Sunday, 8 September 2019

THAILAND PELANGGAR HAM BERAT DAN HILANGNYA RASA PRIKEMANUSIAAN


Aksi kejam kerajaan Siam terus mediskriminasi rakyat bangsa Patani. Peristiwa berulang kali, dan kali ini tragedi pilu menimpa Abdullah Isa Musa. 

Akibat daripada penyiksaan, di anyanyai dan di seksa oleh pegawai penyiasat kerajaan Siam. Sehingga mengakibatkan Abdullah Isa M., tidak sadarkan diri dan mengalami koma. Ini berlaku setelah satu kali 24 jam beliau di tahan reman oleh pihak kerajaan Siam. 

Kejadian berlaku di Kem Tentera Ingkayut  Borihan (Kem Telaga Bakong) wilayah Pattani sekarang ini. Kemudian dirujukan ke Hospital Pattani untuk sementara waktu dan di kirim Hopital Songkhla Nakarin daerah Hadyai, wilayah Senggora untuk perawatan lanjut. 

Namun setelah hampir sebulan dalam keadaan koma dan akhir menghembuskan nafas terakhirnya pada 25 Ogus 2019. 

Tragedi pelanggaran HAM ini kerap terjadi di Patani. Nyawa penduduk di Tiga Waliyah dan Empat Daerah Patani tidak pernah sunyi daripada peristiwa-peristiwa kejam dan kezaliman kerajaan Siam.

Telah banyak terdapat dalam catatan-catatan Komiti HAM Thailand sendiri dan rekot NGO terhadap hal ini. Pelanggaran HAM oleh kerajaan Siam selama 15 tahun belakangan ini, telah menjadi perhatian dunia. 

Patutkah dibiarkan begitu sahaja oleh rakyat bangsa Patani? Perkara ini perlu di bawa kemeja Mahkamah Antarabangsa untuk proses pertanggungjawaban. 

Pernyataan Perdana Menteri Thailand, Gen. Prayut Chan O Cha tidak mengambil perhatian dan peduli keatas insiden Abdullah Isa M. ini. Ketika di tanya dan soal oleh wartawan. Gen. Prayut O. seolah-olah membiarkan keadaan buruk ini terus berkelanjutan tanpa ada pengawasan. 

Bagitu juga dalam memberi jawapan di Parlemen kepada Ahli Pembangkang, tanpa ada solusi dan jalan penyelesaian yang adil terhadap pelanggaran HAM berat ini oleh pengawai kerajaan. Kerajaan Siam, melalui Timbalan Perdana Menteri, iaitu Gen. 

Parawit Wongsuwan dalam sebuah kenyataan. “Mengatakan bahawa meninggalnya Abdullah Isa Musa kerana Kekurangan Ogsigen dan Jangkitan Kuman”. 

Betapa Naifnya seorang pemimpin negara berkata demikian tanpa usul periksa. Hilangnya rasa peka terhadap masalah dan terkesan tidak peduli dan kurang simpatinya terhadap mangsa yang meninggal dunia dan keluarga yang ditinggalkan. 

Pelanggaran HAM berat oleh kerajaan Siam dan pengawainya perlu di usut dan dilibatkan pihak luar. Seperti, Badan HAM Persyarikat Bangsa-Bangsa perlu lebih proaktif mencaritahu perkara sebenarnya terhadap banyaknya mangsa meninggal di Patani. 

Amnesty Internasional juga perlu turun kelapangan secara langsung dengan melihat dan selidiki terhadap kes-kes yang serupa. Sudah sepatutnya kerajaan Siam di kutuk atas perilaku tidak berkemanusiaan ini. Pemimpin-pemimpin negara ASEAN dan Para Pemimpin dunia patut dan hendaknya membuat pernyataan media atas peristiwa kejam tersebut. 

Kerana keadilan merupakan hak bagi setiap manusia, tanpa mengira suku, etnik dan kebangsaan. Kezaliman dan ketidakadilan kerajaan Siam adalah wajah sebenar mereka di mata dunia Antarabangsa.  dibawah sebagai contoh dari pelang garan HAM dengan disiksa sampai mati dan cedera parah yang dilakukan oleh tentera  dalam kem tentera Siam di Patani khususnya kem Telaga Bakong sebagai berikut: 

1) Pembunuhan orang Melayu seramai lebih 85 orang dengan dibiarkan menindih dan kelaparan dari perpuasa setelah merekad itangkap dari demonstrasi secara aman di Takbai, Menara pada 25/12/2004 
2) Saudara Asyari Samael, 25 tahun meninggal dunia di Hospital dalam kem telaga Bakongh setelah beliu ditahan dan didera dari daerah Kronmg Pinang, Jala pada 21/7/2010. 
3) Saudara Sulaiman Nesa, 25 tahun dibunuh dengan digantung leher secara misteri dalam pusat siasat dalam kem Telaga Bakong pada 30/5/2011. 
4) Saudara Abdulaziz Doloh, 41 tahun,  mati didera sampai mati pada 11/12/2016 setelah ditahan dari tanggal 11/1/2016. 
5) Saudara Matsukri Samae, 41 tahun didapati lumpuh akibat penderaan pada 16/3/2019 setelah ditahan dalam kem ini selama 6 hari. 
6) Imam Jafar Kaseng Imam Masjid Kota, Resok di anianya sampai mati dalam kereta milik tentera dalam perjalanan kekem tentera di Resok, Menara pada 23/3/2008.



No comments:

Post a Comment