Sebaya dahulu
Daerah Sebaya pada masa silam adalah
jajahan Negara Patani Darussalam, terkenal dengan jajahanPatani Barat yang
sekarang meliputi 5 daerah sebelah selatan wilayah Senggora (baca:Songkhla)
sekarang, yang mencakupi daerah Cenak (S; Ca’na’), daerah Sebaya (S; Sabayoi),
daerah Tiba (S;Thepha), daerah Nawi (S:Nathawi) dan daerah Sadao.
Merupakan
asal negeri Patani, yang sekarang dipecah oleh Siam dan dimasukan ke dalam
wilayah Senggora. Masa silam daerah Sebaya adalah sebahagian dari daerahTiba,
kemudian dalam tahun 1924 M.
Dipecahkan dan diasaskan “Cabang daerah Bahoi”
pusat pentadbirannya di kampong Bahoi, meliputi 5 buah mukim yaitu mukim Bahoi,
mukim Mong, mukim Pial, mukim Khaudeng dan mukim Bendang Cenai setelah itu
kerajaan Siam telah memindah pusat pentadbiran ke kampung Mong (tapak pecan
Sebaya sekarang) dan diubah nama kampung Mong kepada kampong sebaya dan ditukar
juga nama “Cabang daerah Bahoi” ke nama baru yaitu“Cabang daerah Sebaya”.
Pada
tahun 1956 M. Diasaskan daerah Sebaya dengan
sepenuhnya dengan menambah sebuah mukim baru yaitu mukim “Tankhiri”.
Sebaya
pada silam juga adalah sebuah pusat pemerintahan “Tiba purba” yang mana pusat
pemerintahannya terletak di kawasan kampung Khaudeng sekarang yang mana
terdapat kesan-kesan candi Hindu-Budha kawasan tersebut. Asal usul nama
panggilan Sebaya dikatakan diambil dari tanah yang sama rata, setalah
kedatangan orang Siam mereka mula merubah perkataan “Sebaya” kebada “Sa’bayoi”.
Sa’ba dalam Bahasa Siam berarti pokok beluru, adapun yoi pula berarti rending.
Pokok/akar beluru/akar sintok/akar kapang yaitu sejenis pokok memanjat yang
sangat besar saiznya tumbuh dipinggir hutan, buahnya jenis kekacang leper
memanjang yang sangat besar batang kulit,batang dan biji bersifat beracun.
Sebaya sekarang Adalah salah satu daerah
dari 16 daerah dalam wilayah Senggora, Daerah Sebaya terletak di sebelah
tenggara wilayah Senggora. Sebelah utara bersempadan dengan daerah Tiba,
sebelah timur bersempadan dengan daerah Kokpor, wilayah Pattani, daerah Muang
dan daerah Jaha wilayah Jala, sebelah selatan bersempadan dengan daerah Kabang
wilayah Jala dan Negeri Kedah, Malaysia.
Dan sebelah barat bersempadan dengan
daerah Nawi, wilayah Senggora. Memiliki keluasan 852.81 km 2 dengan 9 buah
mukim dan 62 buah kampung. Ditadbir dengan 2 buah Majlis perbandaran (Majlis
perban daran Sebaya danThapraya) dan10 Majlis pentadbiran mukim (Or.Bor.Tor).
Demografi:
Jumlah
penduduk dalam daerah Sebaya masa kini mengikut statistic dari jabatan
statistik Negara Thai tahun 2017 M. Sebanyak 77,780 jiwa, terdiri dari kaum
Melayu Muslim dan kaum Siam Budha.
Geografi:
Daerah Sebaya berlokasi kawasan tanah
lembah rata di celah bukit, kawasan bukit-bukit kecil, dan tanah tinggi di
kawasan gunung sempadan Malaysia, di selangi dengan beberapa sungai besar dan
sungai kecil, Sungai terbesar dalam daerah ini adalah Sungai Tiba yang punca
kepala airnya dari beberapa buah bukit di sempadan Malaysia. Di kaki bukit
rakyat jelata berkebun seperti kopi, getah, dan dusunbuah-buahan. Daerah Sebaya
tidak berkemuka ke laut seperti daerah Cenak danTiba.
Ekonomi dan Kekayaan Alam:
Rakyat jelata kebanyakan berkebun dan
berdusun, seperti getah, kopi, dusun buahan seperti cempedak, durian, rambutan,
rambai dan lain-lain.
Dalam mukim Hutan
kelphaTerdapat bahan mentah galian bijih arang batu terbesar di Thailand
sebanyak 594 juta ton.
Kawasan Pentadbiran:
Daerah Sebaya mempunyai 7 Mukim
dengan 67 buah kampung, (nama kampong dalam daerah ini kebanyakan dengan Bahasa
Thai) antara nama kampong dalam kawasan ini adalah sebagai berikut:
1) Mukim Sa’baYoi (Sebaya) mempunyai 9 buah
kampung: 1.Kg. Sebaya 2.Kg. Plakbo 3.Kg. Pengya 4.Kg .Botong 5.Kg. Banrai 6.Kg.
Kedek 7 .Kg. Tamniab. 8. Kg. Namkhang 9. Kg.Bokui.
2) Mukim Tungpo
(HutangKelpha) mempunyai 8 buah kampung: 1.Kg. Kok sireng (Banggol Sireng) 2.
Kg. Seni (termasuk Kg. Celum) 3. Kg. Tung pho (Hutan kelpha) 4. Kg. Kok Tok 5.
Kg. Ban bau 6. Kg. Mak latae 7. Kg. Jareh. 8. Kg. Sau.
3) Mukim Pian (Pial)
Mempunyai 7 buah kampung: 1.Kg. Pial (S;Pian) 2. Kg. Bukit Torang (S:Khuan ran)
3. Kg. Lamai 4. Kg. Tung pau 5. Kg. Suan oon. 6. Kg.
Kau 7. Kg. Ramai ton makham.
4)
Mukim Ban Not (Kampung Tenot) mempunyai 7 buah kampung: 1. Kg. Kasek 2. Kg. Hebon (S:Huai Bon) 3. Kg.
Nakan 4. Kg. Namuang 5. Kg. Kok 6. Kg. Kampung Tenot 7. Kg. Pruk ca.
5) Mukim
Bendang Cenai (S:Canae) mempunyai 5 buah kampung: 1. Kg. Kuala Muda (termasuk
Kg. Dusun dalam/Suannai) 2. Kg. Terai 3.
Kg. Wang ok 4. Kg. Lubok ani (S:Muni) 5. Kg. Bendang Cenai (S: Nacanae).
6)
Mukim Khu Ha mempunyai 8 buah kampung: 1. Kg. Tham krok 2. Kg. Khu ha 3. Kg.
Plai na 4. Kg. Ban Tai 5. Kg. Long Khuan 6. Kg. Huay Tau 7. Kg. Tapyang. 8. Kg. Tung praitai.
7) Mukim Khau Deng
mempunyai 7 buah kampung: 1. Kg. Tung Prai 2. Kg. Suan cham 3. Kg.Ban rai ban na 4. Kg. nam Ceiu 5. Kg. Samnak ok 6.
Kg. Tham tlot 7. Kg. Kok yang.
8) Mukim
Bahoi, mempunyai 5 buah kampung: 1. Kg. Bahoi 2. Kg. Rai nua 3. Kg. Lamyah 4.
Kg. Eleh 5. Kg. Klong Taha 9) Mukim Than Khiri, mempunyai 6 buah kampung: 1.
Kg. Taga 2. Kg. Susok 3. Kg. Daru 4. Kg. Bendang Lima 5. Kg. Hadsai 6. Kg. Khedek.
Agama, Bahasa dan Kebudayaan:
Rakyat jelata 75% terdiri dari kaum Melayu Islam, Mereka adalah penduduk asal
kawasan ini, dan yang berhijrah dari hilir Patani menetap bekerja sebagai
pekebun, mereka bertutur dengan Bahasa Melayu lahjah/logatPatani, ada juga
sesetengah kampung dalam kawasan mukim hutan kelpha bertutur dengan logat
Baling/Sik, Kedah. 25 % adalah kaum Siam Budha. Mempunyai Masjid yang berdaftar
dengan Majlis Agama Islam wilayah Senggora sebanyak 60 buah (tidak termasuk
Surau kecil, Balaisah), Wad (Candi Budha) 14 buah.
Dari segi pendidikan pula
mempunyai Sekolah dasar Kebangsaan 33 buah, Sekolah menengah kebangsaan 2 buah,
Sekolah pondok (Madrasah) 1 Buah, dan sekolah rendah Fardu Ain (Tadika) 48
buah. Mengikut kurikulum sekolah Melayu di bawah persatuan TADIKA wilayah
Senggora (PUTRA) dan kurikulum fardu ain persatuan khuru’ sampan.
Daerah Sebaya
termasuk daerah bergolok dalam konflik Patani,
beberapa serangan dan pertempuran kian berlaku, Peristiwa sedih masih
terpahat dalam ingatan orang Sebaya ialah Peristiwa pembunuhan 15 remaja Melayu
pasukan bola sepak oleh polis Siam dalam sebuah restoran di pecan Sebaya pada
28/4/2004 M.
Dan peristiwa pembantaian
pelajar (santri) dan tempat penginapan mereka (binaan pondok) oleh Polis
sempadan Siam (Tor.Cor.Dor) dalam Pondok Bukit Torang (Bamrung Sat Wittaya)
pada 17/3/2007M.
Menyebabkan 2 orang pelajar/santri mati dan 8 orang lagi
cedera parah. Peristiwa ini membangkitkan kemarahan hingga berlaku demonstrasi
menuntut keadilan oleh rakyat Patani di Pondok tersebut.
No comments:
Post a Comment