Sunday, 8 September 2019

Dialek Patani (6)


Pada siri ini kami contohkan beberapa perkataan bahasa Siam yang berpengaruh menyerap masuk kebahasa Melayu Patani dalam beberapa kategori seperti dalam kesihatan, pejabat-pejabat, pengangkutan dan peralatan.

(3) Katigori kesihatan : Chukcern (kecemasan) Hong Chukchern (bilik kecemasan) Hong patad (bilik pembedahan) Kereta payaban (ambulan) Khai lead ook (demam denggi) Khai wad (selsema) Klong culatat (mikrokop) Kwamdan (tekanan darah/darah tinggi) Lot kwang uan (menurunkan berat badan/diet) Mareng (ganser) Ook kamlangkai (senaman). Payaban (jururawat) Rok Huacai (penyakit jantung) Rok Krapok (gastrik) Rok tai (penyakit buah pinggang) Samunprai (akar kayu/herba) Sukhapap (kesihatan) Ubatihet (kemalangan/eksiden) Ya mong (balm) Yiam (ziarah pesakit)

(4) Katigori Pejabat kerja Banchi tenakhan (No. akaun bank) Borisat (syarikat) Comrom (persatuan) Dapplong (bomba)
Fak ngen (kiriman wang) Hang (parasaya/supermarket) Kamkan (ahli jawatan kuasa) Krom utu (kaji cuaca) Ong kon (badan-badan) Pamai (pejabat hutan) Ped banchi (buka akaun bank) Phucadkan (pengarah) Praiseni (pejabat pos) Pramong (perikanan) Prathan (pengetua) Raksmak (pendaftaran) Rong-ngan (kilang) Sahakon (koperasi) Tanakhan (bank) Thon ngen (buka wang)

(5) Kategori Kenderaan dan pengangkutan Calambok (polis JPJ/Jabatan pengangkutan jalan) Caracon (polis trafik). Faideng (lampu isyarat) Kereta kabak (pikap) Kereta kosong (bus) Konsong (pejabat pengangkutan) Muak kannok (topi keledar) Pai kereta (flat)
Pai wongklong (hasil jalanan/road tex) Prap (saman) Rot tu (van) Thang duan (lebuh raya) Wong wian (bulatan)

(6) Kategori pekerja/peralatan Faifa (elektrik) Hong pasdu (bilik peralatan) Hong rakek (bilik tamu) Klong (kamera) Kosang (pembinaan) Kruan sakpha (mesin basuh) Lamphong (pembesar suara) Naichang (tukang) Naichang kereta (pomen) Padlung (kipas angin) Pintu natang (jendela) Prapa (saluran air) Rabmao (kontraktor) Torasat (telepon) Toratat (TV) Torterm (naik taraf) Tujeng (peti sejuk) Wong cong pid (CCTV) dan lain-lain lagi

Contoh berbualan harian mereka :  

“Abdullah kena wok masuk hong chukchern moh pita Patani lepas kena som toraman dalam khai Telaga Bakong, puak tahan tak wi waris masuk yiam. dia”  
maksudnya : Abdullah dikejar ke bilik kecemasan Hospital Patani setelah dibuat aniaya dalam Kem Telaga Bakong, Pihak tentera tidak benar waris menziarah beliu. 

“Kereta payaban hantar mayat dan pesakit hok berlaku ubattihet berlaga di Menara” 
maksudnya ; Ambulan menghantar mayat dan pesakit mangsa aksiden/kemalangan kereta bertembung di Menara. 

“Cara nak lot kuam uan hok sebenar kena ook kamlangkai pahtu makan pak dan samunprai” 
maksudnya: Cara Menurunkan berat badan/diet yang sebenar ialah pasti bersenaman kemudian makan sayuran dan herba. 

“Rama puak kita lani kena penyakit rok huacai, kwamdan dan bao wan. Kalau makan ubat tak kena akan jadi roktai pula. 
maksudnya : Ramai dikalangan kita sekarang mengidap penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan kencing manis, kalau pengambilan ubat tak sesui akan mengidap penyakit buah pinggang pula.  

“Jusoh kena igat di carachorn sebab naik mutu tak paka muak kannok, kena bayar prap di rongpak Jala 300 kup. 
maksudnya : Yusof ditahan oleh polis trafic kerana menunggang motosikal tidak memakai topi keledar, kena saman sejumlah 300 bath di balai polis wilayah Jala. 

“Ambo Nakgi buka duit di tanakhan seta, duit dalam banci tanakhan pun ada sikit dah, mana nak bayar khaterm anak lagi, bayar api faifa, air prapa, kalau de bele-bele nak kelik kena gi borisat mutu nak bayar soran dengan pai wongklong. 
maksudnya : Saya nak pergi mengeluarkan wang di bank sekejap, wang simpanan dalam akaun bank pun masih berkurangan, bayar yuran pengajian anak, bayar bil elektrik, bil air, kalau sempat nak masuk bayar ansuran motor dan hasil kenderaan/roadtex di syarikat motorsikal. 

“Pintu natang dengan patlong dekat hong rakkek tu punah, kena panggil naichang mari bekki” 
maksudnya : jendela dan kipas angin dalam bilik tamu sudah rusak, kena jemput tukang datang cek dan membaikki.        

bersambung..

No comments:

Post a Comment