Sedar atau tidak bahawa kehidupan Melayu Muslim di
Selatan Thai (Patani), selalu dihina dan dipaksa secara berterusan. Kadang-kadang
dipaksa untuk menjadi tersangka (penjenayah).
Kerana Siam melihat orang-orang
Melayu Muslim masih lagi kuat dan kukuh dalam beragama dan berbangsa. Terbaru
para Ulama (Tok guru), iaitu pengasas pondok atau lembaga pendidikan agama
Islam, untuk anak-anak Patani menerima bimbingan agama.
Kemudian dihari ini,
kebanyakan Tok guru ini dituduh oleh pihak kerajaan, berkenaan rasuah terhadap
dana bantuan pendidikan yang diberi oleh kerajaan. Sehingga mereka, menumbuhkan
Tim siasatan dalam hal tersebut. Akhirnya, tidak menemui sebarang bukti
terhadap tuduhan yang tidak berasas itu.
Siam dengan sedaya upaya cuba
mengada-adakan isu ini, agar Tok guru menjadi tersangka ataupun penjenayah.
Semua ini dilakukan, supaya menjatuhkan imej ketokohan, mencemari agama Islam
dan menghilangkan identiti bangsa Melayu.
Juga mereka ingin samakan antara
perilaku Tok guru yang mengajarkan agama Islam dengan Sami (Tok Ca) yang
mengajar agama Buddha. Kerana, perbuatan seperti ini sering dilakukan oleh
kalangan Sami Buddha.
Satu hal lagi,
setiap tahun sekitar bulan Mac dan April diseluruh negara Thailand mengadakan
pengundian bagi setiap remaja yang berumur 21 tahun, akan dipanggil untuk
menjadi tentera. Kerana wajib tentera masih diberlakukan di negara Thai.
Walaupun banyak pihak yang tidak setuju dalam hal ini. Alasan bagi mereka yang
tidak setuju terhadap wajib tenteta, kerana anggota tentera yang hasil daripada
undian atau terpilih untuk menjadi tentera.
Kebanyakan bukan dari hasrat dan
keinginan mereka sendiri. sehingga lahir tentera yang tidak berkualiti. Jelas
ia merupakan paksaan semata. Mahu atau tidak pasti diwajibkan bagi setiap
remaja yang mencapai umur 21 tahun.
Maka bergantung kepada nasib semasa
melakukan pengundian. Hasrat dalam pengundian bagi setiap peserta Calon Tentera.
Agar mereka bebas dari terpilihnya menjadi tentera Thai. Maka masing-masing keluarga
melakukan apa saja, solat hajat dan sebagainya agar terselamat daripada menjadi
tentera.
Pada tahun ini 2019, remaja
yang dipanggil dalam program Wajib Tentera telah dikutip DNA bagi setiap calon
untuk menjadi tentera. Pengumpulan sampel DNA ini hanya berlaku di empat
wilayah saja. Kebanyakan terdiri dari pemuda-pemuda Melayu.
Maka, bagi mereka yang diambil DNA ini, dianggap satu penghinaan terhadap remaja Melayu. Bukan setakat individu saja. Malah penghinaan hingga kepada agama dan bangsa Melayu turut dihina oleh penjajah Siam.
Alasannya, bagi kerajaan dalam pengumpulan DNA
adalah untuk menjadi patukan bagi keselamatan dan keamanan. Sedangkan, mereka
dipanggil oleh pihak berkenaan untuk menjadi anggota tentera, menjaga
keamanan dan keselamatan.
Untuk apa diambil DNA kalau bukan demi satu
penghinaan terhadap Bangsa Patani.
Orang-orang Melayu Patani selalu dihina, dipaksa dan dihimpit melalui
berbagai cara dan bentuk penghinaan. Agar setatus sebagai bangsa Melayu dan
agama Islam makin menurun dan melemahkan dalam segala bidang.
Ini adalah satu
bentuk perang psikologi untuk melemahkan pihak lawan dan dianggap sebagai
musuhnya. Akhirnya lahir dikalangan orang-orang Melayu rasa tidak mempercayai terhadap diri sendiri.
Apabila bangsa Patani sendiri lahir rasa lemah dan hilang upaya juga hasrat
untuk melakukan sesuatu demi agama dan bangsa. Maka bagi semua urusan yang
berkaitan dengan bidang pendidikan, ekonomi, budaya dan sebagainya. Diserahkan
kepada Siam untuk mengatur semua urusan.
Sehinggalah, perkara yang
sekecil-kecilnya kepada urusan yang lebih besar dan seumpamanya. Contohnya,
sekolah agama dan masjid akhirnya dijaga dan dirawat mengikutaturan Siam Buddha.
Mereka tidak segan-segan untuk
memasuki Masjid dengan tidak membuka kasut. Sedangkan pula mereka adalah
orang-orang Buddha. Tidak ada seorangpun yang berani menegur dan melarang
terhadap perbuatan Siam Buddha tersebut.
Sampailah sekarang ini, marwah bangsa
dan nilai nilai agama sudah hampir pupus di kalangan masyarakat. Umat Islam
Patani telah jatuh sejatuh-sejatuhnya. Apakah ingin jatuh lebih berat dari pada
hari ini?.
No comments:
Post a Comment