Monday 9 July 2018

BERITA RINGKAS@PERISTIWA BULAN JUN 6/2018 M.

Aspirasi Rakyat Tertindas

4/6/2018 M. (19 Ramadhan 1439 H.)
-Polis mengesan mayat mantan renjer dikambus di kampung Tasek, mukim Peluru, daerah Sungai Padi, wilayayh Menara.
-Serorang warga Siam dijumpai mati dibunuh di lorong Nanakon, daerah Muang, wilayah Menara.
-Serangan dengan bedilan bom jenis .40 mm. kedalam kem kecil renjer unit 33 di kampung Kemecah, daearah Bendang Setar,wilayah Jala. Menyebabkan 2 orang renjer cedera parah.
-Tembak mati seorang rakyat awam berasal wilayah Nakon Seri Tamaraj di kampung Bangsal Tape, mukim/daerah Kabang, wilayah Jala.
Tengku Rakiah Tengku Muhammad, cucunda kepada Sultan terakhir Pattani, Tengku Abdul Kadir Kamaruddin Syah mangkat di Bangkok pada usia 96 tahun

6/6/2018 M. (21 Ramadhan 1439 H.)
-Mantan timbalan penghulu kampung Sopo, ditembak mati di mukim Gajah mati, daerah Bacok, wilayah Menara.
-Letupan bom menyasarkan relawan tentera unit pegawal guru sekolah kebangsaan kampung Saga, mukim Beserat, daerah Muang, wilayah Jala. Relawan cedera parah 1 orang.

7/6/2018 M. (22 Ramadhan 1439 H.)
-4 orang warga Melayu sekeluarga ditembak mati ketika mendulang emas berhampiran Wat Isan tai di kampung Nomklao, daerah Sukirin, wilayah Menara.
-Tembak mati rakyat awam Melayu berusia 33 tahun di kampung Pakar cina, mukim Dokrok, daerah Nongcik, wilayah Pattani.
-Polis merampas senjata api beserta peluru dalam sebuah rumah di kampung Rakok, mukim Kokcan, daerah Mayor, wilayah Pattani. Antara yangdirampas adalah : 1. peluru jenis .38 sebanyak 13 das 2. peluru jenis .30 sebanyak 19 das 3. peluru jenis .9 mm. sebanyak 67 das.
-Polis merampas dan memadam bom buatan sendiri mengisi bahan letupan bom dalam tong ges seberat 20 Kg.di kampung Pohon Kepas, mukim Peluru, daerah Sungai padi, wilayah Menara.

8/6/2018 M.(23 Ramadhan 1439 H.)
-Tembak mati timbalan tok penghulu kampung Banggol Jaha, mukim Khautum, daerah Yarang, wilayah Pattani. manakala isterinya cedera parah.

10/6/2018 M.(25 Ramadhan 1439 H.)
-Ustaz Adundej Cekne pengarah sekolah pondok Lalo wittaya merangkap timbalan ketua Majlis agama Islam wilayah Pattani dan penyelia Rumah Selamat (Save House) dalam kerangka proses dialog damai. Meninggal dunia akibat ditembak pada 8 Jun depan Pondok Lalo, mukim Lahar, daerah Saiburi, wilayah Pattani.
-Seorang isrteri kepada tok penghulu mukim Trokbon, menjawat sebagai pegawai kesihatan mukim. Ditembak mati depan sekolah kebangsaan kampung Kelaba, daerah Saiburi, wilayah Pattani.

11/6/2018 M.(26 Ramadhan 1439 H.)
-Seorang warga Melayu berusia 50 tahun (adik tok penghulu kampung) ditembak di kampung Lubok Durian, mukim Tanjung Lima, daerah Tanjung Mas, wilayah Menara. Mangsa cedera parah.
-Seorang warga Siam ditembak dan disamung motorsikal miliknya didepan kilang kayu getah kampung Sawa, mukim Sawa, daerah Resok, wilayah Menara. Mangsa cedera parah.
-Tembak mati seorang rakyat awam Melayu berusia 40 tahun di kampung Kuala Rambai, mukim Petai, daerah Jaha, wilayah Jala.

12/6/2018 M.(27 Ramadhan 1439 H.)
-Serangan bedilan bom m.79 kedalam Wad/Candi Budha Camau di kampung Cembar, mukim Anak bukit, daerah Kokpor, wilayah Pattani. Tidak ada laporan cedera parah.
-Seorang wanita Melayu berusia 23 tahun cedera parah akibat ditembak di kampung Tasek, daerah Muang, wilayah Jala.
-Berlaku tembakan kedalam kediaman rakyat awam di kampung Teluk kemung, mukim Sateng Nok, wilayah Jala. Tidak ada laporan cedera parah.

13/6/2018 M.(28 Ramadhan 1439 H.)
-Tembak mati seorang rakyat awam Melayu berusia 41 tahun di kampung Baru, mukim Kelubi, daerah Kakpho, wilayah Pattani.
-Polis mengesan mayat seorang warga Melayu dibunuh di kampung Lamai, mukim Banggol Sentol, daerah Tanjung Mas, wilayah Menara.
-Pihak keamanan Siam menjalankan operasi mengepung Pondok Bendang Kelupang, mukim Senor, daerah Yarang, wilayah Pattani. Menahan seorang Tok pakir(santri) dikenali saudara Irfan Tahir berusia 30 tahun, berasal kampung Jamu Jelum, kerana disyaki bergabung dalam pengebomam mesin ATM kawasan Pattani bulan lepas.
-Tentera Siam dengan 8 buah Pikap menjalankan operasi mengepung kampung Kg, Rai, daerah Tantor, wilayah Jala. Tidak ada laporan penahanan rakyat awam.

14/6/2018M.(29Ramadhan1439 H.)
-Serangan dengan Bedilan keatas markas polis sempadan unit 41 di kampung Dusun Nya, daerah Canek, wilayah Menara. Tidak ada sebarang kecederaan dilaporkan.
-Tembak mati seorang pemuda Melayu serta membakar motorsikal muliknya di kampung Cekke, mukim Banggol sentol, daerah Tanjung Mas, wilayah Menara.
-Serangan tembakan kedalam kediaman warga Siam di kampung Hutan palas, mukim Banklang, daerah Penarek, wilayah Pattani.

16/6/2018 M.
-Seorang renjer unit renjer ke 43 membunuh diri di kediamannya kampung Puron, mukim Kokpor, wilayah Pattani.

17/6/2018 M.
-Kol. Pramot Prom –in jurucakap Majlis keamanan dalam negeri bhg.4 menyatakan kerajaan Thai mengisytiharkan memansuh undang-undang darurat dalam negeri(Por.Ror. Kor) kawasan daerah Sungai Golok, wilayah Menara berkuat kuasa mulai tanggal 20/6/2018 diganti dengan undang–undang keamanan dalam negeri (Por. Ror.Bor). Walaubagaimanapun undang-undang darurat dalam negeri telah dimansuhkan sebanyak 7 daerah yaitu daerah Sebaya, Nawi, Tiba, dan Cenak, wilayah Senggora. daerah Maiken, wilayah Pattani. dan daerah Betong, wilayah Jala.
-Seorang rakyat awam berusia 30 tahun ditembak dikampung Air Ciak mukim Sako, daerah Seri Saga, wilayah Menara. Mangsa cedera Parah.

19/6/2018 M.
-Seorang rakyat awam berusia 37 tahun ditembak di kampung Paya keluang, mukim Wat, daerah Yarang, wilayah Pattani.

20/6/2018 M.
-Berlaku pertempuran dalam operasi pengepungan dan kurban syahid di kampung Baru, mukim Kelubi, daerah Kakpo, wilayah Pattani. Syahid dikenali saudara Sulaiman Muhammad, berasal kampung Kadok, Resok, mepunyai waran penangkapan oleh Mahkamah wilayah Menara. bersama ini pihak tenterra Siam merampas senjata api jenis cabin selaras serta peluru.
-Seorang renjer warga Melayu ditembak mati di kampung Paya, mukim Kedonong, daerah Saiburi, wilayah Pattani.

 21/6/2018 M.
-Polis menemui 41 butir bom buatan sendiri bersama alat peledaknya di dalam sebuah trak pikap yang ditahan dalam sekatan jalan raya di Kampung Saring, daerah Takbai, wilayah Menara. Juga menahan pemandu trak pikap berusia 39 tahun dikenali saudara Sanusi Yate, manakala rakannya saudara Abdul Aziz Sama sempat melarikan diri. Polis turut merampas beberapa peralatan komunikasi dipercayai digunakan untuk mengaktifkan bom itu.
-Berlaku tembak menembak Antara renjer unit 4909 daerah Canek dengan seorang pejuang dikenali saudara Aziz Yama berusia 35 tahun yang mempunyai rekod kes keamanan dalam negeri di kampung Air Lako,(cawangan Kg. Air So) mukim Changpuak, daerah Canek, wilayah Menara.
-Polis menahan 9 orang pemuda Melayu kawasan daerah Muang, Pattani. kerana disyaki mengebom mesin Atm pada bulan lepas, 4 daripadanya mengaku bersalah, selebihnya mengaku tidak bersalah

22/6/2018 M.
-Pihak Keamanan Thai mengepung sebuah rumah saudari Sorya Chamcuri pensyarah University Amir Songkhla kampus Pattani dan aktivis hak asasi manusia Thailand.

24/6/2018 M.
-Tembak mati seorang pemudi warga Melayu di kampung Kok sila, mukim Keluwo, daerah Muang, wilayah Menara.
-Unit E.O.D. memadam sebutir bom palsu bepupa bom paip dipasang belakang pusat membeli belah Colisiam, di jalan Budha Pum, pekan Jala.

26/6/2018 M.
-Tengku Rakiah Tengku Muhammad, cucunda kepada Sultan terakhir Pattani, Tengku Abdul Kadir Kamaruddin Syah mangkat di Bangkok pada usia 96 tahun. Jenazahnya dibawa ke Patani dengan pesawat untuk disemadikan di tanah perkuburan diraja Jalor, kampung Poseng, daerah Muang, wilayah Jala. Beliu adalah sepupu bagi Tengku Badriah binti Tengku Ismail Putra bekas Permaisuri Agong Sultan Malaysia yang ke3. juga sepupu dengan Tengku Ahmad Thauddin bekas Menteri Pertahanan Malaysia.
-Tembak mati seorang pemuda Melayu berusia 22 tahun di kampung Banggol sireng, mukim Hutan kelpa, daerah Sebaya, wilayah Senggora.

27/6/2018 M.
-Seorang rakyat awam Melayu berusia 37 tahun ditembak di kampung Belukar, mukim/ daerah Mayor, wilayah Pattani. Mangsa cedera parah.

28/6/2018 M.
-Seorang Penoreh getah warga Siam terpijak sebutir bom buatan sendiri ketika menoreh getah di kampung Ban khe, mukim Taji, daerah Jaha, wilayah Jala. Mangsa cedera parah akibat kaki terputus.

29/6/2018 M.
-Renjer unit 4701 daerah Sebaya mengesan sebutir bom buatan sendiri dipasang dalam kebun getah milik waraga Siam di kampung Bannot, daerah Sebaya, wilayah Senggora.

30/6/2018 M.
-Tembak mati pemuda Melayu berusia 30 tahun di kampung Ban bon, mukim Suwari, daerah Resok, wilayah Menara.
-Seorang Penoreh getah warga Siam terpijak sebutir bom buatan sendiri ketika menoreh getah di kampung Tawan-ook, mukim Lamphaya, wilayah Jala. Mangsa cedera parah.
-Saudara Kasturi Mahkota presiden PULO menyatakan dalam media social Facebook peribadinya bahawa saudara Zakaria bin Abdullah atau “Pakya” Telah kembali kerahmatulLah pada 30/6/2018 m.


KESIMPULAN Bulan 6/2018 M.
Peristiwa pergolokan berlaku 36 kes. terbahagi kepada wilayah Pattani 10 kes, Jala 9 kes, Menara 15 kes, dan wilayah Senggora 2 kes.
Berlaku serangan bom kesemua 8 butir (44 butir dikesan) terbahagi kepada wilayah Jala 5 butir Pattani 1 butir, Menara 1 butir dan wilayah Senggora 1 butir.
Tembakan dan pertemporan berlaku 27 kali: Masing-masing di Pattani 9 kali, Jala 4 kali, Menara 13 kali. dan wilayah Senggora 1 kali.
Tidak berlaku Sabotaj khianat dalam bnulan ini. Angkatan bersenjata Siam mati 3 orang dan cedera parah 2 orang, Rakyat awam mati 16 orang (warga Melayu 15 orang dan seorang warga Siam).
Rakyat awam cedera 8 orang (warga Melayu 5 orang dan warga Siam 3 orang).
Pegawai kerajaan mati 2 orang (kesemuanya warga Melayu).tidak ada yang cedera).
Pejuang Kurban Syahid 1 orang di Pattani dan lebih dari 15 orang ditahan oleh pegawai keamanan Siam.
Dalam bulan ini masih lagi berlaku pengkelidahan rumah rakyat, pencerobohan, pengepungan dan memeriksa Pondok dan mengepung kampung-kampung Melayu.



No comments:

Post a Comment