Monday, 9 July 2018

Analisis Statistik Medio 2018 M

Statistik peristiwa pergolokan di Patani 6 Bulan (dari bulan 1-6 tahun 2018 M.

Statistik dibawah ini kami hanya pungut dari peristiwa yang berlaku yang diambil kira dan dihitung dari berita yang di laporkan oleh wartawan tempatan melalui media sosial dan agensi berita tempatan dan pusat. 

Statistik dibawah mungkin sekali tidak tepat dengan jumlah yang sebenar oleh kerana beberapa faktor, adakalanya kerana sabotaj juga perupaganda dan faktor keamanan pihak kerajaan Siam, contohnya ababila berlaku seseatu kejadian serangan bom terhadap pihak angkatan bersenjata Siam mereka melaporkan jumlah kematian atau kecederaan agak sedikit dan tidak tepat dengan jumlah yang sebenar bersalahan dengan laporan lisan oleh orang kampung dan pemerhati lainnya.

Dalam masa 6 bulan separuh awal tahun 2018 ini, peristiwa bwerlaku sebanyak 281 kes terbahagi kepada wilayah Pattani 104 kes, wilayah Jala 70 kes, wilayah Menara 97 kes dan wilayah Senggora 10 kes. jumlah total 281 kes.

Berlaku serangan bom sebanyak 99 Butir. Bom buatan sendiri dikesan pihak keamanan Siam kesemua 78 butir, termasuk bom yang dirampas terbesar sebanyak 41 butir di Takbai pada bulan lepas. 

Serangan bom motorsikal 3 butir dan tidak ada serangan bom kereta medio tahun pertama ini.

Adapun peristiwa tembak menembak berlaku sebanyak 143 kali, berlaku sabotaj politik pula lebih kurang 36 kali dengan berbagai rupa seperti gantung sepanduk, bakar tayar kereta atas jalan raya, menebang pokok menghalang jalanan dan sebagainya.

Angkatan bersenjata Thai (termasuk Tentera, polis, Renjer dan Relawan tentera) mati 16 orang, cedera parah seramai 54 orang.

Jumlah rakyat awam yang mati 76 oranng. warga Melayu lebih ramai adalah 66 orang dan warga Siam hanya 10 orang sahaja.

Rakyat awam yang cedera parah seramai 75 orang terbahagi kepada warga Melayu 23 orang warga Siam 52 orang.

Jumlah Pegawai kerajaan (Guru, Tok Penghulu, kaki tangan kerajaan dan lain-lain) mati 14 orang dan cedera parah 11 orang.

Pejuang telah kurban Syahid 3 orang, dan ratusan orang tidahan pihak keamanan Siam.

Peristiwa bulan Ramdhan1439 H
Adapun peristiwa pergolokan sepanjang bulan Ramadhan tahun ini adalah sebagai berikut Peristiwa berlaku 69 kes. terbahagi kepada wilayah Pattani 21 kes, Jala 23 kes, Menara 22 kes, dan wilayah Senggora 3 kes. 

Berlaku serangan bom kesemua 38 butir 8 butir daripadanya dikesan, terbahagi kepada wilayah Jala 15 butir, Pattani 13 butir, Menara 7 butir dan wilayah Senggora 2 butir.

Tembakan dan pertemporan berlaku 32 kali: Masing-masing di Pattani 10 kali, Jala 6 kali, Menara 15 kali. dan wilayah Senggora 1 kali.

Tidak berlaku Sabotaj khianat dalam bulan Ramadhan ini. Angkatan bersenjata Siam mati 2 orang dan cedera parah 3 orang, Rakyat awam mati 18 orang (warga Melayu 17 orang dan seorang warga Siam).

Rakyat awam cedera 8 orang (warga Melayu 7 orang dan seorang warga Siam). Pegawai kerajaan mati 1 orang (warga Melayu).pegawai warga Melayu cedera seorang).

Tidak ada Pejuang yang Kurban Syahid dalam bulan Ramadhan tahun ini dan lebih dari 20 orang ditahan dan dikeluarkan waran tangkap oleh pihak keamanan Siam.



No comments:

Post a Comment