Kem-kem
tentera Siam di Patani khususnya kem tentera Telaga Bakong, (Ingkhayuttha
Borihan Fort) wilayah Pattani dijadikan tempat interogasi, investigasi, tempat
penahanan, penyiasatan, penderaan dan penganianyaan dan tempat pembunuhan orang
Melayu sejak zaman berzaman lagi.
Tanggal 25 Ogos 2019 kesedihan menyelubungi
para waris dan umat Islam Patani atas pemergian Abdullah Isamusa, selama 35
hari dirawat diHospital Songkhla Nakarin Hadyai kerana tidak menyedar diri
akibat dari penderaan kejam oleh tangan penjajah tentera Siam dalam kem ini.
Abdullah bukan mangsa pertama, bahkan ribuan orang dilakukan dengan perbuatan
yang sama. lebih dari 6,000 orang rakyat Patani dibawa ke kem-kem ini didera
dan disiksa dengan berbagai bentuk seperti diracun, diserkup dengan beg plastic
hitam, dipukul dengan kayu berbalut kain, dibalut kehidung dengan kain basah,
dicekik, diselam kedalam air dan sebagainya hingga mangsa membawa racun
penyakit, stress, penekanan jiwa, lumpuh, cedera parah, patah anggota badan,
kemurungan sampai dengan kehilangan nyawa seperti berlaku pada 25/12/2004
Pembunuhan orang Melayu seramai lebih 85 orang dengan dibiarkan menindih dan
kelaparan dari perpuasa setelah mereka ditahan dari demonstrasi aman di Takbai.
Kematian Asyari Samael, 25 tahun pada 21/7/2010. Sulaiman Nesa, 25 tahun
dibunuh dengan digantung leher secara misteri pada 30/5/2011. Abdulaziz Doloh,
41 tahun, didera sampai mati pada 11/12/2016. Matsukri Samae, 41 tahun lumpuh
sampai sekarang akibat penderaan pada 16/3/2019.
Kes semacam ini akan berterusan, jangan harap
perdamaian selama mana kerajaan Siam masih memperlakukan undang-undang darurat
tentera (Por.Ror.Kor), perintah berkurung (Kot Ayakan Suk) dan undang-undang
keamanan (Por.Ror. Bor. Kwam Mankung) di Patani.
No comments:
Post a Comment