujukan bagi para cendikiawan dan intelektual di kemudian hari. Nilai sejarah tidak mudah luntur atau hilang di telan zaman. Kerana hasil penemuan terdahulu akan mengantar kita kehari ini. Membangun masa depan lebih bagus dengan tamadun yang lebih gemilang dan cermerlang. Setiap bangsa mempunyai sejarah dan catatan maju dan kegemilangannya. 

Sebaliknya pula ada bangsa yang hilang dan tengelam dalam arus perjalanan masa dan tertinggal dalam lipatan sejarahnya. Kepedihan sejarah menjadi catatan dan tanggungjawap generasi baru dan intelektual muda. Bangun dan tetap pertahankan budaya bangsa atau jatuh tersungkur tanpa bangkit dan mati hanya meninggalkan nama saja.



No comments:

Post a Comment